Part 9

512 22 0
                                    

Fakira tersenyum senang apabila melihat kelibat yang sangat dikenalinya. "Apesal lambat?" Fakira bertanya kepada lelaki yang duduk di hadapannya.

"Assalamualaikum.." Tengku Afiq Fakhrul memberi salam sambil tersengih-sengih. Fakira mendongkol perlahan. "Waa'laikumsalam Tengku.. Patik tanya... Kenapa Tuanku lambat 35 minit 25.7 saat dari janji yang dilafazkan oleh Tuanku?" Fakira mengenakan Fakhrul.

Fakhrul menggeleng-gelengkan kepalanya. Fakira langsung tak berubah meskipun telah hampir dua tahun tak bersua. "Ish! Dia ni.. suka betul menyakat orang.. Ampunkan hamba Tuan Putri.. tadi, your mama angkat kesayangan mintak tolong beli barang dapur jap.. that is why... Tuan Putri ikan patin.." Fakhrul menjawab sambil menyelitkan gurauan kasar.

"Mestilah kacau orangkan.. takkan binatang pulak.. kalo kacau kambing, tak pasal pasal kena kick pulak.. dan sejak bila awak tau beli barang dapur? Bukan kerja awak mengayat minah minah gedik tu ke? Eh, kalau saya patin.. awak puyu... poyo tahap ultraman..." Fakira membalas utusan perang Fakhrul.

Fakhrul tersenyum sahaja. Kalau berlawan cakap dengan Fakira ni.. esok belum tentu tamat. Asyik nak menang je. "Dah dah.. toksah senyum kelip kelip mata camtu.. tengok orang lain pandang awak dah.. I am not comfortable with the situation.." Fakira berkata tegas.

"Oklah baby.. dah. Sekarang kita makan dulu. Dekat studio karang baru borak. Makan dengan tertib. Adab kena jaga. Makan mesti sopan. Faham?" Fakhrul menyelitkan nasihat dalam kata katanya. Fakira mengangguk sambil buat puppy face. "Macam ikan patin je rupa," Fakhrul bergurau mesra. Mereka berdua ketawa riang.

Di luar restoran mewah tersebut Fakhri memerhatikan kemesraan mereka dengan pandangan yang terluka.

Popular dan Skema?Where stories live. Discover now