"Kalau ada jodoh kahwin, kalau tak ada jodoh kawan. Simple kan? Tak payah nak serabut sangatlah Zara."
"Zuar, awak cakap senang lah. Tapi benda ni saya yang hadap kot. Tiga tahun saya dengan dia, kehulu kehilir buat apa semua dengan dia."desis aku. Kadang-kadang geram jugak dengan Zuar ni, dia seolah-olah tak faham apa yang aku tengah lalui sekarang. Zuar atau namanya Azwar Mukhallis, berusia 25 tahun. Jarak umur aku hanya dua tahun muda dari dia. Persahabatan kami bermula sejak lima tahun lepas. Berkenalan di Facebook dan berterusan sebagai sahabat dunia akhirat.
"Habis, awak nak buat apa? Dah dia tak nak kat awak kan, so takkan awak nak merayu melutut dekat dia macam dulu, macam masa korang gaduh? Tak ingat apa dia cakap dekat awak, Zara? Dia hina awak kot depan-depan saya. Saya fikir kan awak je masa tu. Kalau tak dah lama saya tumbuk muka dia. Langsung tak respect perempuan!" marah Zuar pada aku.
"Tak ada lah sampai nak merayu Zuar. Rileks lah. Tapi saya bengang kot cepat gila dia move on, tak sampai setahun kami putus." jawabku sambil memandang Zuar. Alangkah bagus kalau aku mampu setabah Zuar. Dua bulan sebelum tarikh pernikahan Zuar, tunangnya pula kantoi curang dengan kawan baik sendiri.
"Kalau nak cerita pasal bengang ni Zara, saya rasa kes saya dengan Wani lagi best kot. Dah nak kahwin, dia boleh buat hal. Kalau awak kat tempat saya, saya rasa terus gila agaknya."luah Zuar dalam nada bergurau. Dia cuba menyembunyikan kesedihannya. Tapi aku tahu apa yang tersurat disebalik kata-kata tu.
Lelaki mana yang tak kecewa. Lima tahun bersama, duduk serumah, susah senang sama-sama. Aku masih ingat lagi, dua tahun yang lepas. Zuar terpaksa berkerja siang dan malam demi menyara bekas tunangnya, Wani. Wani merupakan student nursing. Aku faham, sebagai seorang student memang memerlukan belanja yang banyak. Lagi-lagi dia datang dari family yang susah. Tapi tak sangka, selepas dah habis belajar Wani sanggup khianati dia. Lupa segala pengorbanan yang Zuar buat untuk dia.
"Ok..ok..kita tukar topik lain ok Zuar. Saya mintak maaf. Saya tak ada niat nak buat awak ingat cerita -cerita dulu."aku memujuk Zuar. Aku bersyukur sebab ada dia sebagai sahabat. Pernah dulu lepas aku clash dengan Aril, Zuar mengajak aku kahwin. Masa tu gelak besar aku dengan idea gila dia. Aku tak nak, aku dah anggap dia macam abang aku sendiri walaupun umur kami beza hanya dua tahun. Aku sayang dia tapi aku tak mampu nak terima permintaan tu. Aku tahu masa tu dia kecewa dengan Wani dan aku kecewa dengan Aril. Tapi tu bukan alasan. Lepas kejadian tu, aku agak kekok untuk berjumpa dengan dia, tapi lama kelamaan perasaan tu hilang.
"Tak kisah pun lah. Saya tak nak awak jadi macam saya je Zara. Biar sakit sekarang, jangan sakit kemudian. Nanti nak back to normal tu susah tau. Kalau awak tak kuat, meroyanlah jawabnya" pesan Zuar pada aku. Zuar banyak mengajar aku erti hidup. Kalau dia tak ada, pada siapalah aku nak mengadu.
YOU ARE READING
Kerna Ku Sayang Kamu
RomanceHarus kah diriku mengorbankan lagi cinta yang telah lahir dihatiku Hanya kerna ku tak sanggup lagi menerima cubaan darimu Tuhan kini ku bertanya sebenarnya aku siapa Tuhan cuba tolong diriku yang sebenarnya untuk siapa Dan cuba tunjukan aku di lahir...