cermin

4.3K 133 3
                                    


Mereka berkata, jika mahu lakukan perubahan, mulakanlah dengan insan yang memandang anda dari dalam cermin. Mulakan dengan diri sendiri.

Benar. Sudah berkali-kali dia mencuba. Bukannya dia tidak mahu berubah. Setiap kali dia memandang cermin, jantungnya berdegup laju.

Yang memandangnya dari sebelah sana, masih seraut wajah . Tanpa hidung, mulut dan telinga. Cuma sepasang mata merah menyala.


RemangWhere stories live. Discover now