Part 11 : Pergilah Sayang

120 5 0
                                    

Ifkar

'Assalamualaikum.'

'Waalaikumussalam. Boleh cakap dengan Uncle Adam?'

'Yes speaking.'

'Pak Cik, maaf kerana saya menganggu pak cik. Saya Ifkar. Pak cik sihat?'

'Alhamdulillah sihat. Nak Ifkar bagaimana? Dah betah dengan sambal belacan?'

'Ingat pulak pak cik tentang sambal belacan yang saya idam idamkan tu. HAHA. Sempat merasa mak masak lepas balik hari tu. Terlepas rindu kat makanan Malaysia ni.' Ifkar malu seketika mengingatkan perbualan dengan Uncle Adam sewaktu dia masih menetap di Aberdeen.'Pak Cik, sebenarnya saya ada sesuatu yang ingin dibincangkan. Kalau boleh saya nak bertemu pak cik.'

'Ehh, nak Ifkar. Boleh. Lama betul uncle tak jumpa kamu. Lepas kamu balik Malaysia ni pun, belum pernah sekali uncle keluar makan dengan kamu. Kamu nak jumpa uncle bila?'

'Malam ni boleh? Jam lapan. Kat restoran Thai favourite uncle dulu.'

'Hmm..igt jugak kamu kat restoran tu. Okay. InsyaAllah Uncle datang.'

'Bawak laa Auntie sekali Uncle.'

'Aikk, nak ajak Auntie? Selalu kita berdua aje. Baiklah.'

'Thanks Uncle. Assalamualaikum.'

'Waalaikumussalam warahmatullah'

Malam itu, Ifkar meneruskan langkah seterusnya. Memenangi hati bakal ibu mertua. Auntie Mira agak terkejut malam itu. Pandai sungguh Uncle Adam merahsiakan Pakatan Berikat antara Ifkar dan Uncle Adam ini dari kaum Hawa. Malam itu, Ifkar sebaiknya cuba meramahkan suasana antara dia dan bakal mertuanya itu. Sungguh yakin dia akan kemampuannya meyakinkan orang tua Diana itu untuk menerima dia sebagai menantu dengan tangan yang terbuka. Ini bakal menjadi kejutan buat Diana Adam.

Malam itu, hidangan istimewa dipesan buat memenangi perut bakal mertua, ikan tilapia berserta kerabu mangga menjadi taruhan. HAHA. Bukan dia yang masak. cukup sekadar point jari di menu restoran namun hilai tawa dan bualan mesra menjadi taruhan. Dan dia berjaya. Ternyata Auntie Mira tidak punya tanggapan buruk buat diri Ifkar. Bahkan dia dijemput pula untuk sama sama makan tengahari di rumah banglo putih itu.

****************************

'Patut laa Ana tak pernah cerita kat Mira pasal boyfriend. Rupanya abang dah tahu. Nampaknya macam Mira je laa yang tak tahu.'

'Ifkar tu yang mintak dirahsiakan dulu. Dulu dia nak belajar. Dia laa yang selalu berbalas emel dengan Abang masa dia masih belajar kat Aberdeen dulu.'

'Sampai hati abang tak beritahu Mira.'

'Alah awak ni. Nak merajuk ke? Tak payah laa. Susah abang kalau tak ada orang nak kejut abang pergi office besok.'

'Tu laa point abang...' cerita sebelum tidur itu makin panjang. Soal Ifkar diulas dan dikupas. Segala perbualan antara Adam dan bakal menantunya Ifkar menjadi santapan telinga buat Auntie Mira. Malam merangkak makin jauh.

Dan akhirnya pasangan suami isteri itu lena. Lena dibuai mimpi.

***********************************

'Ana, mama daa jemput Ifkar datang rumah hari ini. Ana pun balik lah jugak. Makan tengahari sama sama.' Panggilan yang diterima itu hampir men'collapse'kan circulatory system nye. 'whattaheck?!' sejak bila pulak Ifkar mengenali kedua ibu bapanya.

Tiba tiba terasa seakan diserang stomach cramp. Diana terduduk di lantai hospital itu. 'Dr Diana, are you all right?' Suara prihatin menerpa dari belakang. Nurse beriak cuak melihat doktor seakan menanggung kesakitan. 'No I'm fine.' Dia bingkas bangun. Tidak ingin dilihat lemah di hadapan insan yang lain. Namun dalam langkahnya, dia terhuyung hayang dan pandangannya kelam.

'Doc's down. Nurse, tolong!' Diana dipapah ke bilik rehat. Air direnjis ke muka doktor yang masih tidak sedarkan diri itu. 'Doc, are you alright?' Soalan ditanya apabila Diana mula kembali ke alam nyata. 'Low blood pressure ni doc. guess you are exhausted. Rehat laa kejap.' Diana hanya mengangguk. Malu dilihat dalam keadaan begitu.

*****************************

Lunch itu kecoh. setelah sekian lama, pertama kali Diana melihat ibunya begitu ceria. Ifkar seakan sudah biasa dan betah melayan karenah ibunya. Diana pula yang terasa asing di rumah sendiri. namun digagahkan kudrat melakonkan wayang kelas pertama. Tidak ingin merosakkan mood ibunya yang dilihat highly elevated.

Selepas waktu makan, Ifkar dijemput pula minum petang di rumah. sesekali bersembang dengan ibubapanya sambil merehatkan badan di laman rumah. Teh Cina menjadi hidangan selepas makan tengah hari.

Di laman, sewaktu Ifkar bersendirian, Diana merapatinya.

'Apa yang awak buat ni?'

'Mendapatkan awak kembali.'

'Saya dah terima lamaran seseorang.'

'Ibubapa belum terima lamaran dari sesiapa kan?'

'Mereka bakal terima.'

'Saya akan masuk meminang dulu.'

'Saya akan tolak.'

'Dan buat ibubapa awak kecewa?'

'Ibubapa saya akan suka Amir.'

'Ouhh, so nama dia Amir?'

'Yes. Dr Amir.'

'Sorry lady. Dr Ifkar won't let you go.'

'Please, I got over you.'

'You're hurt because you love me. And i have faith that i can ignite the flame. I did it once and i think, i can do it all over again.'

'Please go. Leave me alone.' Air mata mula bergenang.

'Indeed i will lady but i'll come back with the ring.'

Ifkar terus berlalu. Pergi meninggalkan Diana sendiri. Diana ragu ragu. bagaimana harus dia hadapi semua ini.

'Ya Allah..' Hatinya lirih lagi.

***************************

Ifkar mendahului dalam memenangi hati keluarganya. Ibu dan bapa sudah tahu perihal hubungan yang disangka baik baik saja. Hati Diana yang terasa dipermain kekal tersimpan menjadi rahsia. Diana tidak mahu memberatkan fikiran sesiapa. Namun bagaimana harus dijelaskan kepada Dr Amir?


Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now