Bab 23:Mimpi

957 19 3
                                    

Seminggu sebelum kemalangan...

"Zara, sampai hati awak buat saya macam ni. Saya dah cakapkan saya nak awak, saya nak tebus balik segala silap saya dulu." Farhan memegang tanganku. Aku cuba melepaskannya tapi cengkamannya sangat kuat.

"Paan, lepaslah! Sakit tahu tak?" Aku memarahinya.

"Sorry, saya tak sengaja." Farhan memohon maaf. Dilepasnya tanganku tadi. Dia memandang wajahku tanpa berkelip. Berharap agar apa aku katakan tadi itu hanya palsu.

"Antara saya dengan awak memang dah tak akan ada apa-apa. Saya harap awak faham. Jangan dikusutkan lagi keadaan, please..." Aku melontarkan pandanganku sejauh mungkin ke arah pantai yang berada di depanku. "Saya pernah bagitahu awak dulu masa di Penang, cerita kita dah lama habis. Mungkin kita hanya mampu jadi kawan. Tolonglah terima kenyataan." Aku memandangnya yang berada disebelahku. Farhan hanya diam. Tiada respon. Mungkin tengah menyusun ayat barangkali.

"Awak tak ingat Zara? Betapa awak menderita dulu sebab saya. Saya yang ragut kesucian awak sampai awak mengandung. Saya jugalah punca awak gugurkan kandungan tu. Saya nak tebus segala kesalahan saya dulu Zara. Saya nak bertanggungjawab sepenuhnya keatas awak." Luluh hatiku mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulutnya. Betapa kejamnya Farhan mengungkit segala cerita yang aku ambil masa yang lama untuk dilupakan!

"Paan! Cukup! Saya tak nak dengar lagi semua ni. Ye, memang saya menderita. Saya menderita semua sebab awak! Awak punca segalanya terjadi. Saya tak nak perjudikan hidup saya untuk kali kedua dengan awak! Saya dah serik!" Aku menempik ke arahnya. Aku lupa yang kami berada di tempat awam ketika itu.

"Tapi tu dulu Zara. Saya dah beerubah. Saya dah boleh fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Dulu saya muda Zara. Baru dua puluh tahun. Takkan awak nak expect saya untuk bertanggugjawab dengan anak yang awak kandungkan tu? Saya tahu memang tu anak saya. Tapi awak tak fikir macam mana masa depan saya? Masa depan awak?" Begitu senang dia memberikan jawapan. Yang menanggungnya aku. Bukan kau! Mahu saja aku beredar dari situ.

"Dulu atau sekarang tetap sama. Tak ada yang berubah. Hati saya bukan lagi pada awak. Harap awak boleh terima keputusan saya ni tanpa banyak soal. Lagipun, saya mungkin akan bertunang hujung tahun ni. Saya tak nak ambil apa-apa risiko. Saya tak nak sakitkan hati orang yang betul mahukan saya seadaanya. Cuma saya minta, rahsia yang pernah ada diantara kita dulu awak simpan. Itu je." Aku bingkas bangun dari batu yang menjadi alas tempat dudukku sejak sejam yang lepas di Pantai Puteri itu.

"Saya sayangkan awak Zara." Perlahan ayat itu keluar dari mulut Farhan.

"Kalau awak sayangkan saya. Doakan yang terbaik untuk saya. Doakan saya happy dengan hidup saya yang akan datang. Assalamualaikum.." Aku menuju kearah kereta yang ku letak di bahu jalan. Kuhidupkan enjin dan berlalu pergi bersama kenangan-kenangan bersama Farhan.

~

"Zara..." Lamunan ku terhenti. Terasa seperti sesuatu menyentuh tanganku.

"Awak....awak dah sedar?" Pantas aku memegang tangannya erat. Aku rindukan sentuhannya. Suaranya. Amal hanya tersenyum.

"Dah lama tunggu saya?" Amal cuba bangun dari pembaringannya. Aku cuba menghalang. Risau jika dia banyak bergerak akan beri kesan pada kecederaannya. Akhirnya dia mengalah dan berbaring semula.

"Lama sangat...saya rindu awak....kenapa awak tinggalkan saya lama-lama?" Tidakku sedari airmataku mula mengalir.

"Saya pun rindu awak...Sebelum kemalangan tu, wajah awak je yang saya nampak. Saya takut kalau saya tak sempat jumpa awak lagi Zara."Amal menceritakan keadaannya sebelum kemalangan tu.

"It's okay sayang..sekarang awak dah sedar. Itu dah cukup untuk saya. Saya risaukan awak macam nak gila tahu tak."Aku memandangnya. Masih tidak percaya yang Amal sudah mampu berbual denganku, setelah hampir seminggu terlantar kaku disini. 

"Sayang, saya pergi panggil dokter okay? Saya nak bagitahu yang awak dah sedar, dah boleh bercakap and bergurau dengan saya."Aku cuba untuk tersenyum walaupun ku tahu mataku sembap akibat menangis tadi. Amal hanya mengangguk lemah. Perlahan-lahan ku lepaskan genggaman tanganku yang erat memegang tangannya.

Aku tersentak bangun dari tidur. Tidak tahu bila masanya yang ku terlelap. Kulihat dua orang nurse sedang memeriksa tekanan darah dan jantung Amal daripada monitor  yang berada di sebelah katilnya. Amal masih terbaring seperti biasa. Tiada tanda-tanda yang dia mula sedar. Ya Allah! Rupanya apa yang aku rasakan tadi itu semuanya mimpi. Aku beristighfar panjang. 


Kerna Ku Sayang KamuWhere stories live. Discover now