Tiga

52 4 0
                                    

Sesi persekolahan macam biasa membosankan. Aku boleh mati kebosanan lama-lama macam ni.

Aku melepaskan satu keluhan berat dan mengalihkan pandangan aku pada sekumpulan budak lelaki di padang. Mereka ada kelas pendidikan jasmani dengan Cikgu Bob.

Aku tersengih sendiri. "Kesian diorang. Mesti terseksa." Komenku perlahan.

Aku kembali melihat ke arah papan putih. Daripada putih bersih, sudah banyak tulisan atasnya berkaitan subjek biologi. Aku memerhati sekeliling. Semua pakat kusyuk salin setiap bait patah perkataan yang tertulis atas papan putih tersebut.

"Lame." Kutukku perlahan dan melepaskan keluhan berat.

Kali ini keluhan aku menarik perhatian Cikgu Yuzril, guru biologi yang sedang mengajar aku.

"Cik Rosliana ada masalah ke? Dari tadi saya dengar cik tak habis-habis mengeluh. Fokus kat depan pun tak." Soal Cikgu Yuzril dengan nada suara menyampah.

Selalunya cikgu-cikgu yang mengajar akan mengabaikan aku dan tak pernah kisah dengan aktiviti aku semasa mereka mengajar. Mereka tak pernah kisah sebab aku sentiasa mendapat markah seratus peratus untuk semua subjek setiap kali ujian.

Tapi,...

Cikgu Yuzril ni lain daripada yang lain. Walaupun aku dapat markah seratus peratus dalam subjek dia, dia masih suka memprovok aku.

"Saya ok Encik Yuzril. Just bosan." Jawabku jujur lalu sambung melukis wajah pujaan hati aku.

Kedengaran bunyi derap tapak kaki menuju ke arah aku. Aku abaikan dan terus melukis. Aku dapat rasakan kehangatan api kemarahan Cikgu Yuzril apabila aku tidak menghiraukan dia.

"Rosliana, awak lukis kawan ilusi awak lagi."

Aku berhenti melukis.

"Dia bukan ilusi." Ujarku sambil menggenggam penumbuk.

"RAFEEQI BUKAN ILUSI! DIA NYATA!"

IllusiWhere stories live. Discover now