potluck

616 28 11
                                    



"Ibu, adik tak nak abah! Adik nak nenek!"

Si ibu menyeka peluh di dahi. "Ezra, seharian ibu di dapur hari ni. Sayang makan ya? Nanti lapar pula nak ke sekolah."

"Adik nak nenek juga!" si anak menolak pinggan makan sehingga hampir terkena gelas.

Si ibu mengeluh. Sudah 3 kali anak daranya merengek mahukan nenek.

"Oklah, apa saja untuk anak ibu ya! Yang penting, ibu mahu adik belajar bersungguh-sungguh. Jangan jadi macam ibu, ya?" kata Fasha sambil mengelap air mata.

"Janganlah menangis, ibu. Adik sayangkan ibu!", si anak bingkas bangun dan memeluk erat pinggang ibunya.

+

Dia tahu, ibunya telah banyak berkorban. Bertahun-tahun ibu menahan sabar. Dia yang masih kecil selalu menyorok di bawah katil apabila bapanya mula naik angin. Neneknya pula tak pernah menghalang. Begitulah kata orang, perkahwinan tanpa restu ibu bapa, lebih banyak buruk daripada baiknya.

"Oklah, anak ibu nak nenek ya?"

Si anak mengangguk comel. "Ibu, jangan lupa bawang goreng lebih ya!"

+

Fasha tersenyum. Nampaknya sup tulang kaki nenek lebih digemari Ezra daripada rendang paha si bapa.

'Oh Tuhan, nak aku buang ke mana daging lelaki ini?'

Peti sejuknya sudah penuh. Dua hari lepas, dia sudah berkira-kira mahu membeli peti sejuk baharu untuk menyimpan daging suaminya.

Fasha membelek kalendar tempahan pada dinding. Dengan dakwat merah, dia mencatat tempahan pelanggan. Mereka amat gemarkan rendang tok resipi tradisi keluarganya. Dua hari lagi ada tempahan daripada Kak Munah. Jamuan potluck pejabat katanya.

Ah well. Pagi-pagi esok, dia akan ke pasar. Mencari daging lembu segar dan beberapa organ dalaman. Limpa, paru dan hati. Orang takkan tahu, bukan?

"Resipi tradisi.Mertua lalu depan mata pun tak sedar", senyum Fasha penuh makna.

RemangWhere stories live. Discover now