BERBUAL DENGAN GRAHAM COXON -- PART ONE
Baru-baru ini, aku telah datang ke sebuah tempat lama yang dah lama aku tinggalkan dan bertemu dengan seorang kawan yang aku panggil dia sebagai Graham Coxon. Dia bagaimanapun bukanlah seorang pemain gitaris kumpulan Blur, tetapi seorang bekas rakan satu sekolah yang kini berniaga bundle.
Pertemuan aku dengan Graham Coxon sebenarnya dah lama kami rancang selepas kami dah lama tak jumpa sejak pembikinan novel Bau Semangat Anak Muda. Graham Coxon tergelak-gelak besar apabila aku menulis novel itu, kerana kisah itu kisah tentangnya, tapi tak siapa tahu itu adalah kisahnya.
"Woi, Jarvis!" kata Coxon sambil melipat sehelai t-shirt bundle rare hiphop Run DMC design lama. Kelihatan dua isterinya, Cornflake Girl dan Jennifer Love Hewitt menemaninya. Cornflake Girl, sedang makan, sementara Jennifer Love Hewitt, sedang duduk di atas kerusi lipat design 90an berwarna biru sambil mengajar anaknya bernama Melur menulis dan mengenal huruf.
Graham Coxon memanggil aku Jarvis Cocker kerana cermin mata aku yang besar gedabak macam penyanyi kumpulan Pulp itu. Selepas bersalaman dengan kedua-dua isterinya, dan berkenalan dengan Melur, dia pun jemput berbual. Kelihatan santai walaupun Graham Coxon agak sibuk memunggah barangan bundle.
"Hidup kau macam mana, Jarvis? Kau ok tak?" tanya Coxon. Aku senyum tawar sambil terbit perasaan cemburu padanya. Hidupnya bagi aku adalah hidup lelaki paling bahagia untuk standard aku. Mempunyai dua orang isteri yang paling cool dalam kawan-kawan menyebabkan aku ada sedikit cemburu dengannya.
"Kau teringin makan asam pedas Jennifer, kan? Nanti kau terus insaf takkan makan kat Restoran Mona lagi. Kau tengoklah," kata Graham Coxon.
Jennifer tersenyum manis sambil nampak lesung pipit dan gigi taring. Cornflake Girl pasang kawal Spotify aku, yang aku memang sengaja kongsi password aku untuk dia kawal. Sebab dia ada taste muzik yang bagus.
Tapi dia bagi Jennifer Love Hewitt yang kawal. Jennifer buka lagu-lagu dari Chainsmokers, The 1975, Bil Musa, Lisa Mitchell, Angus and Julia Stone, Noah and the Whale dan sekali sekala lagu-lagu dari Jepun dari kumpulan seperti One OK Rock atau Mrs Green Apple.
Macam-macam kami bual sampai kami semua bungkus barang bundle untuk pulang. Tiba-tiba Jennifer, yang sedang mengandung, mengajak kami semua menonton Power Rangers untuk troll suami sendiri.
Ada la cerita di sebalik kenapa Graham Coxon dibahan dengan panggilan nama Power Rangers. But that's not my point. My point is benda ni disepakati oleh kedua madu Coxon tanpa disedarinya.
Cornflake Girl selalu cakap dia berpakat dengan Jennifer Love Hewitt untuk troll Coxon.
Lepas tengok Power Rangers, kami berdua balik ke rumah Cornflake Girl untuk balot. Menurut cerita, rupanya antara tiga orang ni, Jennifer paling power tarik submarine. Dan ini diperakui oleh Haji Bam Margera yang membuka sebuah restoran char kuey teow di Tanming Jaya.
Haji Bam masak char kuey teow special untuk dia belanja. Sebelum tu aku cerita pasal soal seluar corduroy aku yang koyak. Graham Coxon suruh aku beli seluar baru.
"Ni aku simpan satu corduroy ngam-ngam dengan pinggang kau, Jarvis. Beli la, sepuluh ringgit."
Alang-alang dah nampak bundle, aku menyelam lah dalam lautan baju-baju cool yang ada. Aku jumpa baju 311 tapi aku tak berapa nak minat design dia, dan aku jumpa sehelai baju Zoo York gambar deck skate warna merah.
"Cuba pakai ni, Jarvis!" kata Jennifer sambil menghulurkan t-shirt Adventure Time of Jake and Finn pada aku. Warna-warni pada sehelai t-shirt putih.
Siapa yang takkan beli baju tu bila dah nampak Jennifer Love Hewitt senyum, kan? Pandai si Coxon ni. Mentang-mentang bini lawa.
