Part 20 : Resah

110 5 0
                                    

'This is the voice mail box for the number 013*******. Please leave your message after the tone.'

Ifkar dah cuak. Diana tak reply text. Call pun tak jawab. Kenapa ni ? Seminggu jugak dia tak dapat dengar suara si gadis manis. Merajuk kah ? Hari tu okay je. Mula mula rasa jugak dingin tapi lepas tu Diana okay balik. Sekarang tiba tiba senyap terus. Ape kes ? Nak kata dia ada buat salah macam tak logik je. Tak nampak tanda tanda nak merajuk pun.

Haih. Susah laa perempuan ni. Lansung tak dapat nak difahami. Last last pilih buku apa nak beli. Hmmm, banyak jugak yang dipilih ni. penuh tangan nak angkat. tak pe. beli buku ni berfaedah. nanti laa call lagi. mungkin dia tengah ade hal kot.

...

dah tak tahu nak buat apa. Asyik nak menangis saja. Ifkar tak buat salah tapi betul betul rasa sedih. Tak tahu kenapa. Hp dah bergetar lagi. Diana pandang tak peduli. Air mata mengalir lagi. Sedih sangat. Dah seminggu macam ni. Nak menangis je rasanya.

Rindu dekat Teddy besar warna coklat. Tak tahu Mama simpan kat mana. Mama and Papa dah fly pergi UK. Ada hal katanya. Berat jugak nak tinggalkan Diana sendiri tapi Diana tak nak ikut. Nak spend time membaca kat rumah. Kalau ikut pun kejap je. Malas lah. Baik tak payah ikut kalau setakat bussiness conference ni.

Diana bukak almari. Teddy tak ada. mana Teddy ni. Ana tengah sedih laa. PMS ? mana ada. baru last week cuti. Teddy, Ana sedih dan Ana tak tahu kenapa. Teddy keluar laa pujuk Ana. Ana tak nak kacau Ifky. Nanti Ifky bimbang Ana sedih sedih. Ana rindu Teddy. Ana rindu Ifky jugak tapi Ifky sibuk. Ana tak nak kacau Ifky. Teddy, tolong laa keluar. Ana nak peluk Teddy.

Knock knock knock. 'Ana, makan nak. Mak Jah dah siapkan lunch.'

alamak. Ehem ehem. *Kontrol suara.*

'Ana ada kerja laa Mak Jah. Nanti Ana makan. Mak Jah biar je kat atas table tu.'

'Okay tapi Ana kena makan tau.' Mak Jah memang baik. Dah lama tak makan masakan Mak Jah. Kekadang je Mak Jah datang jaga Ana kalau Mama and Papa tak de.

Ana masuk tandas. Cuci muka. Tak nak Mak Jah nampak. Nanti Mak Jah bimbang pulak. Turun makan. Lapar !

...

Ai, ni dah melarat lama dah ni. Satu text tak berbalas, satu call pun tak berangkat. Aku memang suka sangat text dengan Celcom ni. Sikit sikit Celcom balas text aku. Aku dari tingkat bawah berkejar naik atas nak reply text kau Celcom sayang.

'Mana Diana ? Jangan begini sayang.'

...

Ifkar rindu. Tapi Diana sunyi jugak. Ade jugak text sekali sekala tapi tak berbalas lansung. Tak tahu apa dah jadi. Dah jadi tunang pun nak mengelak macam ni jugak ke ? Dah lama dia tak jumpa Diana. Sejak tukar masuk O&G ni, dia pun sibuk. Tak sempat dah nak menjenguk Diana melayan pesakit kanak kanak. Pernah dulu dia tengok Diana senyum bilaa kena usik ngan patient kenit. Gembira betul Diana.

Ifkar pun senang tengok Diana senyum. Ehh, bilaa nak setel persiapan kahwin aa ? Dia sering jugak menjenguk Diana kat rumah parents Diana kat Klang. Berjaya bawak Diana keluar lepas perah otak pikir alasan yang pelbagai. Cekap jugak Diana nak berdalih tapi Ifkar lagi hebat bab bahan membahan ni :) Patut dulu jadi lawyer, bukan doktor.

...

'Kita lepak kat Triple T jap :)' Diana request. Ifkar dah akur. Bunga ros kat tangan lansung Diana tak pandang. Sejambak jugak dia beli. Fresh lagi. Tangan dah putar stereng masuk parking lot. Hand brake angkat. Diana dah turun dulu. Duduk atas bangku. Ifkar follow dari belakang.

Diana tiba tiba pusing bila dia lagi selangkah nak duduk atas bangku. Tangan dia angkat bunga sejambak tu macam tgh pegang ayam terbalik. Kaki kat atas. Lepas tu biar bunga tu jatuh macam ayam kena sembelih. Kaki kanan cepat je pijak bunga yang dah tergolek atas tanah. 'Flowers can't buy me.' Kaki laju pijak setiap kuntum demi sekuntum.

Ifkar dah kena Stupefy. Shock. Tak tahu nak buat apa. Tak pernah Diana perangai macam ni. Selalu bersopan je. Lemah lembut. First time jadi macam ni. Diana dah blah. Tinggal Ifkar ternganga kat depan bangku.

People change.


Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now