Kim Mirae duduk di rumah D.O hingga malam.
Dia berasa seronok dengan keluarga D.o lebih lebih lagi ibunya.
Menurut Ibu D.o,suaminya sudah meninggal dunia akibat langgar lari.
Ibu D.o terpaksa bekerja pelbagai jenis pekerjaan.Kemudian dia berhenti dan mula membuka kedai tepi jalan.Walaupun tidak kaya tetapi cukup baginya untuk menyara dia dan anak -anaknya.
Mirae duduk di buaian yang terletak di halaman.Dia melihat langit.
Dia melepaskan rambutnya.
Tiba tiba seseorang menarik rambutnya.
"Auch.Sakitlah" marah Mirae.Dia memandang penjenayah akta 00000000 yang boleh menyebabkan mandatori dan penjara seumur hidup.*Yok ooo je ^.^
"Ah kau rupanya D.o,ingat peragut mana tadi"gurau Mirae.
"Kau buat apa ni?" Tanya D.o.
"Aku tengah sidai baju." Perli Mirae.
"HAHA.lawak gila."kata D.o.
"Ni..aku tengah fikirkan masa depan"
"Ni apsal tak balik lagi?"
"Aip,menghalau nampak" terasa Mirae.
"Takdalah nak halau..tapi tak ke parent kau risau?" Tanya D.o.
"Jangan risaulah.Ni pandailah anak diorang jaga diri." Gelak Mirae.
"Tapi kan,mak ayah kau ker..
Mirae mengalihkan topik.Sungguh dia tak selesa apabila orang tanya mengenai keluarganya.
"Eh aphal kau bawak first aid kit tu?"tanya Mirae
"Oh ni..tu kaki kau"tunjuk D.o ke arah kaki nya.Ada luka sikit pada kakinya
"Oh...."Jawab Mirae.
Dia baru teringat yang dia ada terjatuh sebab Kai berat sangat.
"Letakkan kaki kau kat atas ni.Aku nk balut luka kau ni". Arah D.o.
"Uuuu caring gila kau...Uuuuuu" ejek Mirae.
D.o menjeling ke arah Mirae.
"Pendek kuku kaki kau.And napa cam pelik je kau potong"tegur D.o.
"Eleh macam kuku kaki kau lawa sangat." Perli Mirae.
"Eh lawa..." kata D.o.
Mereka berdua sibuk berbual.Kai melihat mereka berdua melalui tingkat.
Selesai sahaja membalut kakinya,Mirae meminta diri dahulu.
Dia memeluk Ibu D.o macam ibu sendiri.
"Terima kasih banyak banyak mak cik.Lain kali saya datang lagi.heheheh" kata Mirae.
"Hari hari datang takpa.Barulah meriah sikit." Kata Ibu D.o.
"Bye D.o.Kirim rindu kat Suho ngan Kai.Cehhh" kata Mirae.
"Apa apa jelah.Dah dah pergi" halau D.o.
Mirae melambai mereka dan balik menuju ke rumahnya.
"Lawa la budak tu.Selama ni tak pernah d.o bawak kawan." Senyum ibu D.o.
"Eleh.Lawa la sangat.Kalau nak dibanding pintu ngan dia ,pintu lagi lawa.Dah jom masuk ibu."kata D.o.
"Harap harap Kai dah tidur.Kesian budak tu" ujar Ibu D.o setelah mereka berdua masuk ke rumah.
"Hmm"balas D.o.
Dia tak sangka selama ni sebab Kai sikap camtu sebab Bapak dia.Well,enviroment also cause of ourself behavior.

KAMU SEDANG MEMBACA
Aishiteru
RandomMengisahkan Kim Mirae yang merupakan seorang pelajar yang agak bermasalah tetapi pandai dan suka menolong orang.Seorang lelaki yang berkerusi roda,Kyungsoo dan juga Kai,seorang pembuli tegar di Sekolah yang terletak di Seoul dan rakan rakan.Cerita i...