Part 8

534 24 0
                                    

Sudah tiga hari Fakira dan Fakhri tidak semesra selalu. Bahkan Atirsha turut menyedarinya. "Wei! Pesal kau dengan BF kau tu? Dingin je aku tengok..." Atirsha mengemukakan soalan.

Fakira mengeluh. "Dia selfish.. aku ego... simple question.. simple answer.." Fakira menjawab malas. Atirsha hanya mengangguk. Kalau nada suara Fakira berbunyi begitu.. maksudnya dia tak ada mood untuk bercakap.

Fakhri yang mendengar jawapan Fakira mengangkat mukanya lalu menoleh ke arah Fakira. Dilihatnya Fakira cukup bersahaja. Fakhri hanya mampu mengeluh.

Benarlah kata orang.. Fakira cukup bersahaja dalam percakapan. Fakira memutarkan bebola matanya ke atas. Asal pulak dah mamat tu tengok aku sampai nak terjojol mata tu? Fakira bersoal sendiri.

Fakhri menuju ke meja Fakira lalu berbisik perlahan khas untuk pendengaran Fakira seorang, "Balik nanti saya pegi rumah awak k?". Fakira mendengus. "Nak cakap hal tu tak perlu bisik pun. Nak pegi pegi jela... tapi awak sembang dengan papalah.. saya ada date.." Fakira menjawab.

Fakhri mendongkol geram setelah kembali ke tempat duduknya. Aku susah payah nak jernihkan hubungan dia dengan aku, dia boleh pulak pergi dating dengan orang lain.. Wait, dating?! Dengan siapa? Dekat mana? Melepaslah aku... Fakhri berkata dalam hati. Dirinya diamuk rasa cemburu.

Kringgg! Bunyi loceng menandakan waktu balik berbunyi. Fakira bingkas bangun dan mencapai begnya lalu berlari ke arah keretanya. Dia dapat merasakan bahang kemarahan Fakhri apabila dia memecut keretanya keluar dari kawasan sekolah.

Sesampai saja di rumah, Fakira segera mandi dan membelek-belek baju-bajunya yang tersusun rapi dalam almari. Dia akan makan di restoran. Lepas tu tengok wayang. Sebelum balik.. lepak kat studio. Kalau pakai dress.. macam over pulak. Kalau pakai seluar.. kasual sangat. Dia ada date dengan somebody special. Mana boleh nampak tak cantik.

Fakira tersenyum lebar setelah menemui pakaian yang ingin dipakai. Dia mengeluarkan skirt labuh ala ala mermaid dan sehelai peplum berwarna purple, biru dan pink dan mengacu-ngacukan pakaian tersebut ke badannya.

Entah muat entah tidak. Kali terakhir dia menyarungkan pakaian itu adalah semasa bersama arwah abangnya. Tapi pada masa itu baju dan skirt ini agak besar. Tanpa berfikir panjang dia menyarungkan peplum dan skirt itu. Fakira lihat ok saja pakaiannya itu. Cuma ia menampakkan bentuk badan Fakira yang langsing.

Fakira bergerak laju ke meja soleknya lalu mengenakan mekap yang nipis. Dia turut menyembur minyak wanginya yang dicipta sendiri. Fakira mencapai kunci keretanya lalu bergegas keluar. Dia langsung tidak sedar ada mata yang memerhatikannya.

Popular dan Skema?Where stories live. Discover now