Kai berjalan jalan di taman yang berdekatan.Pagi yang nyaman.Segar.
Dia menarik nafas dan memejamkan mata.
Dia terbayang.
Waktu sekarang mesti dia kena kejut dengan penampar.Setiap hari.
"Ei aku harap sangat kau mati ngan mak kau sekali.apsal kau tak mati sekali Hah" pekik Ayahnya.
Ditampar.Dipukul.Ditendang.
Ah aku dah biasa.Alah bisa tegal biasa.
"Menyesal aku kahwin ngan mak kau lah.Kau ngan dia sama je.TAK BERGUNA!!Pergi Mati.!!"
'Sakit ayah...sakit sangat...ibu tolong buu' jerit dalam hati.
"Kai?"
"Kai?""Ibu!!" Jerit Kai.
Dia terkejut.Dia melihat gerangan yang memanggilnya.
"Oh.Kau." kata Kai.
"Kau okey ke Kai?" Kata Mirae.Dia melihat Kai hanya termenung.Kai mengangguk kecil.
"Ka..kau buat apa kat sini?" Kata Kai.Dia melihat Mirae yang datang dengan beg kecil bersama plastik hitam.
"Ah.Aku datang sebab nak lawat kau.Syukurlah kalau kau makin okay.Hah ni ais krim aku beli untuk korang." Kata Mirae lantas mengeluarkan ais krim kepada Kai.
Kai mengambil ais krim tersebut sambil memandang kaki Mirae.
"Tu,kau okay ke?" Tanya Kai.
"Ah..aku okay je.Rilek jelah.Sehari dua baik lah tu." Balas Mirae.Dia kemudian berjalan meninggalkan Kai kerana takut Ais Krim yang dibelinya cair.
Kai hanya memandang sahaja.Lama.
Mirae memandang belakang dan melambai Kai agar turut serta bersamanya.
Kai dan Mirae memasuki rumah D.o.
"Hello mak cik!!" Jerit Mirae.
Ibu D.o melambai Mirae menyegera masuk ke dalam rumah.
D.o melihat Mirae berjalan bersama Kai.Eh bila masa Kai keluar.
"Kau datang lagi?"tegur D.o.Malas.
"Kan mak kau suruh aku datang tiap tiap hari."Kata Mirae lalu duduk bersebelahan D.o.
D.o hanya memandang sekejap kemudian menumpukan perhatian pada Tv.
"Eh kau tengok The Return Of Superman?" Jerit Mirae.
"Eh tak...."
"D.o memang suka tengok citer ni.Dia paling suka watak Daehan ngan Minguk dan Manse.Comel gila" cerita Ibu D.o.
"Wahhhh D.o suka tengok Cerita ni" usik Mirae.
Mirae mengusik D.o.Mirae menepuk bahu Kai yang baru datang dan mengecohkan mengenai hal tersebut.
"Ish janganlah kecoh.Dahla.Kau ni tak habis habis datang sini.Dah tak da rumah ke?.Aku nak masuk bilik.Semak je dengan kau" marah D.o lalu segera memggerakkan kerusi rodanya masuk ke dalam bilik.
Mirae terkejut.Kenapa marah beria sangat dia ni.Sentap sangat kenapa?
"Ala biasalah tu.Dia ni sensetip sikit.Lama lama nanti baiklah"ujar Ibu D.o.Cuba untuk sedapkan hati Mirae.
D.o dalam bilik hanya merenung siling.
'Aish napa aku marah sangat ni.Takkan sebab aku cemburu sangat.Aduh Mulut mulut.'
Dia tidak dapat tidur dengan senang.Serba salah dia.
KAMU SEDANG MEMBACA
Aishiteru
RandomMengisahkan Kim Mirae yang merupakan seorang pelajar yang agak bermasalah tetapi pandai dan suka menolong orang.Seorang lelaki yang berkerusi roda,Kyungsoo dan juga Kai,seorang pembuli tegar di Sekolah yang terletak di Seoul dan rakan rakan.Cerita i...