parfum

679 19 4
                                    

Mereka selalu berpesan, berkawanlah dengan penjual minyak wangi, nescaya terpalit keharuman itu pada kita.

Atas pernyataan inilah mulanya bibit-bibit perkenalan antara Manja dengan Johan.

Johan tidaklah sekacak mana namun penampilannya amat memikat. Pertemuan mereka bermula bila Manja mengunjungi ke gerai parfumnya di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Wangiannya unik, amat berbeza daripada yang selalu Manja cuba di prestige floor Sogo.

+

Itu sebulan yang lalu. Sekarang Manja berseorangan di dalam sebuah bilik bawah tanah. Dari ekor matanya, dia dapat melihat ada lebih sepuluh wanita lain sudah dijerukkan dalam balang kaca besar berisi cecair berwarna pelik. Dengan mata yang tertutup, mereka nampak seperti patung bernyawa. Seperti Manja, mereka agak gempal dan berambut kerinting. Masing-masing ada terpasang tiub yang disambung pada belakang leher.

"Manja, kau memang bertuah. Aku takkan sia-siakan anugerah yang Tuhan kurniakan kepada wanita macam kau. Demi kecantikan dan nilai estetika wanita sejagat. Mereka pasti akan gemarkan wangian kau, sayang."

Manja tidak dapat berbuat apa. Suntikan Johan tadi melumpuhkan segala anggota tubuhnya. Dia langsung tidak mampu bersuara ketika Johan menebuk lubang pada belakang lehernya, tanpa anestetik. Air matanya mengalir deras.

'Minyak wangi baq hang'.

Itu sahaja yang terlintas dalam fikiran Manja sebelum matanya tertutup rapat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 24, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RemangWhere stories live. Discover now