Dua Belas

36 1 1
                                    

Suasana di meja makan sunyi sepi selepas Ros meninggalkan ruang makan dengan soalan yang mampu membuatkan Pn Zalina rasa tertikam bertalu-talu.

Are you really my mother?

Soalan yang dilontarkan oleh anak tunggalnya, Rosliana Batrisya.

Ia sememangnya membuatkan dia terkedu dan terkelu.

"Teruk sangat ke saya?" Tutur Pn Zalina lemah dan sayu.

"Sayang, tak payah fikir apa budak tu cakap. Dia tak maksudkan pun." Suaminya, En Darius, cuba memujuk.

"Saya tak kenal anak saya sendiri." Tutur Pn Zalina lagi.

Air mata mula bergenang apabila dia mengenangkan satu-satu buah hatinya, membenci dirinya.

"Auntie, lupakan apa Ros cakap. Dia sakit." Syafiq cuba memujuk.

"Dia tak sakit. Dia sihat. Cuma kita je yang tak nak dia sihat." Balas Pn Zalina lalu memandang suaminya. "Sanggup ke Abang biarkan anak kita benci kita, bang?"

"Sayang, abang tak niat macam tu. Ini untuk kebaikan Ros juga." Pujuk En Darius lembut.

"Puan, Tuan. Minta maaf, saya bukan nak menyampuk tapi, izinkan saya memberi pendapat." Sampuk Mak Som dengan penuh berhemah.

Semua mata tertumpu pada Mak Som. En Darius memberi isyarat untuk dia berkata-kata

Mak Som menarik nafas dalam sebelum memulakan bicara.

"Memang tak patut Tuan dan Puan rahsiakan semua ni daripada Cik Muda dan saya faham ini semua demi kebaikan Cik Muda sendiri. Tapi, Tuan dan Puan tak selalu ada dengan Cik Muda."

"Membuatkan Cik Muda tercari-cari memori lima tahun lepas sebab Cik Muda cuba untuk ingat memori di mana Tuan dan Puan ada dengan Cik Muda tapi, malangnya memori lain yang Cik Muda jumpa dan mula curiga."

"Jadi, saya sarankan agar Tuan dan Puan cuba meluangkan masa lebih dengan Cik Muda. Itu salah satu cara untuk membantu Cik Muda melupakan Rafeeqi." Jelas Mak Som panjang lebar lalu menundukkan kepalanya tanda hormat.

"Jadi, awak nak suruh saya abaikan kerja saya semata-mata Ros dan biarkan projek saya yang berpuluh-puluh juta lenyap? Awak dah gila ke?" Balas En Darius sinis.

Perasaan marah mula menular masuk dalam dirinya.

Pantang En Darius orang mengatakan ada benda lain yang penting daripada perniagaannya.

"Maaf, saya tak bermaksud begitu. Ia hanya sekadar cadangan agar Ros tidak bersikap sedemikian rupa lagi." Ujar Mak Som penuh hormat.

"Mak Som, saya memang open dalam pelbagai perkara tapi, kalau Mak Som nak suruh saya abaikan kerja saya sebab nak luangkan masa dengan Ros, saya tidak boleh terima. Saya mesti bekerja. Kalau tidak apa saya nak bagi Ros dan bini saya makan? Macam mana saya nak bayar gaji awak semua?" Bahas En Darius.

"Tak salah tinggalkan kerja sekejap demi meluangkan masa dengan keluarga."

Satu suara tiba-tiba menyampuk.

"Danial." Ujar Mak Som.

___________________________________________________________________________

Hey! An update!

Harap semua enjoy dengan bab kali ini.

-Afina-

IllusiWhere stories live. Discover now