Kaki disilang. Tangan memeluk tubuh. Mata merenung tajam ke arah ibu dan ayah.
Sesungguhnya hanya Tuhan yang tahu betapa sakit dan geramnya hati aku sekarang ini.
Ibu dan ayah suka membuat amarah aku membuak-buak.
Kenapa mereka tidak boleh jadi seperti ibu bapa yang normal? Ibu bapa yang tidak pernah mengawal hidup anak-anak mereka?
Bukanlah maksud aku untuk mereka abaikan aku. Aku hanya berharap, ibu dan ayah faham dan bimbing aku dalam buat pilihan dalam kehidupan. Bukan mereka yang membuat pilihan untuk aku.
"Ros, ibu dengan ayah buat semua ni untuk kebaikan Ros. Ros mesti faham. Ibu dengan ayah sangat menyayangi Ros untuk biarkan Ros terus berilusi tentang sesuatu yang tidak wujud." Pujuk ibu lembut.
Tapi, pujukan itu langsung tidak memberi kesan kepada aku.
"Rafeeqi wujud, ibu. Ros tahu dia wujud. Lagipun dia janji dengan Ros. Dia akan kembali."
"Mana Ros tahu? Ayah yakin itu semua hanya berlaku dalam mimpi Ros. Come on, Ros. Mimpi hanya mainan tidur. Jangan terlalu percaya-..."
"I know it is true! Stop trying to hide the fact that Rafeeqi is exist in this world!" Aku mula meninggikan suara.
"Ros, jaga adab kamu! Ini ayah kamu!" Ibu memarahi aku. "Dan, please behave youself in front of our guest." Kata ibu sambil merenung tajam ke arah aku.
Aku merengus kasar dan kembali bersandar pada sofa.
"Sorry lar, Syafiq. Ros ni memang macam ni. Keras kepala dan suka melawan." Ujar ibu lembut kepada tetamu kami, Syafiq.
"It's okay. Saya memang kenal sangat dengan Ros. Dari kecil sampai besar, tak pernah berubah." Tutur Syafiq ramah dengan senyuman manis.
Aku memusingkan mata melihat drama yang dimainkan oleh lelaki muda itu.
Syafiq Hamizi. Ibu dan ayah memberitahu aku bahawa dia kawan masa kecilku. Kami selalu bermain bersama.
Tapi, aku tidak tahu kenapa.
'Ibu dan ayah seolah-olah menipu aku.'
Mungkin dia kawan masa kecil aku tapi,...
Aku tak rasa kami selalu bermain bersama. Sesuatu dalam diri aku mengatakan dia tidak boleh dipercayai dan aku harus berhati-hati.
"Tuan, Puan, Cik Muda, makan malam sudah siap." Ujar Mak Som dengan penuh tatatertib.
"Baiklah." Jawab ayah dan Mak Som pun beredar.
"Jomlah, makan sekali dengan kami. Lama tak dinner sama-sama." Pelawa ibu dengan penuh ceria.
"Ros, tak ingat pun yang dia selalu makan kat sini." Ujarku.
"Ros, jaga sikit percakapan tu. Memang lar Ros tak ingat. Ros sakit. Nanti lepas luangkan masa dengan Syafiq mesti Ros ingat punya." Ujar ibu lembut.
'Hanya Rafeeqi yang boleh bantu Ros.' Monologku dalam hati.
Aku terasa sedih apabila ibu mengatakan aku sakit. Aku tahu ibu tidak maksudkan sakit sebab aku hilang ingatan. Tapi, ibu maksud sakit mental.
Ya, aku tahu ibu dan ayah anggap aku gila. Pernah beberapa kali mereka cuba membawa aku berjumpa pakar terapi. Aku dengan 'baik'nya menolak sehinggakan ibu dan ayah menyerah kalah.
"Ros, tunggu apa lagi? Jom lar makan." Ajak Syafiq.
Aku hanya memberi lelaki itu jelingan tajam lalu melangkah memasuki ke ruang makan tanpa mengajaknya.
"Wah, Mak Mah betul-betul masak makanan kegemaran Ros?!" Kataku gembira. "Yeah! Sayang Mak Mah! Thanks, Mak Mah." Ucapku sambil memeluk Mak Mah.
Aku dapat rasakan panahan mata ibu dan ayah tajam menusuk ke arah aku dan Mak Mah.
Well, aku rasa ibu dan ayah cemburu sebab aku peluk Mak Mah dan ucap kata sayang bagai.
Semenjak ibu dan ayah terlibat dalam dunia perniagaan, aku jarang jumpa ibu dan ayah. Mereka pun tidak pernah cyba meluangkan masa dengan aku.
Jadi, ia agak janggal untuk aku memeluk atau mengucap kata sayang pada mereka.
Mak Mah ketawa kecil. "Sama-sama, Cik Muda. Duduk lar makan." Pelawa Mak Mah.
Senyuman aku melebar sampai ke telinga.
"Mak Mah jomlah makan se-..."
"Mak Mah, apa ni?! Eii, saya tak suka lar masakan pelik-pelik ni. Buang!" Arah ibu dengan marah sambil menunding jari ke arah gulai tempoyak pucuk paku kegemaran aku.
"Mak Mah, bawa makanan Ros naik atas. Ros nak makan dalam bilik." Ujarku lalu bangun untuk meninggalkan ruang makan.
"Ros, nak ke mana? Kenapa nak makan dekat atas? Tak apa ibu, dah suruh Mak Mah buang makanan pelik tu. Jomlah makan sekali." Kata ibu dengan senyuman manis.
"Ibu."
"Ye?"
"Apa makanan kegemaran Ros?"
Ibu ketawa kecil. "Soalan apa tu? Ros anak ibu of course ibu tahu makanan kegemaran Ros. Nasi ayam dengan kangkung tumis kan." Jawab ibu ceria.
Saat itu, air mata aku seolah-olah ingin mengalir.
"Cik Muda, makan atas ke sini?" Tanya Mak Mah dengan dulang berisi makanan kegemaran aku.
"Mak Mah, apa makanan kegemaran Ros?"
"Nasi goreng kampung dengan gulai tempoyak pucuk paku. Kenapa Cik Muda?"
"Tak ada apa-apa. Mak Mah bawak pinggan lebih. Mak Mah teman saya makan dengan Mak Som."
"Baik, Cik Muda."
Dengan itu, Mak Mah menghilangkan diri ke dalam dapur.
"I am wondering. Are you really my mother?" Tanyaku dan berlalu pergi tanpa menunggu sebarang jawapan.

YOU ARE READING
Illusi
Mystery / ThrillerIllusi dan Imaginasi jika diikuti dapat dirasai seperti realiti bahkan ia hanyalah fantasi yang muncul ketika minda mengingati.