menanti sinar bahagia 4

28 1 0
                                    

Baru sahaja tangan Ayu memegang pintu pagar, telefonnya berbunyi. Ayu membiarkan saja. Kaki melangkah masuk ke rumah. Duduk santai di kerusi ruang tamu. Mata dipejam rapat. Bunyi deringan membingit lagi. Tak penat agaknya pemanggilnya mendail.
"Sayang... mana awak?"
Soalan pertama terpacul dr pemanggil di hujung sana bila butang hijau ditekan.
" kat rumahla... kat mana lagi"
"Sampai hati tak tunggu pun..." semacam nada merajuk kedengarannya.
" Bukannya aku tak tau.. kau kalau bab menepati masa... mrmang failed... "
" mana ada mcm tu...tadi lambat sikit je la.... tu pun tak boleh tunggu" mendayu-dayu je ayu mendengar bicara si alif. Bukan sehari dua dia kenal alif, sudah 3 tahun. Dah masak dengan caranya.
" apa-apa sajalah alif"
"Malam saya jemput sayang ye?"
" esok ajelah lif"
"Ala... bolehla sayang... rindu ni... tak tertanggung dah ni"
" pandailah ko ni.... yelah..yelah.. 8.30 datang jemput aku... lambat 5 minit... cancel keluar okay?" Ayu memberikan persetujuan bersyarat. Memang dah hampir dua minggu mereka tidak bertemu. Tuntutan kerjaya, alif kerap ke luar daerah. Outstation saja kerjanya. Ayu pandang jam di dinding. Sudah 6.30 petang. Lambat-lambat dia menapak ke bilik. Mahu mandi. Badan dah melekit.
Sebaik keluar dari bilik air, pintu bilik terbuka. Temannya sudah pulang.
" awal balik hari ni elly?" Ayu menyapa.
" mmm... ari ni kurang sikit kerja.. tu yang boleh balik awal... eh, yang kau ni awal-awal lagi ni dah siap mandi segala ni.... nak keluar ke?" Elly mengerutkan dahi memandang Ayu.
" memang nak keluar pun... si alif ajak keluar tadi"
"Mamat tu dah balik outstation ke? "
"Aah... semalam lagi dah sibuk telefon kata nak jumpa"
" biasala... boyfriend rindu girlfriend... dah lama tak jumpa kan... mesti la rindu.." usik elly sambil tersengih-sengih.
"Ko jangan cakap mengarut... dengar dek orang... malu aku nanti... silap-silap orang kata aku ni apa pulak"
" x betul ke korang ni bf and gf?"
" ishh... ko ni... bukanla... !" Tekan ayu menidakkan kata-kata elly.
" okay apa ko ngan dia"
" okay apanya elly.... macam langit dengan bumi je... "
" aku tengok dia sayang je dengan kau, take care gila pasal kau. boleh kata hari-hari jumpa kau kl dia tak outstation"
" aduiii... tu namanya sayang pada kawan....aku kan kawan baik dia" sanggah ayu. "Iye ke?" Elly nyata tak berpuas hati dengan pernyataan ayu.
" iyeeeee... kl boyfriend aku... takkan dia dok scandal dengan orang2 lain lagi."
"Mmmmm"
"Ko tak payah la nak fikir2 bagai. Mengarut je semua tu. Tuhhh... g mandi... masam dah tu"
" pandai je mengata aku ye... yelah.. aku mandi dululah" elly mengalah, terus menapak ke bilik air dengan tuala bersangkut di bahu.
'Ye ye saja elly ni cakap benda bukan-bukan. Tak mungkin alif tu sukakan aku. Perempuan sekeliling dia berlambak lagi yang cantik-cantik. Hari-hari bertukar-tukar. Tak mungkinlah.. desis hati kecilnya.

menanti sinar bahagiaWhere stories live. Discover now