Part 10 : Kekwa Putih

120 6 0
                                    

Sejambak bunga tersusun di tepi katil. masih segar. pearls of hues spread on top of its rich petals. smell of fresh flowers fills the room. invigorating as it always does. deep waves of breathing. the beep of the monitor and the man eagle eyes; keep staring at the bouquet. lelaki itu masih disitu. menanti wanita lemah yang terbaring dihadapannya. jemari mereka bertaut. sesekali diusap. mengharap namun wanita itu masih terbaring.

soal hati; minda tak kan pernah faham. biar sekuat mana mencuba, hanya Tuhan yang tahu hikmahnya.

'white daisies. She love them.', lelaki itu bersuara tatkala Diana memasuki ruang itu. Pesakit ini mengalami kemalangan yang agak tragis. kereta yang remuk seremuk hati si suami. Dari cerita yang didengar, pasangan suami isteri ini baru sahaja mendirikan rumah tangga beberapa tahun yang lalu. suaminya seorang arkitek. isterinya pula eksekutif di syarikat penerbangan yang terkemuka. kesibukan tugas mengehadkan waktu mereka untuk bersama membina memori bahagia. keduanya saling sibuk mengagungkan kerjaya.

pada malam kemalangan itu, mereka bergaduh lagi. puncanya, si suami terlewat pulang untuk makan malam bersama. bukan pertama kali si suami terlewat. namun, Zalia tetap ingin memanjangkan rajuknya. keluar sendirian membawa hati. mungkin sudah suratan bahawa kemalangan itu akan terjadi.

Dr Diana cuba sebaiknya mengawasi keadaan Puan Zalia namun tanda tanda untuk bangkit dari koma seakan tiada. Akhirnya dia menjadi saksi penyesalan seorang suami, keinsafan seorang kekasih. setia membawakan kekwa putih buat yang tersayang. peneman diri di wad yang sunyi.

******************************

'Kekwa ni dah layu laa.', Dr Diana bersuara. 'Hayat bunga memang tak panjang.', Encik Imaen itu bersuara. tampak sedikit keletihan sesudah bergegas ke hospital sebaik waktu pejabat tamat.

Pandangannya terarah kepada Zalia. Pandangan yang redup. Pandangan yang tak pernah berganjak walau sesaat. Diana seolah faham apa yang melanda rasa hati Imaen. Dia segera keluar selesai memeriksa keadaan Puan Zalia bagi memberikan privasi kepada suami dan isteri itu. Ada hikmah kejadian ini buat mereka.

Hikmah Tuhan itu luas. Jangan terlepas pandang. Ada yang harus dipelajari. Bukan mereka semata namun dirimu juga.

******************************

'Hayat bunga ni tak panjang.' Ayat itu bergema di ruang minda. kotak fikiran yang kian perlahan putarannya di waktu hening pagi. harus menghargai yang menyayangi kerana hayat itu tak panjang? Diana tertanya sendiri. kebelakangan ini, lamaran Dr Amier itu sering mengetuk benak fikiran, giat meminta jawapan. tiada kata putus diberi. tiada pinangan menjengah pintu, jawapan Diana dinanti terlebih dahulu.

tidak mahu pinangan itu memaksa empunya diri. Dr Amir bijak langkahnya. tidak mahu Diana menerima atas dasar orang tua. biar dia ikhlas menjadi suri. bukan terpaksa mahu dipaksa.

Keikhlasan itu kunci kebahagiaan. Aku yakin pada hatinya. Aku yakin pada agamanya. Aku terpaut pada rupanya. Aku sama mendukung pelajarannya. Tuhan pasti membantu andai dia yang terbaik buatku.

Kalau diikutkan, Dr Amir itu sudah lengkap pakejnya. Aku tidak punya alasan menolak. aku harus yakin pada kuasaNya. Jika dia baik, InsyaALLAH, mahligai ini mampu dibina.

Telefon bimbit dicapai dari dalam handbag. jam 4 pagi. Shiftnya akan berakhir beberapa jam lagi.

'Assalamualaikum...'

'Waalaikumussalam. Aaah, ye...?' Amir masih mamai dalam tidurnya.

'Saya terima lamaran awak.' Talian dimatikan.

'ehh..?', Amir masih mamai. Tangan nya malas mengangkat skrin i-phone itu ke muka. ditatap nama pemanggil. impulse itu masih belum tercerna.

'hukkkh!' terduduk apabila sedar. itu DIANA! jantungnya berlumba lari dengan hormon adrenaline. Betulkah? Aku bermimpi ke? tangan laju mendail. Yahoo!~

Diana pula yang kaget bercampur malu menerima panggilan Dr Amir.

'Err, betul ke awak terima lamaran saya ni?'

'Yes i do. Anything else?'

'Err, oke. that's all.'

'Assalamualaikum.'

'Err, waalaikumussalam.'

Andai dia melamarmu, terimalah andai agamanya, rupanya, keturunannya dan hartanya baik-baik. Allah akan membantumu mendirikan keluarga yang dirahmati.


Doktor Muda Yang KecewaWhere stories live. Discover now