Ayu pandang tv di hadapannya, tapi fikirannya menerawang ke tempat lain. Sudah tiga hari dia mengelak dari Alif. Memang dia sengaja, tapi sedikit pun tidak mengaku bila Elly terus-terusan menyoal. Ayu tidak mahu persoalan hatinya dikongsi dengan sesiapa. Malah, dia sendiri keliru dengan hatinya. Ada waktunya, dirasakan Alif amat bermakna padanya, tapi mengapa hatinya masih milik Irfan, biarpun Irfan sudah lama berlalu dari hidupnya. Mungkin juga sudah bahagia dengan orang lain. Sedangkan dia, masih sendiri. Ahhh..cinta pertama memang sukar dilupakan.
Untuk menyatakan sayang pada Alif, tidak sesekali. Alif melayannya dengan amat baik, terasa diri amat disayangi. Tapi layanan Alif pada teman-teman perempuannya juga baik. Bicaranya sopan, bisa mencairkan hati wanita. Malah, teman perempuannya juga ramai. Setiap kali keluar bersama, pasti ada yang menyapanya. Memang popular agaknya si Alif ni..bisik hati Ayu. Ayu dah lali menghadap tamu tak diundang setiap kali keluar dengan Alif. Tambah-tambah lagi, Ayu tidak mahu syok sendiri hanya kerana panggilan 'sayang' padanya. Takkan panggil sayang boleh dianggap mereka berkasih ke? 'Hahaha.. jangan nak perasan sangatlah ayu..' nasihat hatinya.
" assalamualaikum..." kedengaran salam diberi dari luar. Suara Elly.
"Waalaikumsalam cik Elly... jemput la masuk, jangan malu-malu.." Ayu tersengih-sengih sambil berlakon mempelawa tetamu masuk ke rumah.
" Oittt... kau ingat aku ni tetamu ke kau dok suruh masuk... jangan malu-malu ni... tak suruh pun aku masuklah... ni pemegang share holder rumah ni tau....."
"Ala kau ni... nak buat lawak petang pun tak boleh... huh, tak sporting tulla kau ni"
"Malas nak layan kau... aku naik dulu.. badan dah berlengas ni.... nak mandi dulu.." Elly bergegas memanjat tangga naik ke bilik. Di tengah perjalannya, dia berhenti. Ayu angkat kening mrmandang gelagat Elly
" Eh... tu kat luar tu... ada orang dah lama tercongok tunggu kau... nasib baik aku tak terlupa... hahaha... kalau tak berkulatla boyfriend kau kat luar tu"
Ayu kerut kening. Boyfriend aku kat luar? Siapa? Ayu menapak ke pintu utama. Menjenguk kepala melihat pintu pagar. Alif berdiri santai di tepi keretanya. Nampak saja kelibat ayu, dia mula melambsi-lambai. Emmm... kenapa dia datang tetiba saja ni? Mahu atau tidak, terpaksa dia menapak keluar. Alif nampak dia dengan jelas sekali.
" Eh... ni datang ni, tak wassap, tak call bagitau pun... ada hal urgent ke ni?.. nasib baik Elly bagitau kau ada kat luar ni, kalau tak... sampai esokla aku tak tau...."
"Alah.... kalau saya call.. atau wassap... nanti macam-macam alasan sayang bagi... sekejap kata buat overtime la.... sekejap kata takde kat rumahla... "rungut Alif.
"Cuba kalau kau datang ni.. aku takde... tak ke buang masa kau nanti... "
" mmmmm... pandaikan sayang ni.... ni kalau saya tak datang sini, memang tak jumpa la kita berhari-hari... sayang tu kebelakangan ni banyak sangat alasan kalau ajak keluar."
" la.. bukan alasan la... betulla... tak tipu la... "
" dah dah... tak mau dengar... sayang masuk ganti baju.. kita keluar ye... dah lama tak keluar sama-sama... rindu ni..."
Suka atau tidak, Ayu menurut kata. Lambat-lambat dia menuju ke bilik menyalin pakaian yang lebih sesuai. 'Adui... puas sku mengelak ni...... kecundang juga akhirnya. "Aduh Alif.. kalau aku jatuh cinta...sapa yang susah, aku juga yang yang susah nanti.... Arggghhh..."