imaginasi

3.7K 140 38
                                    

Saya melihat-lihat kepingan DVD yang tersusun di atas meja. Rasa agak cuak juga mahu dilihat berdiri di hadapan penjenayah ini. Penjenayah? Oh, bukankah penjual DVD cetak rompak itu merupakan satu kesalahan?

Saya cuba membayangkan jalan cerita dengan melihat gambar pada sampul DVD. Ok la tu, serupa juga dengan membaca baca sinopsis di belakangnya. Rasa mahu tergelak melihat blurb cerita yang dibuat oleh sang lanun. Kreatif juga mereka ini rupanya.

Ada kisah hantu bonceng. Hantu Kak Limah. Hantu nombor ekor. Hantu perempuan berambut rebonding merangkak keluar daripada perigi buta. Hantu spirit of the coin.

'Hantu 1Malaysia', saya tersenyum sahaja dan berlalu pergi.

+

Tahukah anda apa yang lebih seram daripada segala tok nenek hantu dalam filem-filem ini?

Imaginasi anda!

Apa yang bermain dalam fikiran anda ketika sedang membilas muka yang penuh buih sabun di dalam bilik mandi? Ya, saya mungkin sedang berdiri di hadapan anda tanpa anda sedari.

Atau, dalam bilik yang gelap gelita, ketika tangan anda tercari-cari suis lampu? Tangan kita mungkin bertemu di situ.

Rasa dahaga di waktu tengah malam dan anda perlu ke dapur untuk membasahkan tekak. Jaga-jaga. Tangan saya mungkin memaut kaki anda ketika mahu turun dari katil.

Teruja atau takut? Jangan bimbang. Saya memang ada di mana-mana. Memerhatikan anda secara senyap. Mungkin satu hari yang indah, kita ditakdirkan bertemu?

Buat masa sekarang, biarlah saya memerhatikan anda sahaja dari sini.

Ya. Di muka tingkap bilik anda ini ha. Hai! :)


RemangWhere stories live. Discover now