Tentang Bunuh Diri

530 27 2
                                    

TENTANG BUNUH DIRI

Ada satu lawak tragik komedi tentang bunuh diri oleh para eksistensialis. Ia tentang perbandingan antara novel Perancis, novel Inggeris dan novel dari Rusia.

Orang Perancis bunuh diri kerana cinta, orang Inggeris bunuh diri kerana malu, dan orang Rusia bunuh diri untuk menjelaskan kenyataan.

Saya seorang yang suicidal. Kali pertama saya cuba bunuh diri ketika saya di UiTM, berusia 18 tahun, pada tahun 2002. Saya cuba akhiri hidup saya dengan gaya novel Inggeris - kerana malu.

Ini kerana saya tidak boleh teruskan pembelajaran saya dalam bidang arkiteksur. Saya cuba sedaya upaya untuk belajar, mungkin otak saya benak dan bodoh nak mati dalam bidang ini, dan malu dengan kegagalan diri, pada malam 6 Ogos, saya cuba menjadi Izrail untuk diri sendiri.

Sempat diselamatkan.

Kali kedua pula semasa tahun 2007 ketika arwah kekasih saya meninggal dunia. Cuba mengakhiri hidup gaya novel Perancis, kerana saya rasa hidup saya tak bererti tanpanya, sekali lagi saya cuba.

Kawan sebilik selamatkan.

Hari ini, saya tertekan dengan kehidupan hari ni. Saya baca berita Rotikaya bahawa King Coco boleh hidup dengan pendapatan RM20k sebulan.

Drama Melayu bodoh makin membodohkan, dan saya tidak punya peluang untuk mendapat apa yang saya kejar, dan mahukan.

El semasa masak asam pedas ikan sembilang, dia tanya saya satu soalan. Dia tanya tentang apa punca depresi saya. El, dari sejak saya kenal dia, merupakan seorang observant yang cekap. Dia tahu mentafsir sesuatu dengan memerhati.

"Saya rasa saya gagal sebagai seorang penulis," kata saya pada El, tanpa saya berani memandang matanya.

"Apa maksud awak, awak gagal?" tanya El.

"Semua ini. Saya rasa kosong. Saya rasa saya tak capai apa-apa."

El minta saya capaikan daun kesum dan daun pudina untuk diletakkan dalam periuk.

"Apa yang awak cuba capai dengan menjadi penulis? Jadi kaya, jadi terkenal?"

"No, El. Not money of fame. I want to be significant."

El mengangguk, "valid point."

"Dan awak rasa awak gagal?"

Saya mengangguk.

"Awak tahu kan Carl Sagan pernah bercakap tentang titik biru pudar? Yang kita dalam alam ni, tak significant pun?"

Saya mengangguk.

"Jadi, awak nak jadi significant dalam titik biru pudar yang langsung tak significant dalam alam ni?" tanya El.

"Sekurang-kurangnya kewujudan saya ada maknanya."

"Kalau falsafah kuno kata tentang destiny, atau kalau awak nak kata dari sudut pandang Nietzsche, kewujudan kita ni tak ada makna pun. Atau mungkin Carl Jung, untuk awak merasa signifikan kewujudan awak, awak perlu rasa sakit. Macam ni."

Tiba-tiba El letak senduk panas pada tangan saya.

"Woi, panaslah!"

"Sakit tak?"

"Takdelah, tapi panas lah!"

"Tu maknanya awak signifikan. Nah, basuh senduk ni. Saya tak nak baby adik Melur makan bakteria," kata El sambil senyum.

"Apa maksud awak, El?"

"Tolong ambilkan mangkuk tu, kita makan sama-sama. Panggil dorang berdua, sekali kita makan. Sambil tu, kita ngobrol."

El bercerita tentang seorang pemain muzik folk jalanan dalam filem Coen Brothers yang berjudul Inside Llewyn Davis. Kisahnya tentang struggle hidup seorang pemain muzik yang bagus, tapi tak dihargai masyarakat. Berhutang sana sini, hidup tak terurus, serabut.

Saya pula teringat menonton filem The Birdman, kisah seorang pelakon superhero 90an yang bernama Riggan Thompson yang kariernya dilupakan lalu mencuba dalam bidang Broadway. Terasa diri semakin dilupakan, dia akhirnya cedera akibat cuba bunuh diri di atas pentas. Barulah diangkat jadi lagenda.

"Kurt Cobain bunuh diri baru jadi lagenda," kata saya pada El. El senyum.

"Tapi Thom Yorke tak perlu buat itu, dia lebih baik dari Kurt," kata El lagi.

Saya terfikir apakah saya perlu buat macam Kurt Cobain, yang cuba bunuh diri gaya novel Rusia untuk membuktikan point saya untuk menjadi signifikan.

"Jangan jadi Anwar Ibrahim, Nami."

"Sorry?"

"The least of things with a meaning is worth more in life than the greatest of things without it. Carl Jung."

"Tak faham?"

"Mungkin semua tanda dan makna dah ada di depan mata awak. Tapi sebab ia tidak signifikan bagi awak, awak tak nampak. Kalau satu hari awak buka mata awak dan awak jadi seekor lipas gergasi macam Gregory Samsa, mungkin kewujudan awak satu signifikan dalam masyarakat. Sebab masyarakat belum pernah nampak lipas sebesar manusia lagi. Tapi awak nak jadi macam tu ke? Dah, jemput makan. Dan tolong jangan cerita tentang Gregory Samsa ketika sedang makan depan perempuan mengandung."

Dan ketika sedang layan asam pedas Kesangnya yang power gila, El berkata,

"Socrates mati kerana kebodohan masyarakatnya."

Jadi apakah aku perlu mati macam Socrates? Barulah tragik Greek.

Bukan Fiksyen, Bukan Fakta.Where stories live. Discover now