Sepuluh

35 3 0
                                    

"Cik Muda."

"Cik Muda."

"Cik Muda. Bangun. Tuan dengan Puan dah balik. Tuan dengan Puan nak jumpa Cik Muda."

Kedengaran suara seoarang wanita tua memanggil-manggil aku sambil menepuk lembut bahuku.

Aku sangat mengenali suara itu.

"Cakap dekat ibu dengan ayah, Ros penat. Ros nak rehat." Tuturku dalam keadaan mamai lalu memeluk semula bantal peluk pooh kesayangan aku.

Mak Mah melepaskan keluhan kecil. "Cik Muda, Cik Muda kena turun. Tuan dengan Puan ada hal penting nak bagitahu Cik Muda." Kata Mak Mah lembut.

"Tak nakkk..." Rengukku manja dan menekup muka aku.

"Cik Muda, turun kejap je. Lepas dengar apa Puan dengan Tuan cakap, Cik Muda boleh naik dan sambung tidur. Boleh ye, Cik Muda?" Mak Mah cuba memujuk.

Aku menggeleng-gelengkan kepala dan menarik selimut untuk menutupi keseluruhan tubuh aku.

"Still tak nak." Jawabku. Degil.

"Cik Muda, kalau Cik Muda turun, dengar apa Tuan dengan Puan nak bagitahu, malam ni Mak Mah masak makanan kegemaran Cik Muda. Cik Muda suka nasi goreng kampung kan dengan gulai tempoyak pucuk paku kan? Kalau Cik Muda turun, Mak Mah janji, makan malam nanti, Mak Mah masak makanan kegemaran Cik Muda. Amacam? Setuju?" Cadang Mak Mah.

Masih tidak berputus asa memujuk aku.

"Janji?" Tanyaku sebaik sahaja menolak ketepi selimut aku.

"Janji." Kata Mak Mah lalu mengangkat tangan seperti orang berikrar.

"Yeah! Sayang Mak Mah!" Ujarku lalu memeluk erat Mak Mak.

Mak Mah ketawa kecil sambil membalas pelukanku.

"Dah, pergi siap. Tuan dengan Puan tunggu di ruang tamu bawah." Ujar Mak Mah dengan senyuman masih tidak lekang.

"Ok. Jap, nak tukar baju."

IllusiWhere stories live. Discover now