Part 19 : Perangai Pelik

100 5 0
                                    

Malam ini, ku sendiri..

Tak ada yang menemani..

layan lagu Munajat Cinta sambil merenung langit. Diana pun tak pasti ape point die duduk kat balkoni sambil layan perasaan ni. Soon she'll be leaving for a fun holiday with someone from the past. Tapi rasa berat je nak pergi. Rasa susah nak lepaskan yang bakal suami sendiri. Bukan dia tak rasa. After all, i'm still a human. A woman.

Diana tak pasti jugak dengan keputusan dia ni. Nak sedarkan Ifkar yang dia pun ada hati, ada jantung, ada stomach, ade doudenum, ade nerve and neurons segala bagai. Biar Ifkar hargai perasaan yang dia simpan untuk Ifkar. Perasaan yang tak pernah corrrode walau rendam dalam Clorox sekalipun.

Nak menyerah terlalu senang bukan gaya Diana jugak. Diana. She's a fighter. Things that we get easily ain't something valuable. Tu pikir Diana laa. Bulan dah main aci aci sorok jumpa kat belakang awan bentuk kucing. Tidur laa. Tingkap tutup. Rangkak masuk celah selimut tebal.

Baca ayat Kursi, Al-Fatihah and Doa Tidur. Nites :)

...

Ifkar baru habis Tahajjud. Biasa laa. Kalau dah tersedar di tengah malam, maknenye kena bangun tahajud laa tu. Dah habis mengaji, mata tak leh lelap. Lagi 60 menet nak masuk Subuh dah. Tunggu laa kejap. Sambil tu, tangan gatal redah barang. cari buku notes lama. jumpa !

gambar dia dengan Diana time sekolah dulu. Sweet ! Memang comel. Kalau tak kerana majlis ni, tak merasa laa dia nak bergambar ngan Diana. Diana memang penyegan orangnya. Susah nak dengar suara Diana bila ade orang keliling.

Ifkar kadang kadang hairan jugak. Diana ni kekadang penyegan kekadang ramah je. HAHA. Perempuan ! Memang susah nak paham. Kalau ada masalah suka sangat membebel. Bila nak tolong tak nak pulak. Dia pun tak tahu nak tolong macam mana. Tolong dengar je laa dia mampu buat.

Kadang kadang dia pun serabut jugak tapi bila dia hangin last last dua dua merajuk. Akhirnya Ifkar jugak yang mengalah. Dia pasrah. Nak tungggu Diana pujuk dia ? Jangan harap lahh. Manja Diana tu memang melampau jugak. Tapi sebab dah sayang, kena laa dia yang tunjukkan jalan.

Dah jadi tanggungjawab rasanya untuk membimbing Diana ni. Nak kena ajar banyak jugak. Perangai kebudak budakan, tak suka mengalah, mengada ngada. Banyak yang dia kene ubah. Tapi kalau paksa, Diana akan memberontak. Slow motion punya gerakan laa Ifkar boleh buat.

Diana banyak perangai yang ridiculous. Bangun lambat, simpan baju busuk, berpakaian selekeh. Macam macam jugak laa. Selipar tandas Diana dah berdaulat melangkah ke Mid Valley dengan jeans besar gedabak and t shirt singkat. Tudung selempang je. Diana tak ambil peduli. Lantak laa. Tak perlu kot nak melawa. Dah cukup lawa.

Memang cukup lawa laa. Tak tahu laa ape yang orang nampak.Ifkar pun tak tahu apa yang dia nampak. Kadang kadang nampak nenek kebayan, kadang kadang nampak Putri Gunung Ledang. Kejap cantik kejap buruk. Tapi tengah tengah buruk sekalipun, ade je yang pandang. Hairan ~

Jawapan Diana bila suruh dress up memang mintak penyepak tapi sabar je laa. Nak buat macam mana. minah tu bukan ambik kisah hal orang pun. buat hal sendiri je. Kadang kadang perangai berubah ubah. Kejap okay kejap tak. Perempuan ~

Pernah jugak Diana buat gilaa pergi turun DS pakai seluar tidur time sahur kat maktab. Ifkar tengok jatuh jaws. Seluar tidur kotak kotak. Tak malu ke perempuan ni ? Bilaa tanya , 'wa punya pasal laa'. Redha. Tak dapat nak kate pape.

Dulu pernah sekali Dorm 23 kena sound ngan warden. Dorm Diana laa tu. Banyak sangat basuh baju sampai tak cukup tempat nak sidai. Rajin pulak basuh baju. Tapi pernah jugak balik rumah bawak luggage. Isi ? Baju busuk semua. Betul laa minah ni ikut kepala sendiri.

Sebulan ponteng perhimpunan pagi Kolej Gemilang. Ifkar perasan. Dia presiden MPP tapi nak report buah hati sendiri memang tak laa kan. Nak tegur tapi nanti kena pelangkung balik. Bukan takut bini *ehh, silap. buah hati* tapi malas nak panjang cerita.

Tanya jugak Si Ifkar kenapa ponteng ? Jawapan pendek macam biasa. Malas. Susah perempuan ni. *sigh. Time rajin die datang, lepas subuh dah tercongok kat kelas. study. gilaa apa perempuan ni. Ifkar dalam baju Melayu lagi. Kat surau. nampak Diana kedek kedek gi kelas. Terus balik dorm keluar kan Nokia cikai suh pegi tanya khabar.

Ingat demam dah. Skip breakfast singgah kelas jap checking on Diana. Tak demam pun. Alhamdulillah. Tapi senyap je. Muka serious baca buku. Psycho habis. Gilaa !

'Allahuakbar Allahuakbar'

* ehh, dah Subuh. Mandi laa.

Buku nota ngan gambar biar atas meja. Mandi, solat and then jogging.


Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now