Part 15 : Entiti Hati yang Satu

106 5 0
                                    

Diana mengangkat wajah perlahan. Malas. Kerjanya yang banyak menjadi tumpuan. Sudah menambak tinggi laporan yang harus disiapkan. Hani sahabatnya yang galak menelefon akhirnya berpeluang mendengar suara gadis itu di hujung talian.

'Weh, apesal kau simpan handphone kau ni? Baik kau campak masuk lautan Bermuda laa. punya laa lama nak angkat', Hani yang banyak berceloteh itu membuka bicara setelah salamnya bersambut. Sentiasa ceria nada suaranya.

'Hmm, banyak kerja laa Hani. Aku ada few reports yang tak siap tulis lagi. Kenapa?' Tangan nya kembali menari di helaian kertas putih.

'Kuar makan jum! Chicken Chop Razlan Bistro. Aku belanja. Nak tahu kisah kau laa doc. Tunang pun tiba tiba.' Hani mengumpan. Diana walaupun cekeding macam cicak kering tersepit celah pintu, nafsu makannya mengalahkan anak gajah.

Hani tak pernah lupa. Diana adalah satu satu rakannya yang order 'nasi lemak, nasi tambah, ayam besar, sambal lebih' bila membeli nasi lemak di depan rumah sewa mereka dulu. Akak jual nasi lemak pun dah hafal muka Diana. Pelanggan tetap laa katakan. Budak lelaki pun tak makan macam Diana. Untunglah badannya tidak mudah montel. Makan banyak pun cekeding jugak. Bela saka ke apa minah ni?

'Okay. Malam kang bley? Aku amek kau kat rumah. Rumah sahabatnya Hani tidak lah jauh dari rumahnya. Cuma Hani masih tinggal bersama keluarganya. Tidak ingin berpisah dari ibu tersayang. Maklumlah, cuma Hani anak perempuan satu satunya.

Abang abangnya yang lain masih ada yang belum berkahwin namun kini sedang menuntut di luar negara. Untunglah otak macam sponge. Kuat tidur dalam kelas pun senang je nak score exam. Hani agak berlainan dari abang abangnya yang pemalas itu.

Hani yang comel comel sahaja saiznya itu amat rajin orangnya. Hasil kerjanya juga kemas. Justeru itu, nota Hani menjadi goreng pisang panas dalam kalangan rakan sekuliah sewaktu mereka masih belajar dahulu. Ada sahaja yang ingin memiliki duplicate nota Hani. Senang nak baca. Tak payah buat nota sendiri.

Hani pula bijak memanfaatkan peluang. Setiap salinan notanya difotostat terlebih dahulu dan dijual kepada rakan rakan. Untung tidak lah diambil. Cukup sekadar membayar harga fotostat kertas sahaja. Namun wang yang dikumpul lama lama menjadi bukit juga. Masakan tidak, Diana sendiri hampir terkejut melihat baki akaun Hani walaupun sudah beberapa bulan elaun Mara diterima. Lansung tidak berganjak angkanya. Hani memang pandai mengurus duit.

Malam itu, Diana menjemput Hani di rumahnya. Hani hanya berbaju T putih dan berseluar panjang. Tudung segitiga menjadi penutup kepala. Menutup aurat. Hani memang dilatih begitu sejak kecil lagi. Diana juga hampir sama namun tudungnya ala kadar saja. Tidak dipin kemas seperti Hani. Malas melawa. Bukan nak pergi jumpa Lee Min Ho pun.

.....

'Kau dah maafkan Ifkar ke?' Hani bersuara. matanya tertancap pada cincin yang selesa melingkari jari manis Diana. 'Dulu kau kata nak lupakan dia. Lama jugak kau jadi batu untuk dia.' Diana menguis coleslaw itu. Nyam. selamat masuk dalam mulut. hanya mendengar bicara Hani. 'Aku bukan apa. Aku tengok kau senyum pun tak ikhlas je. Kau pandang cincin tunang kau pun daa macam small intestine terlekat kat jari. Kenapa ni?' Hani khuatir.

'Aku sayang dia. Simple.' Diana memberi jawapan pendek. Malas bertekak dengan Hani. Acuh tak acuh membalas. 'Ada lagi nak tanya?' Sedikit jengkel perangainya.

'D, kau cakap lek lok ngan aku. Kau ingat aku tak kenal kau. Kau berperangai annoying ni aku dah tahu ada yang tak kena. 5 tahun aku hadap muka kau. Kau bangun pagi mamai pun aku paham kau cakap apa.'

'Okay okay.' Diana menghentikan suapan. 'Aku sayang dia. Betul. Tapi hati aku masih tak lupa rasa sakit yang aku simpan selama 6 tahun dia pergi macam tu je. Aku tak kan lupa apa yang dia buat kat aku. Aku nak dia balas balik apa yang aku rasa. Aku nak dia menderita sampai aku puas hati. Baru aku gembira.'

Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now