Twinkle twinkle little star,how I wonder what you are
Tahun 1989
"SEKALI LAGI Malik usik dia, Ji'a pukul dengan penyapu ni!" Suaranya berbaur ugutan. Di tangan pula terdapat sebatang penyapu lidi. Dengan tubuhnya yang sedikit gempal itu dia mengharapkan Malik takut akan dirinya.
Suasana kelas taska menjadi gamat seketika.Kelas yang seramai lima belas orang itu begitu riuh rendah dengan paduan suara murid-murid. Adayang sedang berlari-lari, ada yang tengah berebut barang, ada yang meratap menangis. Tak kurang juga yang sedang bertikam lidah.
Dia dan Malik berdiri saling berhadapan,seperti dua buah negara yang mahu berperang.Masing-masing dalam langkah bersedia. Hanya menunggu masa saja untuk melancarkan serangan.
Namun dengan tiba-tiba..."Nur Farha!"
Jeritan Cikgu Aini kedengarannyaring.
Apa lagi, seisi kelas tergamam. Diam membisu.Masing-masing terkejut dengan kehadiran CikguAini yang menyergah mereka dari luar kelas.
"Kenapa kamu pegang penyapu tu? Dankenapa nak pukul Malik?" Bertalu-talu soalan daripada Cikgu Aini ketika menghampiri mereka berdua. Mata pula tajam menikam wajah Ji'a dan Malik. Tangan Cikgu Aini pula bercekak di pinggang yang ramping. Umpama badan kerengga dengan baju kebaya labuh itu.
"Malik curi pemadam Paan, cikgu!" Ji'a cuba membela. Kemudian dia menyambung lagi. "Lepas tu Malik lastik pemadam tu ke kepala Paan!"
Di hujung meja sana, Ahmad Farhan sedangmenangis dengan wajahnya disembamkan ke meja.Cikgu Aini hanya mampu menggelengkan kepala sahaja. Mungkin pening memikirkan gelagat murid-muridnya.Pelbagai kerenah.
Cikgu Aini mengeluh. Siapa yang tak kenal dengan Malik. Budak lelaki yang paling nakal di taska. Anak kepada doktor haiwan yang bertugas di pejabat haiwan nun di pekan sana itu gemar mengusik rakan-rakan sedarjah. Bagaikan hobi.Yang kerap kali menjadi mangsa ialah Ahmad Farhan.
"Ahmad Farhan." Suara tegas Cikgu Aini sudah berganti dengan nada memujuk. Lembut menyapa telinga. "Sudah. Jangan menangis lagi ya." PujukCikgu Aini. Bahu Ahmad Farhan ditepuk-tepuk perlahan.
Ji'a segera menghampiri Cikgu Aini.
"Ahmad Farhan kan lelaki. Lelaki tak elok menangis macam ni." Cikgu Aini masih lagimemujuk.
"Ahmad Farhan budak yang baik kan? Dengar cakap cikgu ya."
"Paan." Ji'a bersuara. Dia juga mahu cuba memujuk sahabatnya itu. "Janganlah menangis lagi. Petang nanti kita pi sauk ikan kat tali air naa..."katanya, cuba memancing minat Ahmad Farhan.
Nampaknya ajakan untuk menyauk ikan ituberkesan. Raungan Ahmad Farhan sudah bertukar kepada bunyi esakan.
Ahmad Farhan memanggungkan kepalanya.Wajah itu kemerah-merahan. Mungkin akibat terlalu lama menekan wajahnya di meja tadi.
"Janji?" Ahmad Farhan berkata dengan suara yangserak-serak.
"Janji." Balas Ji'a dengan suara yakin. Sambil itu jari kelengkengnya disuakan kepada Ahmad Farhan.
Lalu Ahmad Farhan menyambut dengan senyuman.
Cikgu Aini yang melihat keadaan itu menariknafas lega. Berjaya juga Ahmad Farhan dipujuk.
Kemudian Cikgu Aini berpaling mencariwajah Malik. Lalu matanya yang bulat itu sengajadijegilkan.
"Malik! Cikgu mahu kamu minta maaf dengan Ahmad Farhan, sekarang!" tegas suaraCikgu Aini mengarah.Malik tayang muka tak bersalah.
Kemudian Cikgu Aini menoleh ke arah Ji'apula. "Dan kamu Nur Farha!"
