Sudah 5 tahun. Pantas sungguh masa berlalu. Namun tiada apa yang berubah. Ayu masih seperti dulu. Hati dan naluri yg sama tidak bertukar. Badan sajalah yg lama naik kejap je turunnya. Senada dengan emosi yg turun naik.
Ayu pandang katil sebelah yg kosong. Temannya bekerja hari ni dan kalau cuti pun, tak lekat di rumah, keluar dengan tunangnya. Memang sudah biasa sendirian di bilik. Pandang tv, tp tiada niat pun untuk menonton.
Pejam mata. 'Apa nak buat hari ni?' Mahu keluar sendirian. Ah dia takut. Banyak sangat cerita yang kurang indah di pendengarannya. Memang menggerunkan keluar bersendirian, apatah lagi dia sendiri pernah diragut 10 tahun lepas. Rasa fobia pun belum surut.
'Mmmm...basuh baju dulu. Esok nak kerja' Lantas pantas dia mengutip pakaian kotor untuk dicuci. Bukan kena sental pun, masuk dalam mesin basuh je. Sambil-sambil layan lagu di dapur, pinggan kotor di sinki di cuci. Sekali harung.Aku masih lagi terasa
Kehangatan cintamu sayang
Sekiranya tuhan mengizinkan
Ingin ku terus bersamu
Walau terpisah dari mata
Namun kau dekat dihatiku
Adakah engkau ingat padaku
Insan yang pernah kau sayangiSayup kedengaran bunyi telefonnya. Ayu berlalu ke bilik, mendapatkan telefonnya
"Assalamualaikum sayang"
"Waalaikum salam"
"Buat apa tu sayang?"
"Buat bodoh"
"Hahaha"
"Kenapa alif telefon?"
"Saja nak tanya khabar sayang"
" elok je ni ha"
" tak keluar ke?"
" malas la.. lagipun sorang2 ni boring"
"Jom keluar syg"
"ngan ko? Ah tak maula... tak best langsung kuar ngan ko"
"Ko jual mahal ek... "
"Kuar ngan ko lagi boring la... kalo ko tak busy melayan tepon, ko sibuk dok layan pompuan, penatla mata ngan telinga aku ni nak mendengar ayat2 jiwang ko mengayat. Dah... aku banyak kerja ni.. assalamualaikum"Cepat2 ayu meletakkan telefonnya. Malas nak melayan alif hari ni. Tiada mood