Fakira tidak tahu mengapa Fakhri kelihatan murung. Hatinya dilanda rasa bimbang. Putra ingatkan arwah adik dia ke? Atau bergaduh dengan kawan dier? Ke keputusan peperiksaan dia teruk? Atau... Fakira jadi resah memikirkan kemungkinan yang satu ini. Apa Putra jatuh cinta?
Fakira berasa sangat sedih. Tapi baginya.. kalau Putra bahagia.. dia pun bahagia. Baginya suka dan cinta itu fitrah. Mana mungkin dia mampu menghalang rasa itu. Kalau dia tak sayangkan aku sebagaimana aku sayangkan dia tak mengapalah... Aku akan sentiasa ada di sisi dia di kala susah senang.. menyambut dia di kala dia jatuh.. melindungi dia dari panas dan sejuk.. memastikan dia bahagia meskipun aku yang bakal menderita.. Fakira berkata dalam hati.
Fakhri kian kusut melihatkan gadis kesayangannya resah. Kucing dia si Kazrey tu innalillah ke? Atau gaduh ngan Atirsha? Ke dia datang bulan? Tapi... adakah dia jatuh cinta namun tak dapat nak bersama dengan laki yang dia suka tu sebab aku? Fakhri jadi sedih memikirkan kemungkinan yang terakhir itu.
Spontan dan serentak mereka berdua mengeluh. Mereka menoleh melihat wajah satu sama lain. Sinar kekecewaan yang mendalam dapat dilihat melalui mata keduanya. Fakira jadi terkejut apabila melihat muka Fakhri yang merah dan matanya yang berkaca. Setahunya.. Fakhri cuma akan jadi begitu apabila dia terlalu tertekan. Fakira mulai sebak.
Fakhri bertambah tertekan apabila melihat mata Fakira mulai bergenang dengan air mata. Setahunya.. Fakira jarang sekali menangis melainkan apabila ianya melibatkan perasaan. Memikirkan saja dialah puncanya telah membuatkan dirinya sedih.
Bagaikan dirancang.. air mutiara yang bergenang di mata mereka tadi jatuh serentak. Mereka tersentak jadinya. Mereka menghampiri satu sama lain dan mengusap pipi satu sama lain bagi mengelap air mata yang jatuh itu.
"Janganlah nangis Syikin.. kalau Syikin nangis Putra lagi sedih.. buruklah rupa!" Fakhri sempat bergurau dalam situasi begitu. Fakira memukul lembut lengan Fakhri sambil tertawa kecil.
"Awak sentiasa tau nak ceriakan saya kan ustaz?" Fakira berkata. "Saya kenal awak dari kecik lagi... and... apa?! awak panggil saya ustaz? Ee.. janganlah! Muka hensem macam saya awak kata ustaz? Cubalah cakap model ke.. artis ke... jutawan ke.." Fakhri bergurau lagi.
"Tak nak! Kan awak suka bagi ceramah... so awak ustazlah..." Fakira menyakat. Fakhri sudah buat muncung itiknya. Fakira ketawa geli hati lalu mengusik, "Alolo.... jangan merajuk.. saya tak mahu pujuk.. tapi saya nak... geletek!" lantas menggeletek pinggang dan leher Fakhri. "Hahaha...hihi...haha uwa.... jangin... lew.. glitik.. hahihu..." Fakhri ketawa sehingga keluar air mata dan sebutan ayatnya pun salah.
Fakira berhenti geletek. Nasib baiklah mereka di rumah Fakira. Serentak mereka berdua ketawa riang.
YOU ARE READING
Popular dan Skema?
RomanceApa akan jadi kalau gadis yang cool berkawan dengan lelaki yang skema? Fakira yang cool tapi pemalu. Fakhri yang skema tapi hensem. Namun Fakira yang awal-awal lagi reserve Fakhri telah membantutkan hasrat gadis-gadis lain untuk tackle Fakhri. Dan F...