Bab 21:Jatuh

990 19 1
                                    

"Ya Allah, kenapa Zara nak kena lalui dugaan macam ni? Sumpah Zara tak kuat Ma..."Aku menangis teresak-esak dibahu Mama. Mama mengusap lembut belakangku.

"Zara kena kuat. Amal perlukan Zara. Dengan keadaan macam ni, kita kena berdoa banyak-banyak sayang." Mama memelukku.

Pukul lapan malam tadi, aku menerima panggilan daripada pihak polis mengatakan kereta Amal terlibat dalam kemalangan jalan raya. Aku terduduk mendengar berita itu. Benarlah apa yang ku rasakan sebelum dia pulang tadi. Rasa berat mahu berpisah dengannya. Rupa-rupanya ada perkara buruk yang akan berlaku.

Aku bergegas ke hospital yang diberitahu. Sepanjang jalan menuju ke hospital, tanganku menggigil. Pada permulaanya aku yang memandu, tetapi Mama meminta untuk memandu kerana risau dengan keadaanku yang sebegitu.

"Kenapa lama sangat ni Ma...Kalau apa-apa jadi pada Amal, macam mana? Zara taknak apa-apa jadi dekat dia?" Aku memegang tangan Mama. Mama hanya memandangku. Aku tahu dia juga tidak punya jawapan pada soalanku. Kulihat air matanya mengalir.

"Doa banyak-banyak sayang. InsyaAllah Amal tak apa-apa. Dokter dekat dalam tu semua tengah berusaha sebaik mungkin. Mama tak nak Zara putus asa macam ni. Ingat dekat Allah, segalanya dia yang berkuasa." Pada ketika ini, aku sebenarnya perlu kuat. Tapi aku tak mampu. Benda ini semua jadi sekelip mata. Baru saja aku mahu berasa bahagia.

Hampir enam jam Amal berada didalam bilik pembedahan. Aku masih tidak tahu keadaanya. Sesekali aku menangis, kemudian aku termenung dan menangis semula. Sepanjang malam aku berjaga menunggu didepan bilik itu. Tepat pukul empat pagi, aku lihat dokter keluar dari bilik itu. Dengan sepantas kilat aku berlari menuju ke arahnya.

"Awak ni keluarga mangsa?" Dokter bertanya padaku.

"Ye saya dokter...errr saya tunang dia. Macam mana keadaan dia dokter?" Aku tidak tahu mengapa spontan ayat tu keluar. Secara zahirnya aku bukanlah tunang Amal. Tetapi dalam keadaan macam ni aku terpaksa berbuat demikian. Aku risau sekiranya dokter itu tak mahu memberi tahu apa-apa ketika ini disebabkan aku bukan ahli keluarganya.

"Alhamdulillah, sekarang tunang cik dalam keadaan stabil. Tapi dia masih belum sedar. Cuma saya risau, hentakkan pada kepalanya akan meninggalkan kesan bila dia sedar nanti." Kulihat wajah dokter itu. Aku tidak faham apa yang diperkatanya.

"Maksud dokter? Saya tak faham." Aku memerlukan kepastian.

"Mungkin dia akan mengalami sedikit gangguan memori. Tapi saya hanya meramalkan saja. Sebaik sahaja dia sedar. Kami akan buat pemeriksaan yang lebih lanjut. Buat masa ni dia akan dipindahkan ke unit CCU." Dokter itu hanya tersenyum walaupun jauh di sudut wajahnya ada sedikit kerisauan. Kemudian dia memohon untuk berlalu.

Kerna Ku Sayang KamuWhere stories live. Discover now