"Petang nanti... abang jemput tak? "
"Mmmmm ...abang jemputla... "
" kalau abang busy... Ayu balik sendiri je la...Ayu ingat nak pergi mall kejap.. nak beli barang.."
"Abang ikut la... boleh beli barang dapur juga.."
"Barang dapur cukup lagi bang.." "xpe.. kita tambah lagi la mana yang kurang... lagipun next week abang outstation"
"Mmm.. berapa hari outstation bang?"
"Biasala sayang... tiga empat hari.... "
"Okayla... petang nanti... ayu tunggu. Tapi kalau abang lambat.. ayu gerak dulu pergi mall, boleh?"
"Kan abang kata tunggu abang"
"Ayu cakap.. kalau abang lambat..... kalau ..... faham tak abang? ... abangkan selalu je lambat... " ayu sengih.
"Sayang ni.... perli abang pulak.." Alif tarik muka.
" kalau abang lambat... ayu pergi mall dulu... tumpang kawan opis ye bang? Pastu abang datang la mall... ayu tunggu.. okey tak abang sayang?"
" okey...okey.. apa-apa whatssap abang dulu ye " Alif mengalah.
"Ayu masuk dulu... abang bawa kereta tu hati-hati ye..." pesan Ayu, sambil cium tangan Alif. Alif cium dahi Ayu seperti biasa. Sebaik tangan ayu mahu membuka pintu kereta, dia tarik semula sebelah tangan ayu.
" Abang ni kenapa... terkejut tau.." marah Ayu. Alif tersengih. Didekatkan wajahnya pada wajah Ayu, mencium pipi kiri dan kanan, dan terus mendarat di bibir Ayu sebentar.
"Abang! Malulah orang tengok"
"Orang tak nampakla sayang.. dalam kereta ni sayang... hehe.."
"Ayu naik dulu... nanti lambat boss marah... " segera pintu dibuka dan ayu berlari-lari anak menapak ke pintu bangunan. Kemudian dia berpaling ke arah kereta suaminya yang belum bergerak. Alif buka cermin kereta, sambil melambai tangan. Dan Ayu lambai balas malu-malu. Kereta Alif mula bergerak berlalu. Ayu pegang pipi, kemudian senyum sendiri memikirkan sifat romantik Alif.