Mata Ji'a terkebil-kebil memandang wajahbersih Cikgu Aini yang tanpa sebiji jerawat itu.
"Kamu juga perlu minta maaf dengan Malik."
"Tapi cikgu, Ji'a cuma nak tolong Paan saja."Ahmad Farhan menyampuk dengan suara serak seraknyaitu.
"Betul tu. Tapi tindakan Nur Farha itu tetap salah. Cikgu kan selalu pesan pada kamu, kejahatan itu jangan dibalas dengan kejahatan kembali. Itu dendam namanya. Dan dendam adalah perkara yang tidak baik. Ingat lagi tak?" lembut tutur kataCikgu Aini.
Cikgu Aini kembali ke hadapan kelas. Dia mahu memulakan sesi pembelajaran. "Baiklah,murid-murid. Cikgu mahu kamu semua kembali ke tempat masing-masing. Kita akan mulakan kelas sekarang."
Cikgu Aini kemudian bergerak menuju kepapan hitam di depan kelas. "Seperti biasa, sebelum mula belajar, mari kita sama-sama membaca doa."Kata Cikgu Aini.
Masing-masing mula menadah tangan,bersedia mengaminkan doa yang bakal dibaca olehketua kelas mereka. Muhd Helmiey.
ooo
DAN PETANG ITU seperti yang dijanjikan,Ahmad Farhan datang menuntut janji bersama Noin.
"Ji'a, tadi cakap nak sauk ikan. Kami dah siap ni." Ajak Ahmad Farhan.
Bersungguh-sungguh kedua-dua rakannya itu.
Di tangan masing-masing terdapat pukat buluh.
"Ala, Ji'a tak boleh keluarlah. Abah marah.Abah dah tahu Ji'a gaduh dengan Malik kat sekolah tadi." Beritahu Ji'a dengan suara yang serba salah.
"Macam mana abah hang boleh tau ni?" soalNoin, kalut.
Ji'a tidak menjawab soalan Noin. Cuma kedua-dua bahunya diangkat tanda tidak tahu.
"Habis tu kita tak jadilah nak sauk ikan petang ni?" Ahmad Farhan bertanya. Jelas suara itu kedengaran tidak berpuas hati.
Kepala Ji'a dianggukkan berkali-kali sebagai menjawab pertanyaan Ahmad Farhan itu.
Dengan tidak semena-mena, kedengaran bunyi pukat buluh jatuh ke tanah. Rupanya Ahmad Farhan membuang peralatan itu dengan sengaja.Tanda protes.
"Tapi Ji'a kan dah janji nak sauk ikan petangni!" Ahmad Farhan masih tidak jemu menagih janji itu.
"Tak boleh. Nanti abah marah." Bersungguh-sungguh dia menerangkan. Dari duduk di atas tangga, dia sudah berdiri tegak.
"Ji'a tipu! Tadi Ji'a dah janji!" Ahmad Farhan betul-betul marah dengan Ji'a. Sejurus berkata-kata,Ahmad Farhan terus berlari meninggalkan Ji'a dan Noin.
"Paan! Paan!" Ji'a menjerit memanggil. Tetapi tidak dihiraukan."Biarlah, Ji'a. Anak manja tu memang." Noinmerungut.
"Salah Ji'a. Kita kan dah janji nak sauk ikan."Ji'a mengeluh. Suaranya sayu saja.
"Ala. Bukan lari pun tali ayaq tu. Esok lusaboleh pi lagi." Tegas suara Noin. "Aku balik dulu.Nanti malam kita jumpa kat rumah Tok Wan Lah.Malam ni kita kenakan Si Malik tu." Noin ketawa mengilai-ilai.
Ji'a mengeluh memandang ke arah Noin yang sedang berlari mengejar Ahmad Farhan.
"Paan. Ji'aminta maaf." Lirih suaranya berbisik sendiri.
YOU ARE READING
1,2,3... Bintang di Langit
RomanceNovel ini telah pun diterbitkan pada Mac 2014 di bawah label Jemari Seni Publishing. http://www.jemariseni.com/js-novel/470-novel-umum-mac-2014-1-2-3-bintang-di-langit-bidayatul-h.html ooo Dia pernah ditanya oleh seseorang, mengapa dihitung bintang...