Satu malam, di kala kesunyian dan kebuntuan untuk menulis, saya melawat sebuah laman web chatting yang bernama "kampungchat". Ia wujud dalam bentuk web, dan kewujudan laman web ini ialah cucu-cicit dari ruang chat MiRC, channel #kampung.
Saya mengenali internet pada tahun 1997, tetapi menjadi penagih internet semasa saya habis PMR pada tahun 1999. Pada tahun 2000, saya mula menjadi ketagih internet dengan channel MiRC ini. Ketagihan ini, bagaimanapun hanyalah mahu mencari kawan di luar kawasan rumah saya, kerana sebelum itu saya mencari kawan di luar kawasan dengan menggunakan surat: pen-pal. Sahabat pena.
Sahabat pena akhirnya pupus sekitar lewat 1990an dan ruang siber untuk bersosial seperti MiRC telah wujud. Salah satu channel yang paling ramai ialah channel #kampung.
Pada malam saya sunyi itu, ada seorang yang nicknamenya "gadis_manja91". Setelah asl plz dan berbual-bual pendek, tiba-tiba ia pergi ke mode yang lebih ehem, "mesra".
"Awak open minded tak?"
"Yes."Diikuti dengan perbualan lucah hingga dua-duanya klimaks.
Tapi, perasaan itu real. Mengadakan hubungan seks adalah sesuatu yang enak dan indah apabila akhirnya bendalah itu keluar, tetapi ini satu masalah.
Itu bukannya betul-betul.
Virtual reality, atau realiti maya dalam bahasa kita, adalah satu perkara yang wujud apabila internet menjadi satu perlambangan dalam ketamadunan manusia hari ini.
Dan seperti yang dilakukan oleh saya, ia seolah-olah seperti betul saya melakukan hubungan seks, tetapi ia bukan hubungan seks.
Saya tidak tahu bagaimana rupa paras orang yang saya chat itu, barangkali saya tidak pasti apa jantina orang yang saya chat itu.
Kemudian saya sedar, bukan saya seorang yang begitu. Di sebuah negara fasis agama yang suka haram itu haram ini, seks hanya boleh diperoleh secara halal, iaitu kahwin, atau haram, seperti hubungan seks dengan awek, atau dengan cara berbayar, seperti pelacur yang ada bapa ayam atau freelance, iaitu secara sendiri.
Sebagai seorang lelaki yang tidak berpeluang untuk mendapatkan ini, selain melalui cara berbayar, cara paling murah dan mudah (well, takdelah paling mudah sebenarnya sebab kebanyakannya sama ada sedang berseksual secara maya dengan lelaki lain, atau mungkin bot) ialah dengan cara ini, cybersex.
Seumur hidup saya ini, saya mengaku saya sudah beberapa kali melakukan perkara ini bila mana saya inginkan seks tetapi tidak berpeluang (sama ada tak ada makwe, atau makwe tak bagi), saya fikir saya sudah mungkin beribu kali saya melakukan ini. Peluang untuk mendapatkan nombor telefon cuma berpuluh kali.
Biasanya kalau berjaya dapat nombor telefon, itu kejayaan besar, walaupun seringkali saya mendapat harapan palsu kerana nombor diberi adalah nombor orang lain, atau tidak menepati orientasi seksual saya.
Tetapi dalam ribuan kali saya cybersex, saya sudah berpuluh kali dapat nombor telefon orang yang betul. Mungkin 20 kali saya rasa.
Dan lepas kami cybersex kami sambung lagi di telefon. Di telefon lebih puas, kerana jurang "virtualiti" itu makin mengurang dan semakin ke arah realiti.
Saya sudah pasti ia seorang perempuan (I'm straight but not narrow), dan saya pasti dia pun mengalami kepuasan bermasturbasi bersama-sama saya apabila mendengar erangan dia.
Tetapi, ia masih virtual, dan masih belum realiti.
Daripada 20 orang yang saya mendapat nombor telefon dan melakukan phonesex ini, mungkin dalam lapan orang yang saya sudah dapat gambarnya.
Daripada lapan orang ini, cuma empat orang yang saya berjaya mendapat gambar bogelnya.
Tetapi saya masih tidak pasti kerana ia mungkin gambar orang lain yang dicuri dari laman web lucah seperti Webmelayuboleh atau Tumblr awek tudung.
Daripada empat orang ini, cuma dua orang sahaja yang pernah saya jumpa dalam realiti. Sebenarnya hampir tiga, dan yang lagi seorang itu memang ajak berjumpa. Masalahnya, dia isteri orang dan saya tidak berani untuk 'langgar'. Saya 'chickened out' dan tidak berjumpa dengan isteri orang itu. Satu tidak berjaya dapat apa-apa kecuali hanya berjumpa dan makan-makan di Kenny Rogers.
