Part 10

730 27 0
                                    

Fakhri mengeluh perlahan. Dia yang dikuasai rasa ingin tahu mengenai temu janji Fakira telah mengekori gadis itu dari rumah lagi. Dan apa yang dilihatnya sebentar tadi benar benar meremukkan hatinya.

Kenapa dalam ramai ramai orang dalam dunia ni mesti Fakhrul yang menjadi pilihan hati Fakira? Kenapa abangnya? Ya! Fakhrul ialah abangnya. Argghh! Fakhri dilanda cemburu. Tapi cinta tak boleh dipaksa. Kenapa Fakira tak semanja dengannya sepertimana dengan Fakhrul?

Tanpa sedar air mata lelakinya menitis perlahan. Semuanya kerana seorang gadis bernama Putri Asyikin Fakirasha.

Fakira yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah terkejut apabila mendengar suara esakan orang lelaki. Takkanlah papa.. Papa kata orang tua menangis sama macam monyet. Habis tu, sapa?

Fakira mencapai kayu besbol yang terletak di sudut ruang tamu. Dia harus berwaspada. Bagaimana kalau itu suara pencuri? Bodohlah kau ni! Pencuri buat apa menangis kat rumah orang? Pencuri kerja mencuri, bukan melalak! Satu suara lain dalam kepalanya berkata.

Dia menjejak bunyi tersebut. Dengan penuh berhati-hati dia melangkah. Cewah! Macam detektif la pulak. Suara esakan itu datang dari bilik rehat. Dia menolak perlahan pintu bilik itu dengan debaran yang menggila lalu menjengulkan kepalanya.

Hok aloh! Mamat ni rupanya! Bikin suspen aje. Fakira menepuk dahinya. Fakhri yang sedang menangis membelakangi Fakira terkejut dengan bunyi tepukan itu segera berdiri sambil berkata "Oh mak ada pontianak!".

Fakira ketawa terbahak bahak mendengar latahan Fakhri. Tawanya terhenti apabila dia melihat Fakhri mengesat laju air mata dan hidungnya. Eee... nangis macam budak budak berhingus bagai.

"Asal awak nangis?" Fakira bertanya. Fakhri berkira kira dalam hati. Nak jujur ke tipu? Dia segera teringat pesanan arwah adiknya. 'Tak kira dengan siapa pun, kita mesti jujur tau! Tuhan tak suka orang yang menipu tahu tak?'. Adik.... Fakhri mengeluh.

"Sebab.. sebab... saya.. awak.." Fakhri menarik nafas panjang sebelum mengemukakan soalan. "Awak nak jawapan yang jujur tapi tak menyenangkan atau tipu tapi menyenangkan? Kalau saya jujur, boleh awak janji untuk tak menjauhkan diri?".

"Ala.. jujur je.. Ye.. saya janji takkan jauhkan diri.." Fakira berkata. Fakhri menarik nafas beberapa kali sebelum menjawab. "I love you!"

Popular dan Skema?Where stories live. Discover now