Cornflake Girl rancak berbual dengan Haji Bam Margera sambil mengutuk DAP yang bodoh gila di DUN Balakong. Jennifer panggil Lim Guan Eng sebagai "Hafaz Aladeen of Penang", merujuk pada filem Sasha Baron Cohen, The Dictator.
Bam Margera kata kita semua kena terima hakikat yang keluarga Kim akan memerintah Korea Utara, Presiden UMNO akan memerintah Malaysia, dan barua kapitalis akan memerintah Amerika Syarikat (sambil menegaskan perkataan 'syarikat').
Ayah Bam merupakan penyokong PAS zaman arwah Fadzil Noor, tapi sekarang dah tak ambik pot sebab sedang sakit tua. Ayah Bam ni dulu kelakar orangnya, macam Bam juga. Cuma Bam ni dia punya tahap syaitonirojim dia suka dajal Ustaz yang muka dia macam Kazim Elias.
Bam Margera tergelak besar bila bercakap tentang RUU355. Bagi Bam, PAS ni macam mamat cybersex yang pergi bank in duit kat makwe untuk dapat gambar bogel melalui Friendster.
"Janganlah, dia dah insaf la," kata Cornflake Girl terbarai ketawa. Ia merujuk pada kawan sekolah yang jual ayam gunting Uncle Bob yang merupakan drummer untuk band lama kitorang masa zaman sekolah circa 2000 dulu. Tapi hari ni tutup kedai sebab kena hantar bini ke hospital.
Melihat pada bini kawan-kawan yang mengandung, aku rasa cemburu pula nak berkeluarga.
"Ada la jodoh kau tu, Jarvis. Mana tau, kalau novel Cheras Perdana kau siap, akan ada makwe yang terpikat dengan kau," kata Haji Bam. Aku gelak je, tapi Graham Coxon menambah, yang aku ni masih tak boleh move on dengan arwah girlfriend aku.
Jennifer Love Hewitt kata novel aku bagus, idea segar, tapi mempunyai kelemahan dari segi watak wanita yang sering mirip macam kedua arwah kekasih aku. Dia antara beberapa orang yang dah baca Natalia sejak awal.
"Awak perlukan bantuan seorang penulis wanita untuk membentuk karektor wanita yang lebih baik ni. Mana tahu, jodoh awak dengan seorang novelis. Baru dua-dua boleh hasilkan mahakarya," kata Jennifer sambil suap bubur ayam pada Melur.
Selepas pulang dari restoran Haji Bam, kami semua balik ke rumah Cornflake Girl untuk tarik balut. Kami bertiga je, sebab Jennifer sedang mengandung sebulan.
"Aiseh, Jeneral Submarine kena bersara lah kejap. Ada Operation Adik Melur," kata Jennifer, melawak. Bagaimanapun dia sedang makan biskut butterscotch chocolate cookies. Kemudian dia ke dapur dan masak asam pedas ikan sembilang seperti yang dijanjikan.
"Ada beza antara asam pedas Melaka dan Johor. Rahsianya, orang Melaka tumis dengan sikit belacan bakar. Tu yang bau dan rasanya lain sikit."
Jennifer kata dia lahir di Jasin, Melaka, tapi membesar di Kesang, Muar. Kampung sebelah ibu. Ayah dia orang Kepala Batas macam arwah pemandu keretanya yang rapat gila dengan kitorang dulu.
"Jadi, asam pedas mana paling sedap?"
"Asam pedas Kesang. Sebab dia tengah-tengah," kata Jennifer yang memang dari dulu pakar berdiplomatik.
Nanti aku sambung tulisan kalau korang berminat nak baca. Kalau tak, sampai sini je lah aku tulis. Sebab mata aku dah kabur dan perlukan rehat. Tangan dah lenguh. Badan dah start menua, dah tak boleh nak rugged sangat macam dulu.
Untuk episod akan datang, aku akan cerita pasal perbualan panjang aku dengan Graham Coxon tentang muzik (dia komen lagu baru Coldplay), Cornflake Girl bercakap tentang Putrajaya yang menyeramkan, dan dengan Jennifer, tentang kenapa dia benci media sosial hingga dia tak pernah ada akaun media sosial sejak zaman Friendster.
Oh, kalau nak mood kena dengan bacaan ni, sila baca sambil mendengar Nirvana Unplugged Live In New York sebab masa ni Nizam sedang buka album ni ketika di rumah Cornflake Girl.
...to be continued, if you want to.
YOU ARE READING
Bukan Fiksyen, Bukan Fakta.
DiversosTulisan yang datang bukan dari akal pemikiran logik mahupun datang dari khayalan. Ia datang korteks serebrum yang berserabut dari Nami.