Aku diutuskan oleh Baginda Sultan
Atas perkenan beta aku dihantarkan,
Ke sebuah rumah, di sebuah kampung, pinggir pekan,
Sebagai wakil untuk perdamaian,
Keruh lumpur di masa silam.Aku masih belum mumaiyiz, aku masih mentah,
Sebab itu aku dijerkah,
Dan neraka pertama aku,
Di rumah nenek kebayan,
Dan mempunyai anak yang bernama Syaitan.Si anak bernama Syaitan itu,
Melibas punggungku,
Memukul zahirku,
Mendera batinku,
Aku merayu dengan mata yang basah,
Aku cuma anak kecil!
Aku cuma anak kecil!
Aku cuma perwakilan atas permusuhan yang lama.
Permusuhan dalam keluarga yang sebelumnya.Tapi tiada peduli si nenek kebayan,
Asal memperoleh emas dan permata dari Baginda Sultan,
Terus memeras baginda demi sebuah kedamaian,
Sambil terus merompak aku si anak kecil yang penasaran.Hingga suatu hari,
Ibu tidak tertahan lagi,
Mahu baginda Sultan,
Menarik semula perdamaian.Di neraka pertama itulah,
Aku belajar tentang nilai tangisan seorang ibu,
Yang terus menerus berharap agar Baginda Sultan,
Terbuka hatinya untuk membebaskan,
Aku dari rumah puaka si nenek kebayan.
Ada lagi neraka yang lebih panas,
Lebih bahang, lebih perit, lebih neraka,
Yang menanti selepas ini,
Yang kedua, yang ketiga, yang keempat, dan seterusnya,
Tapi pembebasan dari neraka pertama,
Dan terus ke syurga yang bernama pelukan seorang ibu,
Adalah nikmat yang tidak terkata,
Bagi seorang anak yang amat berharga baginya.
YOU ARE READING
Bukan Fiksyen, Bukan Fakta.
De TodoTulisan yang datang bukan dari akal pemikiran logik mahupun datang dari khayalan. Ia datang korteks serebrum yang berserabut dari Nami.