menanti sinar bahagia 5

30 1 0
                                    

"Sayang sihat?"
"Sihat... alif sihat ke? "
"Sihat la ni sayang.... kalau tak sihat... mana dapat jumpa sayang hari ni" alif senyum menggoda.
"Macam mana outstation kali ni... semuanya okey tak?"
"Okey la.... alif kan ni.... mesti everything okay..." tutur alif bangga. Ayu geleng kepala.
"Eksyen je bercakap"

Bila makanan siap terhidang, keduanya diam menikmati makanan. Sesekali alif menyudu nasi goreng di pinggan ayu. Faham sangat sikap alif, ayu membiarkan saja.
"Hey alif... alif kan ni?" Tiba satu suara mengganggu pendengaran telinga. Alif angkat muka. Terus tersenyum lebar memandang empunya suara yang menyapa.
"Eii eisya... you buat apa kat sini? Bukan you outstation ke?"
" eiii you ni... dah balikla.. dah seminggu dah.... " teman alif bernama eisya bersuara manja. "You tak nak belanja I makan ke alif?. Jangan la kedekut sangat lif... tak habis pun gaji you kalau you belanja I pun"
"Hahaha.... dudukla eisya... nak makan apa.. orderla... takat nak belanja you.. no hal la..." ucap alif sambil gelak besar. Ayu pandang alif dan temannya. Namun keduanya tengah asyik bersembang tanpa mempedulikannya di sebelah. Malas untuk ambil peduli, ayu meneruskan suapan ke mulut. Dah alif dan temannya dalam dunia mereka, ayu pula diam di dunianya. Kalau alif tak mahu memperkenalkan dia, dia pun malas menyuakan diri. Makan diam-diam. Ayu nampak teman alif sesekali menjelingnya. Seronok alif bercerita. Seolah-olah hanya mereka berdua saja di situ.
'Alif ni sembang macam bertahun tak jumpa, aku ni langsung tak dipedulikan... langsung tak nak kenalkan aku ni pada kawan dia..'
Sesudah makan, ayu diam saja, menunggu kalau-kalau alif akan membuka mulut memperkenalkan dia. Seminit, dua minit, akhirnya hampir sepuluh minit, dia tetap menjadi halimunan di situ. Mereka tetap rancak berbual. Ayu bangun dari kerusi, melangkah ke bilik air. Keluar dari bilik air pun, dari jauh masih kelihatan mereka sakan bersembang. Ayu pandang jam tangannya. Menghampiri jam 10.30 malam.
'Baik aku balikla... takkan nak tunggu macam tunggul je kat situ. Buat malu je. Bukan diorg peduli pun'. Ayu bermonolog sendiri. Sepakat antara hati dan kaki, dia nelangkah keluar dari restauran, menahan teksi dan pulang.
Fenomena biasa yang dihadapi, bila alif bertemu rakannya. Ayu sudah biasa. Bezanya kali ini, dia langsung tidak diendahkan. Selalunya, sempat juga dia diperkenalkan sebelum alif bersembang sakan. Ayu tahu, eisya perasan kewujudannya, tapi memilih untuk meminggirkan dia. Bukan sekali eisya menjelingnya tanpa alif sedar. Kalau nak kata, dia tak kecil hati, memang tipu sangatla. 'Alah, aku dengan alif bukan ada apa-apa pun, takde makna pun nak marah-marah, nak cemburu bagai' bisik hati ayu. Betul ke dia tak cemburu, tak sakit hati? Memang Ayu tipu. Memang dia cemburu, memang ada rasa sakit hati, tapi ditahan saja, sebab alif hanya menganggap dia teman biasa. Dia bukan orang yang terhegeh-hegeh pada orang yang tak sudi. Ayu tahu letak diri dia di mata lelaki, terutamanya alif. Yang tersimpan dalam hati, terkunci terus di dalamnya.
Kisah lama jadi pengajaran, cukup sekali dia mengalaminya. Tak mahu berulang lagi. Biarlah sekali dia gagal. Ayu sedar, ada satu rasa untuk alif, yang dia sendiri kurang pasti statusnya, tapi dia memilih untuk membuangnya ke tepi. Biarlah alif hanya menjadi teman, bukan pengganti si dia. 'Aduh, boleh pula terfikir nak jadikan alif pengganti, sedangkan alif, sebelah mata pun tak pernah pandang aku ni lebih dari kawan.. perah santan betul la aku ni...' Ayu tepuk dahi sendiri bila terasa diri terlebih perasan. Mana tak timbul terlebih perasan bila semua teman mengatakan betapa alif sayang dia, take care tentang dia. Hakikatnya ayu lebih tahu kedudukannya di sisi alif.
Ayu pandang jam di dinding. Dah dekat 12 malam. Kalau betul alif sayang dia, takkan tak perasan dia hilang, tak bimbang pun tentang dia. Selalunya, bila alif terserempak dengan temannya, ayu cepat-cepat minta diri untuk pulang walaupun alif keberatan membenarkan dia pulang sendiri. Alif kalau bercerita, susah nak berhenti, jadi lebih baik dia meminta diri. Tapi kali ni, dia cabut macam tu saja. Mesej pun tak dihantar. Tapi Alif pun tak kisah pun. Ayu senyum sendiri. Nasib baik dia jenis tak mudah terbuai dengan cara alif, kalau tidak, dia yang makan hati berulam jantung. Ayu ambil pendekatan mudah. Sebagai kawan dia tak berhak dan tidak mahu mencampuri urusan peribadi alif. Namun dia tetap bimbang, takut dia tak mampu menahan rasa, risau alif perasan akan perasaannya.
' boleh control la...bukan susah pun.... kurangkan jumpa dia, mesti rasa tu boleh hilang kan? ' Ayu meyakinkan diri sendiri. Ayu menguap, pandang lagi jam dinding. 12.15 pagi sudah. 'Takdenya alif nak ambik tau pasal kau la Ayu, tido je la"

menanti sinar bahagiaWhere stories live. Discover now