Diana Adam

1K 13 0
                                    



matanya redup merenung skrin lappy yang ternganga. kedip makin perlahan. kuyu. pandangan dialihkan. menala keindahan malam di bandar besar ini. cahaya neon yang palsu menikam hati yang sunyi. sunyi tatkala menjamah hidangan malam sendirian bertemankan kotak gambar dan bunyi. sunyi tatkala menonton Vamp Diaries sendirian. mulut disuap aiskrim yang terbeku di dalam freezer. dia bingung.

dulu dia tidak begitu bingung seperti sekarang. dulu boleh dikatakan dia punya tujuan hidup. alangkah malangnya bila Rabb bukan yang terutama dalam hidupnya. hilang seorang rakan, hilang segalanya. siapa sangka kata kata manis itu hanya dusta. tapi dia pernah bahagia dibaluti penipuan itu. penipuan seekor buaya. hatinya lirih mengingatkan definisi diri hanyalahh tempat persinggahan tatkala dalam perjalanan. ya, dia bukan destinasi utama. tak ubah seperti R&R di highway KL-Karak.

Ifkar Zulkarnain.

sepotong nama yang membuat dia bahagia. pernah membuat dia bahagia. nama yang kini igauan ngeri buat Diana Adam. benar nama itu.

"kenalkan Ifkar Zulkarnain. ni doktor HO baru awak. awak sebagai senior sila bagi tunjuk ajar."

pemilik nama itu hanya tersenyum menampakkan barisan sedimen kalsium yang rapi tersusun tatkala Puan Zainun memperkenalkan dia kepadaku. hatiku lirih lagi. perasaan yang sama terasa pabila dia pergi 6 tahun lalu. pergi tanpa sebarang kata. tanpa sebarang berita. tanpa sebarang info. tanpa indikasi hala tuju hatiku.

muka ketat. itu yang terbaik yang mampu kuhiaskan wajahku. sudah hampir 6 tahun aku tidak memikirkan si dia. tidak ku sangka dia akan muncul kembali. paling tidak kusangka dia bakal menbontoti setiap langkahku sepanjang tempoh perkhidmatan nya di wad ini. ahh, aku rimas!

"awak boleh teruskan kerja awak. saya akan buat pemeriksaan dan pemerhatian. i know you can get yourself moving around here without the needs of me showing the way. anything, just beep me."

aku tidak mampu berlama disitu. cardiac arrest yang kuterima harus diredakan juga. sino atrial node kalau dibiarkan bercelaru mampu meragut nyawa. sinikal sungguh mengingatkan bahawa aku memang tidak bernyawa. ya, aku sudah mati. mati 6 tahun lepas bila dia pergi.

aku lihat seraut wajah itu tenang bila kami bertentang mata. ceytt! dasar cicak. pandai berlakon kau ekk. siap kau aku torture nanti. 'Astarghfirullahalazim, ape awk fikir ni Diana Adam. tak baiklahh nak berniat jahat kat orang'. diri sendiri mengingatkan nawaitu yang baru nak deflect.

Habis shift aku pada hari tersebut, aku bergegas pulang. usai solat Isya', aku meluahkan rasa hatiku pada Rabb yang Maha Mendengar. hatiku sungguh lirih.

pagi yang menyambut sungguh mendamaikan. aku harus teruskan kehidupan. sekadar get away semalam sudah cukup buatku. never let your opponent to witness your weaknesses. aku hirup udara ketegasan. harap ia mampu mengabui mata mata akan gelisah yang bersarang di hati.,

'Nubhan, awal kau datang.' sapa rakan sekerja suatu kemestian. biar kami mesra selalu. bukan selalu kami bersua muka di Hospital A ni. maklumlah masing masing sibuk dengan kerja masing masing. Nubhan, rakan sekelasku di kuliah dulu sekadar melempar senyum. letih mewarnai wajah. 'ahh, sindiran begini perkara biasa'. doc yang baru nak menapak ke rumah dan doc yang baru datang berselisih. Alhamdulillah ada jodoh nak bersua muka. sengaja ku perli dirinya yang ternyata selesai menghabiskan on-call.

Nubhan, meski senyuman nya memikat, hingga kini orangnya masih sendiri. seperti aku jua. kami insan penulis yang hanya mampu menulis mencurah rasa hati sedang kenyataan nya, hati kami tak pernah pulih. ketawa sendiri aku.

aku cekalkan hati. Ifkar Zulkarnain harus ku tatap lagi. aku belum bersedia. masih bersarang air mata di kilangnya.

'Dr. Diana Adam!....'

Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now