Part 1
Pagi itu burung-burung berkicau dengan ceria. Angin bayu berpuput lembut. Tapi ada pulak makhluk Tuhan yang memusnahkan suasana tenang itu dengan jeritan yang boleh didengar oleh para monyet yang tinggal dalam hutan.
"Damn! Aku dah lambat ke kelas!!" Putri Asyikin Fakirasha menjerit. Oppsss! Lupa nak kenalkan diri. Putri Asyikin Fakirasha. 17 tahun. Sekolah di Sekolah Persendirian Marzey. Anak kepada pemilik sekolah tersebut. Feminin but strong. Dan cool.
Ok.. sekarang apa? Laju pergi sekolah! Fakira menaiki kereta Ferrarinya dan memecut ke sekolah. Sesampai saja di sekolah, Fakira memarkirkan keretanya di parking yang sememangnya disediakan untuknya.
Fakira berlari laju ke kelasnya. Tapi sedang dia berlari dia boleh pulak terlanggar sorang laki hensem. "Sorry!" Fakira berkata seraya bangun. Baru sahaja dia berura-ura nak pergi dia terdengar lelaki itu berkata, "Never mind. Maaf awak tau kelas 5 Archime tak?". Fakira tersenyum lantas menarik lengan baju mamat tu pastu lari ke kelasnya
Minah ni comel.. tapi macam tak siuman je rupa. Nak tak nak dia pun berlari sekali. Setibanya di luar kelas 5 Archime, Fakira berhenti lalu mendepangkan tangannya. "Welcome to MY class!" Fakira berkata.
Part 2
Fakira tersenyum kecil melihat lelaki itu melopong. "Saya yakin awak tau pemilik sekolah ni, Tan Sri Tengku Faizul. Saya ni anak dia. Anyway masuk kelas introduce yourself and make this class like your house." Fakira menjelaskan.
Sebaik saja Fakira dan lelaki itu masuk ke dalam kelas 5 Archime semua pelajar lain menyerbu Fakira. "Kau stylish giler hari ni sapa sebelah kau ni?" Tanya sahabatnya Atirsha. Pelbagai jenis soalan ditanyakan kepada Fakira. Antaranya berbunyi, "Sapa hensem boy ni?", "Boyfriend Kyra ke?", "Bila kapel?", "Asal tak beritau pun Kyra dah kapel?" sehingga menyebabkan Fakira pening.
Fakira mengangkat tangan kanannya di paras bahu. Macam baca ikrar saja lagaknya. Semua terdiam. Mereka tahu itu adalah isyarat bahawa Fakira mahu bercakap. Mereka juga sedia maklum Fakira sangat pantang apabila orang bercakap ketika dia bercakap.
"Awak kenalkan diri awak," Fakira bersuara lembut. Terbeliak biji mata kawan- kawannya. Semakin kuatlah prasangka mereka. Mana tidak, sebelum ini tak pernah pulak Kyra kesayangan mereka ni bercakap lembut-lembut.
" Nama saya Putra Adam Fakhri bin Tan Sri Tengku Faizal. Saya.." kata-katanya terhenti apabila Fakira memotong ayatnya. "Dia adalah sepupu kesayangan a.k.a. boyfriend aku. So sapa sapa yang cuba tackle dia akan dibuang sekolah. Any question?" Fakira bersuara tegas.
Fakhri yang mendengar kata-kata sepupunya yang baru ditemui setelah 3 tahun hanya mampu melopong apabila semua rakan sekelas barunya mengangguk serentak.
Part 3
"Aku tak nak sapa sapa pun kacau dia, kalau degil jugak... aku akan buat benda yang sama macam aku buat dekat Fadzil tahun lepas." Fakira memberikan last warning.
Mereka yang mendengar meneguk air liur serta laju menganggukkan kepala. Pelajar lelaki amat mencemburui Fakhri yang mendapat layanan sedemikian rupa daripada Fakira.
Namun setelah mendengar amaran Fakira, mereka membatalkan niat di hati untuk memisahkan mereka. Fakhri masih terdiam.
Fakira sedar akan kesenyapan Fakhri itu dan dia tahu sebabnya. Ini adalah kerana dia bukanlah seperti 3 tahun dulu lagi. Putri Asyikin Fakirasha banyak berubah setelah kehilangan abang kesayangannya serta mamanya yang tercinta.
Dulu dia seorang gadis yang boleh dikatakan sangat beradab dan pemalu. Sekarang semuanya hilang. Hilangnya bersama abang dan mamanya.
YOU ARE READING
Popular dan Skema?
RomanceApa akan jadi kalau gadis yang cool berkawan dengan lelaki yang skema? Fakira yang cool tapi pemalu. Fakhri yang skema tapi hensem. Namun Fakira yang awal-awal lagi reserve Fakhri telah membantutkan hasrat gadis-gadis lain untuk tackle Fakhri. Dan F...