Blast From The Past: Suzuki, Nazi Dan Komunis

698 25 0
                                    

iii. Semasa saya di bangku sekolah rendah dulu, ada dua simbol paling ikonik yang diconteng di meja sekolah saya, dan kawan kelas saya. Satu, logo 'S' Suzuki, dan lagi satu, logo Nazi. Dua simbol ini begitu ikonik dalam kanak-kanak generasi saya, tetapi kami tetap menconteng lambang itu di meja sekolah kami. Tapi tak pernah terfikir apa-apa maksud di sebalik lambang itu. Yang kami tahu, itulah logo yang kami senang untuk kami lukis, dan kami tiru.

Sekali sekala, ada juga yang suka logo sabit dan tukul kerana a) Zangief wrestler Soviet dalam game Street Fighter ada rambut mohawk yang cool, dan b) kami baru saja tamat perang Dingin.

Semasa kecil apabila tonton filem perang dunia kedua, kami sentiasa ada simpati terhadap Nazi. Entah mengapa kita melihat British, atau Amerika, sebagai sesuatu yang poyo yang kita tak rasa cool.

Logo sabit dan tukul juga cool, kerana kami lahir pada zaman Perang Dingin. Propaganda antara dua pihak masih ada, dan selalunya dalam peperangan, bahagian akhir lah yang paling intense, paling tegang.

Nazi kalah perang, Soviet kalah perang dingin. Sebab itu, tak terkejut kalau lambang sabit dan tukul, swastika, dan logo S Suzuki itu boleh diconteng bersebelahan dalam keadaan yang harmoni, walaupun jutaan tentera Nazi dan Soviet mati berperang antara mereka dalam Perang Dunia kedua.

Logo S Suzuki itu adalah mungkin kerana propaganda Mahathir dasar pandang ke Timur.

Bukan Fiksyen, Bukan Fakta.Where stories live. Discover now