Ifkar Zulkarnain

433 8 0
                                    

doanya termakbul. Syukur ya Allah. rindu hatinya kini terubat walhal baru semalaman mereka terpisah. begitu kejap rindu itu menyeksa. setelah 6 tahun bertarung rindu, wajah itu kini begitu hampir.

Diana Adam, doktor seniornya itu perlahan lahan memalingkan wajah sudah namanya ku lontarkan. 'ahh, begitu dia rindu pada hidung kecil yang pernah menjadi mangsa jemari nakalnya suatu masa dahulu. ya, Ifkar. suatu masa dahulu. Once upon a time' bisik hatinya.

Diana Adam merupakan rakan sekelasnya sewaktu di sekolah menengah dahulu. perwatakannya yang ceria seringkali mencuri tumpuan. tapi malangnya bukan perhatian dia seorang yang dicuri bahkan seisi sekolah mengenali Diana Adam. lantaran menyedari hakikat itu, dia iseng. dia lebih senang memerhati. meski rasanya terbalas, dia masih sedar diri.

Dia akui diri sendiri tidak setanding Diana Adam. meski pencapaian akademik dan kokurikulum nya memberangsangkan, dia masih rasa ketinggalan di belakang gadis kecil molek itu. ketinggalan disebabkan harga seutas jam Casio gadis itu ternyata setanding dengan wang sakunya selama 2 bulan. ketinggalan oleh kereta yang menjemput gadis itu ternyata kereta import sedang dia hanya mampu mengerah kudrat kedua kakinya untuk melangkah pulang. ketinggalan juga disebabkan banglo putih kediaman gadis itu yang terletak berhampiran double-storey tempat dia sekeluarga berteduh.

Ifkar akur pada ketentuan. ini keadilan Tuhan. pasti ada hikmah dan kelebihan bagi setiap yang terjadi. dia tidak ingin menjadi manusia tidak bersyukur. paling tidak diingini daripada khilaf lantas mempersoalkan ketentuan Yang Maha Esa.

"Yes, Doctor Ifkar. Is there anything that you need ?",

"Err, nothing much. just wanna ask if i can have your number."

"Excuse me?"

"Err, i mean, your ID. I would like to put it in my report."

"You don't have to. refer to the previous HO report."

Dr Diana Adam sudah berlalu meninggalkan Ifkar terkulat kulat.

'ceytt! apesal laa aku cuak pulak bila nampak muka dia nehh. patella betul laa aku ni'. Ifkar kecewa dengan dirinya sendiri.

tidak dinafikan wajah tegas itu mempunyai aura pemusnah. pemusnah kepada keberanian dirinya. dia gugup mendengarkan suara halus gadis itu. begitu tegas dan punya kekerasan tersendiri. memori nya terulas kepada guru Biologi mereka, Puan Irfahh. orang nya punya karakter yang disegani. tegas dan rigid dalam melaksanakan kehendak kerja tanpa sedikit kompromi. tapi masih rasional dan berhikmah tindakan nya itu.

'apa kau tidak punya rasa lagi buatku?' Ifkar bertanya. mentari pagi itu hanya menyinar. tiada jawapan didengar. Ifkar kembali ke pekerjaannya. jangan curi tulang doktor. hatinya berpesan.

****************************

'Pak Cik tak tahu nak cakap apa. anak pak cik manja orangnya. terbiasa begitu. pak cik tak pasti kalau dia mampu bertahan. kamu ni betul ke serius dengan anak pak cik?'

'Saya tak pasti kalau saya mampu menjaga dia sebaik pak cik menjaganya tapi saya pasti, hati saya amat menyayangi anak pak cik. saya harus pergi. Kalau saya tak pergi sekarang, mungkin sampai bila bila saya tak kan mampu mengejarnya.'

'Pak cik paham Ifkar. kita orang lelaki memang patut punya harga diri. kamu pergilah. kejar cita cita kamu tu. Hal Diana, biar pak cik yang uruskan. dia mungkin terluka tetapi begini lebih baik. Diana dan kamu sama-sama harus belajar. mungkin, kamu berdua akan lebih mementingkan pelajaran kamu begini.'


****************************


'Sayang, nanti after SPM, what will happen to us?'

'Entah lahh b. If tak sanggup nak pikir.'


Diana mula mencebik. matanya bergenang lagi. Ifkar kaget. sungguh dia panik berada dalam situasi sekarang. semakin mereka menghampiri peperiksaan besar itu, semakin sensitif buah hatinya itu. andai terusik, pasti mata itu bergenang. tetapi dia tidak jadi memujuk.


Diana harus diajar untuk memujuk hati sendiri. mereka bakal terpisah selepas alam persekolahan ini tamat. Dia harus menghadiri kem latihan PLKN sedangkan buah hatinya itu merancang mengelilingi Eropah sementara menanti keputusan SPM diumumkan.


Ifkar ingin hubungan ini dihentikan selepas peperiksaan ini tamat. Dia sudah harus mengorak langkah ke masa depan. gadis sunti itu pula harus diberi kebebasan dari cinta palsu yang tidak menjanjikan apa apa selain dosa. biar mereka sama sama menyediakan diri untuk ke tahap seterusnya tanpa perlu berpegang pada janji kanak kanak. sebagai lelaki, dia sedar tanggungjawab besar yang perlu digalas andai Diana itu mahu dijadikan permaisuri. Biarlah tempoh pengajian ini menjadi tempoh mereka saling menguji. andai jodoh mereka kuat, pasti mereka akan bersatu di kemudian hari.


*******************************


biar rasa itu mati sebelum terseksa di kemudian hari. biar rasa itu terkubur di dalam hati. biar mereka berselimut rindu asal suci cinta itu tidak ternoda lagi. tidak ternoda oleh janji janji palsu. lirikan menggoda. lunaknya suara mahupun lembut sentuhan. dia tidak mahu cinta remaja ini sekadar menghimpun dosa. biarlah hubungan ini disucikan dahulu. sebolehnya, Ifkar ingin memperbaharui hubungan ini. jadikan ia halal. sekarang dia belum mampu. jadi jauhi dulu si dia. 6 tahun, itu janjiku Diana Adam.

Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now