Cuma satu sahaja yang saya akhirnya dapat hubungan seks yang sebenar.
Bagaimanapun ia cuma one night stand dan selepas kejadian itu saya tidak dapat apa-apa lagi kerana terputus hubungan.
Jadi, ratio kejayaan saya mungkin 1:1,300, mungkin.
Saya melihat ini sebagai satu petanda bahawa masyarakat negara ini mengalami satu depressi seksual yang sangat serius.
Berapa ramai lagi lelaki loser seperti saya yang melepak di ruang chat untuk mendapatkan virtual sex ini? Saya percaya, ramai. Mungkin pembaca artikel ini juga begitu.
Dalam kekangan agama dan moral yang tinggi yang sering melihat seks itu sebagai satu taboo dan hanya perkahwinan yang boleh mengesahkan hubungan itu, nampaknya ia menjadi lebih parah dan semakin teruk depressi seksual ini.
Ketagihan cybersex ini pada akhirnya menjadikan orang itu kurang keyakinan diri kerana hanya dapat hubungan seks dalam online.
Seks adalah fitrah manusia, dan seperti spesis yang bukan tumbuhan, keinginan untuk reproduksi adalah datang dari keinginan dalam id manusia.
Saya tidak boleh jadi perogol untuk mendapatkan seks kerana ia adalah satu kesalahan berat undang-undang, dan ia juga boleh menjadikan mangsa berada dalam keadaan traumatik dan itu bukan saya inginkan.
Seks harus mutual, harus ada mutual intimacy (walaupun hanya untuk momen itu), harus ada mutual respect, dan harus ada mutual understanding. Seks tidak nikmat jika hanya sebelah pihak sahaja yang menikmati itu.
Virtual reality membawa keinginan ini ke satu sudut yang paling hampir dengan realiti walaupun ia bukan realiti.
Tetapi dengan kekangan agama dan moral disamping kekangan keyakinan diri yang rendah, seks itu menjadi lebih sukar.Persaingan untuk mendapatkan seks adalah biasa di kalangan Animalia. Burung merak mengembangkan ekor untuk memikat pasangannya. Kucing mengencing di tepi pokok dan dinding untuk menandakan 'jajahan takluk'nya.
Manusia menggunakan imej, atau ayat manis, atau duit untuk mendapatkan itu. Dan gagalis sejati seperti saya, virtual sex adalah pilihan.
Namun, semua itu bukan berlaku dalam keadaan sebenar. Dan ini sangat menekan, jika dibandingkan dengan negara yang masyarakatnya tidak mengalami depressi seksual seperti di negara ini.
Ramai yang kata, dengan perkahwinan ia mampu menamatkan depressi ini, tetapi bukan semua orang mampu berkahwin.
Mas kahwin dan hantaran yang meningkat sejajar dengan inflasi negara ini juga mengekang keinginan seks ini dari dibebaskan. Mas kahwin dan hantaran ini menjadi kekangan material spesis Homo Sapiens di negara ini dari mendapatkan seks.
Apabila terjadi begitu, maka ramailah orang Melayu yang naluri seksualnya dikekang dan tidak dipuaskan. Hal ini kerana orang Melayulah yang paling miskin di negara ini, selain orang Asli dan kaum imigran.
Sudahlah miskin, agama tak bagi, rupa pula tidak ada, apa lagi yang tinggal?
Tetapi ini bukan satu keluh kesah saya sebagai seorang loser yang sering di waktu malam sunyi ini memikirkan tentang seks, ini adalah masalah masyarakat di negara ini, yang jarang dibualkan kerana malu serta rasa berdosa dan takut masuk neraka.
Nak takut apa masuk neraka, negara ini pun dah macam neraka.
Cuma selepas ini, fikirkan satu perkara, apabila kejadian rogol yang semakin berleluasa berlaku dalam masyarakat hari ini, fikirkan juga lelaki yang tidak sanggup merogol tetapi hanya menanti nickname "gadis_sepi" menyala warna merah untuk menyambung perbualan lucah.
Dan sesungguhnya, lelaki seperti itu lebih tertekan, kerana sepanjang kehidupannya, perkara paling terindah dalam hidupnya, hanyalah virtual reality.
YOU ARE READING
Bukan Fiksyen, Bukan Fakta.
De TodoTulisan yang datang bukan dari akal pemikiran logik mahupun datang dari khayalan. Ia datang korteks serebrum yang berserabut dari Nami.