Bab 18:Takkan berubah

695 18 4
                                    

"Mama tak nak dengar lagi yang Zara contact dengan Farhan! Faham ke tidak?" tengking Mama padaku.

"Mama, bukan Zara yang cari dia. Tapi dia yang cari Zara dulu. Mama janganlah tuduh Zara bukan-bukan." Aku cuba beri penjelasan pada Mama. Aku tahu Mama bukan suka-suka nak memarahiku. Tapi bila isu berkaitan Farhan, memang Mama tidak akan berpuas hati.

"Kalau dia cari Zara pun, tak perlu nak melayan. Tak ingat apa dia dah buat dulu? Tak ingat macam mana Zara separuh gila bila dia tinggalkan Zara? Mama daripada dulu tak pernah berkenan dengan dia. Tapi sebab Mama fikir Zara berkawan dengan dia, Mama cuba terima dia." Aku tahu Mama sudah cukup panas hati dengan kejadian dulu. Ditambah pula dengan kehadiran Farhan, mana dia tidak mengamuk.

"Mama, please jangan risau. Zara takkan balik pada Farhan lagi. Zara sendiri pernah janji walau apa-apa pun yang terjadi. Zara tak akan balik pada dia." Aku cuba menjernihkan keadaan. Semenjak pertemuan kami semula di Penang tempoh hari, Farhan selalu juga menghubungiku. Padaku kami hanya berkawan dan tidak mungkin ada lebih dari itu. Walaupun Farhan ada memberi hint padaku untuk bersamaku semula, aku hanya buat endah tak endah. Aku malas mahu bermain dengan api. Dengan Mama yang tidak akan merestui hubungan kami. Buat apa aku mahu mengambil risiko untuk menerimanya kembali. Buang masa dan tenaga.

"Macam mana Mama tak risau! Mama tak nak pisang berbuah dua kali. Dulu masa dengan Farhan, Zara selalu juga bergaduh dengan dia. Cakap nak putus, dah tekad apa semua. Tapi bila dia pujuk, Zara terima dia semula!" Marah Mama masih belum reda. Aku hanya diam menadah telinga. Betul apa yang Mama katakan itu. Aku tidak menafikannya. Tapi itu semua dulu. Soalanya ini waktu sekarang. Aku bukan Zara yang dulu, yang mudah makan pujuk rayu.

"Ye Mama, Zara tahu. Yang penting sekarang, Zara memang dah tak ada perasaan apa-apa dekat dia. Antara Zara dengan Farhan, cerita kami dah lama habis. Tak akan ada isu nak getback semula ke apa. Mama pun tahu sekarang Zara berkawan dengan Amal kan?" Aku cuba memperbaiki keadaan. Tidak semena-mena ku petik nama Amal.

"Baguslah kalau macam tu. Mama lagi suka Zara berkawan dengan Amal. At least dia pandai nak ambil hati orang tua." Mama cuba menang kan Amal. Dari awal aku sudah nampak. Mama dan Amal ada keserasian.

"Dah tahu dah Mama memang berkenan dengan Amal tu. So Mama janganlah marah sangat pasal Farhan. We're just friend ok? Nothing more." Ujarku.

Kejadian malam tadi masih lagi bermain-main dibenakku. Jika Farhan tidak menghubungiku dan Mama mengangkat panggilnya malam tadi, mesti isu ini tidak timbul. Silap aku juga meninggalkan telefon di ruang tamu. Huh!


Kerna Ku Sayang KamuWhere stories live. Discover now