Aku terlanggar dengan seorang lelaki,ketika itu aku bergegas untuk pergi ke hospital kerana sahabatku ditimpa kemalangan di tapak projek hinggakan aku tidak hiraukan orang sekeliling.Dalam kepala aku hanya memikirkan keselamatan sahabatku.Ketika aku berjalan keluar dari sebuah restoran aku terlanggar seorang lelaki sehingga handphone yang aku pegang jatuh.Lelaki yang aku langgar tu pun ambil dan beri kepada aku dan berkata "maaf ,saya akan bayar ganti rugi handphone awak ini,dah retak ni".Aku pun berkata "eeh encik,ini salah saya,saya yang patut minta maaf,encik tak perlu ganti apa-apa pun,maaf saya minta diri dulu".
Beberapa hari kemudian,ketika aku sedang makan tengahari di restoran yang sama,lelaki itu datang dan duduk di meja yang aku duduk,dia membawa bungkusan dan memberi kepadaku."Ambillah saya ganti iphone awak,ni yang terbaru".Aku jenis susah nak percaya mana-mana lelaki bukannya tak suka lelaki tapi memilih mesti nak lelaki yang terbaik."Maaf saya tak boleh terima pemberian dari orang yang saya tak kenal,lebih baik encik bagi dekat ibu,adik atau isteri encik".Ok la kalau begitu saya minta diri dulu.
Pada suatu hari,ketika aku di pejabat,"Cik,ada orang nk jumpa dgn cik"."Ok bawa dia masuk"."Silakan duduk",aku panggung je kepala,aku melihat lelaki yg aku langgar tempoh hari dan ingin membayar ganti rugi tu."Encik sy dh cakap,encik tak perlu bayar apa2." Sebenarnya sy datang utk urusan tanah"."oh maafkan sy,sy tak professional dlm kerja sy,jdi kita blh kita teruskan dgn urusan encik".Dlm hati malunya.