Enam

54 3 4
                                    

Suasana di meja makan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlenting dengan pinggan.

Tiada sesiapa ingin membuka mulut. Semua fokus menjamah sarapan seperti sarapan itu makanan tersedap di dunia.

Sesekali aku mengerling ke arah Ibu dan Ayah. Masing-masing menumpukan perhatian pada makanan. Ibu pun tidak banyak cakap seperti selalu. Ayah sewajarnya tidak bercakap.

Peristiwa semalam masih berputar dalam kepala aku.

Maafkan dia, Ros.

Suara Rafeeqi terngiang-ngiang di telinga aku.

'Perlu ke aku maafkan lelaki yang tidak pernah percaya aku? Yang tak pernah cuba memahami aku? Yang sering utamakan reputasinya berbanding perasaan anak sendiri?'

Maafkan dia, Ros.

Sekali lagi suara Rafeeqi kedengaran dalam kepala aku.

"Home-schooled kamu mula esok. Ayah dah jumpa tutor terbaik untuk kamu." En. Darius a.k.a bapak aku, bersuara dan memandang aku untuk melihat reaksi aku.

"Ok." Jawabku sepatah dan sambung menyuap mi goreng ke dalam mulut.

"Mak Mah, nanti bawakkan susu ke atas ek." Arahku kepada orang gaji Ibu.

"Baik, Cik Muda." Balas Mak Mah dan meminta diri untuk ke dapur.

"Ros."

Langkah aku terhenti dipertengahan tangga apabila satu suara garau memanggil aku.

"Ayah nak yang terbaik untuk Ros."

"Rafeeqi apa yang terbaik untuk Ros." Jawabku dan terus melangkah ke bilik aku.

.

.

.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Laungku tanpa mengalihkan perhatian daripada lukisan aku.

"Cik Muda. Susu yang Cik Muda minta." Kata Mak Mah dengan penuh tatatertib.

"Thanks, Mak Mah. Letak je atas night stand tu." Balasku dengan senyuman.

Mak Mah mengangguk sebagai tanda menerima arahan.

"Rafeeqi kacak kan? Sesuai dengan orang yang cantik macam Cik Muda." Puji Mak Mah sambil mengikat rambut aku yang panjang mengurai.

Aku tersenyum mendengar pujian Mak Mah. Terasa bangga buat seketika.

Hanya Mak Mah yang memahami aku. Hanya dengan Mak Mah aku boleh bercerita tentang Rafeeqi. Hanya Mak Mah yang percaya bahawa Rafeeqi itu nyata.

Aku sudah menganggap Mak Mah seperti ibu aku sendiri. Mak Mah sudah berkhidmat sebagai orang gaji di rumah ini hampir 40 tahun.

Mak Mah merupakan seorang janda dan memiliki seorang anak lelaki. Namun, anaknya tidak menetap bersama-samanya kerana bekerja di luar negara.

Jadi, akulah menjadi penawar dan duri bagi Mak Mah sebagai ganti anaknya.

Hanya Mak Mah yang aku boleh percaya.

"Mak Mah." Panggilku lembut sambil merenung lukisan wajah Rafeeqi yang baru selesai aku siapkan.

"Ye, Cik Muda."

"Ros mimpi Feeqi. Dia suruh Ros maafkan Ayah."

Perbuatan Mak Mah terhenti seketika selepas mendengar kata-kata aku.

"Cik Muda boleh maafkan Tuan Darius tak?" Tanya Mak Mah sambil mengikat rambut aku dalam bentuk sanggul.

"Ros tak rasa Ros mampu. Ayah sangat melampau." Ujarku lalu melepaskan keluhan berat.

"Kalau macam tu, tak payah maafkan." Putus Mak Mah sambil tersenyum manis.

Aku memandang Mak Mah dengan dahi yang berkerut. Tidak memahami maksud Mak Mah.

"Mak Mah sokong Ros untuk tak maafkan Ayah?"

"Mak Mah tak sokong. Tapi, Cik Muda dah besar. Cik Muda boleh fikir. Walau macam mana Cik Muda benci Tuan Darius, Tuan tetap ayah Cik Muda. Cik Muda boleh benci Tuan, abaikan Tuan, tidak menghormati Tuan tapi, hubungan Cik Muda dengan Tuan sebagai anak dan bapa, tak akan boleh dinafikan. Jadi, Cik Muda kena fikir betul-betul supaya Cik Muda tak menyesal." Nasihat Mak Mah panjang lebar.

"Jadi, tu sebab Rafeeqi suruh Ros maafkan Ayah?"

"Mungkin." Kata Mak Mah pendek dan duduk di hujung katil aku lalu menepuk ruang di sebelahnya.

Aku meninggalkan meja belajar aku bersama-sama buku lukisan aku.

Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di sebelah Mak Mah, buku lukisan aku diambil.

Aku hanya membiarkan Mak Mah melihat semua lukisan aku yang hanya dipenuhi oleh wajah Rafeeqi.

"Feeqi pun cakap benda yang sama dengan Mak Mah." Kataku sayu. "Mak Mah, Ros rindukan Feeqi. Ros yakin dia sebahagian daripada hidup Ros."

"Cik Muda yakin dia akan balik sini?"

"Of course! Dia dah janji. Dia janji dia akan balik untuk bersama Ros lagi!" Jawabku dengan penuh emosi.

Mak Mah tersenyum apabila mendengar jawapan aku.

Tapi,...

Senyumannya seperti menyembunyikan sesuatu.

Apa agaknya yang disembunyikan oleh Mak Mah?

"Cik Muda, be strong and fight for your right." Kata Mak Mah lalu memberi kembali buku lukisan aku.

Aku menyambutnya dengan pandangan pelik. Mata aku mengikut pergerakan Mak Mah yang mengambil dulang yang telah kosong dan berjalan menuju ke pintu.

"Saya minta diri dulu ye, Cik Muda." Kata Mak Mah dan memulas tombol pintu bilim aku.

"Mak Mah!" Panggilku.

"Ye, Cik Muda?"

"Saya dan Rafeeqi pernah berjumpa tak sebelum ni?" Tanyaku lalu menggigit bibir.

Mak Mah tersenyum.

"Tuan Rafeeqi bukan ilusi." Jawab Mak Mah dan meninggalkan aku terkulat-kulat seorang diri.

Mak Mah, apa yang Mak Mah sorokkan daripada Ros?

IllusiWhere stories live. Discover now