Alif pandang sayu wajah Ayu. Tertidur kerana terlalu penat menangis dalam kereta. Alif mengeluh. Itu rupanya cinta pertama Ayu. Agak kacak orangnya, tapi bodoh..desis hati Alif. Dibuang Ayu untuk perempuan macam Aqiesya. Memang rezeki aku dapat Ayu. Alif senyum. Walaupun sukar tapi jodoh tetap ada. Semua cerita tentang bekas tunang Ayu diketahuinya atas pujuk rayunya pada ibu mertuanya, yang termakan pujuknya, mengalah dan bercerita. Cerita lama yang menjadikan Ayu sangat keras hati pada lelaki.
Alif membaringkan diri sebelah Ayu yang lena. Diusap lembut pipi. Bermain dengan rambut. Nalurinya bergetar. Didekatkan wajahnya. Mencium dahi, turun ke pipi kiri dan kanan. Dalam teragak, bibirnya menyentuh bibir Ayu sekejap.Teringin. Alif senyum sendiri. Kalau Ayu sedar, pasti dia ditolak jauh-jauh. Alif peluk pinggang Ayu dan cuba melelapkan mata. Risau kalau nalurinya mendesak yang bukan-bukan nanti.
Ayu buka mata. Dilihatnya Alif di sisinya. Rapat. Nampak lena. Tentu penat melayan karenahnya. Dielus rambut Alif. Suaminya itu penyabar benar orangnya. Sejak berkahwin, Alif menjaganya dengan baik. Selain keluar bekerja, dia asyik melekat saja di rumah. Ke mana dia melangkah, Alif pasti sibuk mahu mengikut. Kalau Alif outstation, Ayu disuruh balik ke rumah ibu, bimbang jika berseorangan di rumah. Lelaki itu terlalu baik padanya. Memang tidak salah dia menerima Alif dalam hidupnya.
Menyedari ada tangan menyentuhnya, Alif membuka mata. Ayu senyum. Alif gosok mata.
"Sayang dah bangun?"
"Dah... Ayu kacau abang tido ke?"
"Takla... abang takde niat pun nak tido... tapi boring takde orang nak sembang... tu yang sama-sama terlelap..ikut sayang tido..sayang tido lena betul" Alif sengih.
" Abang nak makan apa malam ni... Ayu masakkan..."
" kita makan luar sajalah sayang... abang tengok sayang penat... "
"Abang... Ayu minta maaf...."
"Kenapa nak minta maaf pulak.."
"Pasal siang tadi... Ayu minta maaf...."
"Sayang..... tak perlu minta maaf, sayang tak salah apa-apa... dah nak terserempak.... tapi...elok juga jumpa tadi.... baru dia tahu langit tu tinggi...."
"Ayu malu la abang"
" ish... nak malu apanya sayang... dia kan yang kena tampar.... padan muka dia kan"
Alif usap wajah Ayu yang mula kemerahan. Ayu tidak menolak. Makin merah wajahnya bila Alif mendekatkan wajah. Segera ditundukkan wajah. Alif angkat dagu Ayu supaya memandangnya. Ayu tutup mata. Malu bertentang mata dengan Alif. Terasa sesuatu menyentuh bibirnya, Ayu membuka mata. Alif sudah tersengih di depannya.
"Abang....!" Cepat saja tangannya menampar dan mencubit. Ali tarik tubuh Ayu rapat, memeluk erat tubuh langsing itu. Ayu terpaku diam. Saat wajah Alif mendekat, mencium bibirnya, dia diam tidak menolak. Alif menjarakkan wajah, memandang wajah merah Ayu. Alif tersenyum dan mendapat balasan yang sama. Terasa tiada penolakan dari pihak Ayu, dia mendekatkan semula wajahnya. Saat bibir bertemu kali ketiga, ada tindakbalas dari Ayu. Balasan yang ditunggu selama ini.