Lima

52 3 1
                                    

Aku menangis teresak-esak di taman seorang diri. Masih terasa sengatan tamparan orang tua itu di pipi aku.

Aku bukan menangis sebab kena tampar. Aku menangis sebab semua orang kata Rafeeqi hanyalah ilusi aku semata-mata.

"Rafeeqi bukan ilusi. Dia realiti." Rintihku dan merasa seseorang mengusap kepala aku.

"Ye, aku realiti. Abaikan apa orang cakap. Diorang jeles sebab cinta kita kuat sangat."

Aku mengangkat kepala dan terus melompat ke dalam dakapan Rafeeqi.

"Feeqi, aku rindu kau. Aku sayang kau. Tapi semua orang kata kau tak wujud. Aku sedih. Tak ada sesiapa faham aku." Aduku sambil menangis di dada Rafeeqi.

"Aku minta maaf. Sebab aku, kau kena lalui semua ni."

"Tak apa. Aku tak kisah. Aku sanggup hadapi semua ni demi menunggu kepulangan kau." Kataku lalu memeluk Rafeeqi erat.

"Ros, kau betul-betul sayang aku ke?" Tanya Rafeeqi sambil mengusap kepala aku.

Aku mengangguk. "Walau apapun yang terjadi, hati aku, perasaan aku dan segala-galanya tentang aku adalah milik Haris Rafeeqi."

Aku dapat rasakan Rafeeqi memeluk erat tubuh aku.

"Aku pun. Tak kira apa pun yang terjadi, aku hanya milik kau. Cinta aku, diri aku, semua tentang aku adalah milik kau, Rosliana Batrisya. I love you."

"I love you too. Please come home soon. I miss you."

"I will. Trust me. I will." Kata Rafeeqi dengan suara sedikit sayu.

"Feeqi? Kenapa? Kenapa kau macam sedih?" Tanyaku sambil menolak lembut tubuh Rafeeqi agar aku dapat melihat wajahnya.

"Ros, kau percaya aku kan? Kau tahu kan betapa aku sayang kau sepenuh jiwa aku? Kau tahu kan aku tak boleh hidup tanpa kau?" Tanya Rafeeqi bertalu-talu.

"Yeah, I know. And I trust you with all my heart. Kenapa tiba-tiba ni? Kau tak percaya aku ke?"

"Tak! Bukan tak percaya. Just. Aku takut kalau aku akan buat hati kau terluka tanpa aku sedari. Kau tahu kan betapa aku tak sanggup untuk lukakan hati kau-..."

"Haris Rafeeqi." Panggilku sambil meletak jari telunjuk aku pada bibirnya bagi dia berhenti bercakap.

"Aku tahu semua tu. Kalau kau telah lukakan hati aku, tak bermakna aku akan tinggalkan kau. Lagi aku akan buat apa sahaja supaya kau sentiasa ada di sisi selama-lamanya sebagai hukuman."

"Kena ada kat sisi je ke? Tak ada hukuman lain?" Tanya Rafeeqi dengan senyuman gatal.

"Haris Rafeeqi, you are pervy." Kataku lalu memeluk tengkuknya.

"Just to you." Balasnya lalu memagut lembut bibirku.

"Rosliana Batrisya, aku janji aku tak akan pernah tinggalkan kau. Aku akan always ada untuk kau tak kira setiap kali time kau senang ataupun susah. Dan aku janji, aku tak akan pernah berhenti mencintai kau sampai bila-bila."

"Jangan janji kalau tak boleh nak tepati." Usikku

"Aku akan tepati janji aku. Trust me, my angel. You mean the world to me."

"Betul ni?"

"Betul."

"Serius?"

"Yes, baby. I am serious."

Aku ketawa kecil mendengar Rafeeqi memanggil aku baby. Berbunga-bunga hati aku dibuatnya.

"This is not an illusion." Bisikku perlahan.

"No, baby. This is not an illusion. This is real and world reality." Bisik Rafeeqi kembali.

"Hurry up and be here with me."

"I will. Just wait and see."

"I love you, Feeqi."

"I love you more, Ros. I'll see you soon." Ucap Rafeeqi dan mengucup bibir aku sebelum melangkah pergi.

Aku hanya melihat Rafeeqi dengan pandangan sayu. Sedih ditinggalkan lagi.

"Oh, yeah Ros." Rafeeqi pusing menghadap aku semata-mata untuk cakap, "Forgive him. He's your father. I know he's not a perfect father but, he always be your father whether you want it or not."

IllusiWhere stories live. Discover now