Part 7

531 25 1
                                    

"Woitt! Asal Syikin jalan laju sangat? Tunggulah Putra!" Fakhri termengah-mengah mengejar Fakira yang mampu berjalan dengan sangat laju. Panjang giler kaki dia... patutlah laju padahal jalan je... Fakhri berkata dalam hati. Kalau cakap kuat-kuat mahu gadis tu cubit sampai lebam bahunya ini.

"Putra.. please understand! Saya ni Ketua Kelas Karate! Takkan saya nak datang lambat? Awak sukalah kalau saya dibuang dari kelas Karate kan? Awak selalu merungut saya tak layan awak sebab sibuk dengan kelas karate... Awak ingat saya ni isteri awak ke awak nak kawal-kawal sesuka hati? Awak bukan ayah saya... awak bukan suami saya... dan awak bukan kekasih saya... awak tu sepupu je.. so jangan nak kawal-kawal saya, saya rimas! Dah dua minggu awak tahu saya bersabar dengan kerenah awak. Tolonglah... saya cuma minta awak berikan privasi kepada saya. Gelaran sepupu bukan tiket untuk awak mengawal saya Putra Adam Fakhri," Fakira meluahkan isi hatinya.

Fakhri terkedu. Ternyata Fakira mengetahui tujuannya melengah-lengahkan masa Fakira ke kelas karate. Sememangnya dia ingin Fakira berhenti kelas karate kerana dia rasa kesunyian sendirian di rumah papanya.

Baru kini setelah ditegur oleh Fakira dia sedar... dia ni selfish. Selama ini dia hanya memikirkan kesunyiannya. Dia tidak pernah terfikir mengenai aktiviti kesukaan Fakira iaitu karate.

"I am sorry.. awak pergilah.. saya lepak kat rumah kawan jela.." Fakhri berkata perlahan. Fakira rasa bersalah kerana telah memarahi Fakhri sedemikian rupa. "Awak okey ke kalau saya tak ikut awak?" Fakira bertanya.

"It doesn't matter... pergilah kelas Syikin..." Fakhri berkata seraya berjalan pergi diiringi pandangan mata Fakira. Fakira mengeluh sendirian.

Popular dan Skema?Where stories live. Discover now