romantis

3.5K 112 12
                                    

*mengeluh panjang*

Matanya bundar, tubuhnya sederhana besar.

Sekali pandang, aku tahu dia tak pernah skip leg day di gimnasium.

Raut wajahnya? Seiras pelakon drama Melayu generik yang pernah aku tonton di TV.

Entah, jangan ditanya yang mana satu. Semuanya serupa pada pandangan aku.

Pakaiannya sederhana namun hidungku boleh menangkap aroma parfumnya.

Attimo oleh Salvatore Ferragamo. Classy!

Aku dah kata.

Berbelas tahun duduk di belakang kaunter parfum tidak pernah mengecewakan deriaku yang satu ini.

Oh ya. Namanya Ben.

Lelaki bertuah yang berjaya mencuri hatiku.

Selepas dia turut mengambil

buah pinggang,

kedua-dua biji mata,

jantung,

dan gelang Pandora yang baru mampu kutambah sebiji lagi charm dengan duit bonus tahun ini.

Nampak gayanya, tiada temujanji kedua untuk kita, sayang.

Tapi, sekurang-kurangnya, janganlah tinggalkan aku di tepi jalan begini.

.

A$$hole.

RemangWhere stories live. Discover now