Seminggu usia perkahwinan mereka. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Pertunangan berlangsung jam 10 pagi. Akad nikah sejam kemudian. Keluarga mertuanya baik-baik saja dengannya. Dan Alif memang dialu-alukan dalam keluarganya. Ibu terkejut pada saat dia suarakan hasrat Alif, untuk meminangnya. Bertunang dan akad nikah pada hari yang sama adalah idea ibu. Awalnya Ayu membantah juga tapi rayuan ibunya, disokong padu adik beradiknya dan juga Alif, terpaksa Ayu turutkan.
" Ayu.. ibu gembira sangat Ayu setuju dengan cadangan ibu... Ayu tahukan kenapa ibu minta macam tu... ibu cuma tak mahu..pisang berbuah dua kali.. ibu tak pernah lupa apa yang pernah berlaku dulu... apa yang pernah irfan buat pada Ayu dulu tu... ibu..."
"Ibu... kita lupakan hal tu bu... sekarang Ayu dah ada Abang Alif" Ayu segera memintas kata-kata ibunya. Dia tidak mahu mengenang. Dadanya sakit bila memikirkannya. Dia tidak pernah lupa apa yang terjadi.
" terima kasih ibu sebab ibu selalu faham Ayu... ada waktu Ayu perlukan ibu... sokong Ayu setiap masa... Ayu sayang ibu sangat-sangat."
"Ibu pun sayang Ayu. Ayukan anak manja ibu...."ibu memeluknya, menimbulkan sebak dan mereka sama-sama menangis.
" sayang... kenapa nangis ni... ibu.. kenapa ni?" Teguran Alif menguraikan pelukan anak beranak itu.
"Ibu sedih... anak ibu n as k pindah tinggalkan ibu..." bohong ibu.
" bukan jauh pun Alif dengan Ayu pindah bu... bila-bila masa pun ibu boleh datang rumah kami. Kami pun akan selalu jenguk ibu... kan sayang?" Beritahu Alif sambil duduk di birai katil sebelah Ayu, terus memeluk bahu Ayu. Dan sebelah tangan lagi, mengusap tangan Ayu. Tak cukup begitu, dia cium pula dahi Ayu. Di depan ibu.
" Abang... malu la. "
"Malu apa sayang?" Bisik Alif
Terus dicubitnya lengan Alif. Ibu senyum, senang dengan kemesraan menantunya. Bersyukur, tiba jua bahagia yang dinanti untuk Ayu.
" ni kalau duk mesra-mesra macam ni... tak siapla berkemas sayang sayang ooiiii... " tiba-tiba terdengar suara sumbang menyakat dari depan pintu bilik. Tercegat abang sulungnya. Ayie di situ.
"Ibu... tengok abang tu... macam nak halau Ayu je..."
"Eh eh... dah ada suami pun nak manja-manja dengan ibu lagi ke.... eeeiiii... budak manja..." ejek abangnya lagi, kemudian mencicit lari. Ayu ingin bangun mengejar tapi pelukan Alif yang makin erat menghalang geraknya.
"Ibu... tengok abang tu..." rengeknya manja
" malas ibu nak layan korang ni... baik ibu pergi masak..." ibu bangun berlalu meninggalkan pasangan itu. Alif memusingkan Ayu berhadapan dengannya. Mengelus lembut wajah Ayu.
" tengok tu... nak mesra-mesra tutup la pintu dik oiiii...abang tolong tutup eh..." pintu ditutup. Ayu malu. Ingin melontarkan kata, tapi lidahnya jadi kelu bila wajah Alif mendekat. Mencium pipinya kiri dan kanan. Kemudian singgah dibibirnya sebentar, dan menarik tubuhnya ke dalam pelukan. Merah lagi wajah Ayu yang terbenam di dada Arif.
"I love u sayang..." bisik Alif di telinganya sambil mengeratkan pelukan. Perlahan-lahan tangan Ayu ikut sama membalas pelukan itu. Alif senyum bahagia.