Part 14 : Mentari Kian Tenggelam

106 4 0
                                    

Ifkar bingung. Pasti ada sesuatu yang dirancang Diana. Dia sudah mengenali Diana agak lama. Dia sudah mampu membaca segala lenggok gadis itu. Ifkar jadi curiga dengan kesanggupan Diana mahu menerima dirinya.

Dia masih belum memulakan langkah untuk memujuk Diana. Hajatnya dia mahu membuat Diana jatuh cinta kepadanya sekali lagi. Dia telah melukakan Diana dengan membiarkan gadis itu kesepian suatu masa dahulu dan dia ingin menebus kesilapannya sekarang. Dia mahu menggembirakan Diana sekali lagi.

Flatter her then grab her. Make her fall and tie her down.

Belum sempat dia memujuk, gadis itu telah menyatakan keinginan untuk menjadi suri hidupnya. Khabar itu menggembirakan Ifkar. usai talian diputuskan, segera dia menemui Pencipta memanjatkan kesyukurannya. Takbir diangkat dan sekali lagi aku bersyukur atas kurniaMu.

***********************

Hujung minggu itu, Diana sekeluarga menerima kunjungan rombongan meminang dari Ifkar. Sebentuk cinci bertatah sebutir berlian. Pengikat Diana yang kini tunangannya. Ifkar hanya memandang dari kejauhan. Agak terkilan dia tidak dibenarkan Mamanya untuk ikut serta dalam majlis itu. Itu pantang larang, menurut Mamanya.

Diana dan senyumannya. Memikat. Cantik. Baju kurung moden berwarna krim. Plain Jane. Diana memang begitu. Sukakan sesuatu yang simple. Kekwa putih menjadi penyeri ruangan rumah. 'Bila pulak Diana suka kekwa putih ni?' Ifkar tertanya tanya sendiri.

Setahu dirinya Diana tidak pernah menunjukkan minat terhadap bunga. Menurut Diana, bunga bunga hanya untuk mereka yang tahu menghargai kerana hayat bunga itu pendek. Ifkar mengukir senyum. 5 tahun dia di rantau orang, ternyata Diana telah berubah. Ciri kewanitaan yang kian menyerlah.

Sukakan bunga. Haha. Teringat dia pada kata Diana sewaktu dia menghadiahkan sekuntum ros buat gadis itu ketika majlis graduasi di sekolah menengah. Ros pink itu disambut dengan wajah toya. 'Awak ingat saya ni minah bunga ke? Euww, mushy gilaa! Still. Thanks.' Senyuman yang indah menjadi hadiah buat Ifkar.

Ifkar bahagia. Majlis graduasi yang bosan buat kebanyakan makhluk bernyawa di dalam dewan itu menjadi dunia fantasi mereka berdua. Ifkar dan Diana saling sebelah menyebelah. Ifkar di ranking yang pertama dan Diana di ranking yang kedua.


Waktu yang berlalu dirasa singkat. Tangan mereka berdua yang tersimpul dibawah jubah graduasi Rahsia. Kerusi mereka dirapatkan sebolehnya. Bahu yang bersentuhan setiap kali berlaku pergerakan. Senyuman yang mengukir di bibir keduanya. Begitu dekat mereka berdua. Dekat di hati, lekat dek dosa.

*******************

'Sayang, bilaa u nak balik sekolah ni?' Ifkar bersuara prihatin. Sedikit manja. Rindunya membuak untuk menatap wajah buah hati tersayangnya itu. 'Next week dah peperiksaan pertengahan tahun laa. Awak ni asyik ponteng kelas je.' Ifkar mula membebel. 'Awak nak ambil exam ke tak ni?'


'B, i'll be back in few days. kiteorang dapat masuk final! wish our team luck yeah?' Diana memberitahu berita gembira itu. Pertandingan debat UIA tahun ini menyaksikan kemunculan pasukan baru selain pasukan dari sekolah-sekolah menengah yang sentiasa berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.

Diana sedikit cuak. Lawan mereka dari Royal Military College (RMC) benar benar hebat. Pendebat terbaik mereka, Amirul Ashraff menjadi taruhan untuk merangkul kemenangan. Diana pernah sekali dua menegur sekadar berbasa basi namun dapat dirasakan aura seorang pemimpin yang menyinar dari lelaki itu. Aura pemimpin yang disenangi bawahannya. Orangnya humble dan ramah.

Bismillahirrahmanirrahim...

Lancarkan lisanku agar mereka memahami bicaraku.


Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now