Lapan

56 4 0
                                    

Kata-kata Cikgu Yuzril masih terngiang-ngiang di telinga aku.

Don't let me do it again? Apa maksudnya?

Otak aku penat berfikir, it itu merujuk kepada apa? Pernahkah aku mengenali Cikgu Yuzril sebelum ini?

Terlalu banyak soalan yang bermain di minda. Namun, tidak satu pun terjawab.

"Cik Muda?"

Aku tersentak apabila seseorang memanggilku.

"Oh, Mak Som. Sorry, tak sedar Mak Som datang. Ada apa ye?" Tanyaku setelah meminta maaf kepada Mak Som, orang gaji seperti Mak Mah.

"Tuan panggil Cik Muda turun bawah. Makan malam sekali." Ujar Mak Som dengan senyuman manis.

Aku tersenyum nipis kepada Mak Som apabila mendengar pesanan yang disampaikan.

"Bagitahu Tuan, Ros sibuk study dan Ros tak lapar." Pesanku dengan penuh sopan.

"Cik Muda, Cik Muda tak makan dari tengah hari tadi. Tipu lar Cik Muda tak lapar."

"Tak pe lar Mak Som. Saya tak selera nak makan." Aku cuba berdalih.

Sebenarnya, aku memang lapar tapi, aku tidak mahu menghadap Ayah dan Ibu. Nanti mesti mereka tanya tentang pelajaran aku hari ini.

Aku tidak ada mood nak bercakap tentang cerita pagi tadi dengan Ayah dan Ibu.

Aku terasa janggal setiap kali mereka cuba untuk beramah mesra dengan aku sebab mereka sangat jarang beramah mesra dengan aku mahupun bertanya pasal hari-hari aku.

Orang selalu kata, mesti bahagia jadi anak orang kaya.

Tapi,..

Tidak bagi aku.

Ibu dan Ayah terlalu sibuk menjaga kestabilan perniagaan mereka. Sehingga tugas mereka sebagai seorang ibu dan ayah diberikan kepada orang-orang gaji yang diupah oleh Ibu dan Ayah untuk menjaga kebajikan aku.

Kadang-kadang, aku cemburu melihat kawan-kawan aku yang setiap hari Ibu dan Ayah mereka akan menghantar dan mengambil mereka ke dan dari sekolah. Ciuman kasih sayang dan kata-kata semangat yang diberi kepada anak-anak mereka sebelum memulakan hari.

Aku inginkan suasana sebegitu tapi,....

Bila agaknya hari itu akan muncul?

Jujur dari hati aku. Kadang-kadang aku merasakan seolah-olah pekerja-pekerja Ibu dan Ayah adalah ibu bapa aku.

Sebab mereka lebih mengambil berat tentang aku berbanding Ibu dan Ayah.

"Cik Muda? Cik Muda ok tak ni? Kenapa menangis ni?" Ujar Mak Som panik.

Aku memandang Mak Som dengan mata yang berkaca. Air mata mengalir lalu turun pipi.

Aku mengangkat kedua belah tangan aku ke arah Mak Som. Mak Som tidak membuang masa dan mendakap aku erat.

"Ros tak suka keadaan sekarang." Rintihku sayu.

"Shhh.... Cik Muda kena kuat. Mak Som tahu Cik Muda kuat. Sabar ek Cik Muda. Suatu hari nanti, Cik Muda akan jumpa kebahagiaan Cik Muda." Pujuk Mak Som sambil mengusap lembut belakang aku.

"Bila hari tu akan tiba Mak Som? Ros tak larat hidup dalam bayang-bayang. Ros nak memori Ros balik."

"Cik Muda, jangn macam ni. Mak Som yakin sangat yang Cik Muda akan ingat balik semua memori-memori Cik Muda. Cik Muda jangan sedih."

Aku hanya mendiamkan diri sambil menangis di dalam dakapan Mak Som.

Ya, memori aku telah hilang. Tapi bukan memori jangka masa pendek. Aku kehilangan memori jangka masa panjang aku. Iaitu memori aku 5 tahun lepas.

Dan aku yakin memori aku pada lima tahun lepas ada kena-mengena dengan Haris Rafeeqi.

Jika tidak, kenapa lelaki itu selalu muncul dalam mimpi aku semenjak 6 bulan lepas, selepas aku kemalangan?

Dan aku merasakan nostalgia setiap kali Rafeeqi muncul dalam mimpi aku.

Haris Rafeeqi. Please come back. Aku tahu kau bukan ilusi. Aku yakin kau kunci kepada memori aku.

IllusiWhere stories live. Discover now