Sudah 3 hari Mirae dan D.o tidak bertegur sapa.
"Hish ni semua salah mulut aku.Kenapa celupar sangat" marah Mirae sambil menepuk nepuk mulut sendiri berulang kali.
"Ala rilek sudahlah.Lelaki merajuk tak lama macam perempuan.Esok lusa dia okaylah tu" kata Kai sambil bermain dengan rumput di padang.
Mirae memandang Kai yang berdiri di sebelahnya.Tingginya kalah tiang lampu kedai Hok Kok.
Semenjak Kai diselamatkan oleh Mirae dan D.o,Kai tidak lagi melanggar peraturan sekolah.Dia dah berubah.Ayahnya juga sudah ditangkap polis kerana memukul Kai.
"Wei camna ni....risaulah aku"keluh Mirae.
Dia berasa serba salah pada D.o.Kai hanya melihat sahaja perlakuan Mirae yang serba tida kena.
Kai kemudian menghulurkan tangan kepada Mirae.
"Awat?" Tanya Mirae.
"Jomlah jumpa D.o.Aku rasa dia kat kelas dia tu." Pelawa Kai.
Mirae memyambut huluran tangan Kai.
Mereka berdua terus pergi ke kelas D.o.
Semua murid sudah meninggalkan kelas kecuali D.o yang sedang sibuk siapkan kerja sekolah.
D.o perasan kehadiran dua orang tersebut tetapi tidak diendahkan.
Mirae duduk di hadapan meja D.o.Dia memandang D.o tajam.
Kai pula duduk di sebelah D.o.
"Aish takkan kau merajuk lagi....Sorrylah kalau gurauan kitaorang tu melampau" pujuk Mirae.
"Bukan 'kita' mirae,kau sorang je"sindir Kai.
Mirae menjulingkan matanya.Ish tak back up aku lansung.
"Ok whatever.Ni aku datang seikhlas ikhlasnya mintak maaf kat kau.Serius.Kau janganlah merajuk." Pujuk Mirae.
D.o memandang Mirae dan Kai bersilih ganti.
Kemudian dia mengeluh.
"Haih...yelah...Aku maafkan"ujar D.o.
Mirae tersenyum.Akhirnya berjaya jugak memujuk.
Mirae tanpa fikir panjang terus memeluk D.o.Dia berasa agak terharu dengan kesudian D.o yang sudi memaafkan dia.
D.o terkejut.Dia teragak agak nak membalas pelukan Mirae.
"Ni...kau tak nak peluk?" Gurau Kai.Dia mendepangkan tangannya.
Mirae menjelirkan lidah kemudian tergelak.
Mereka bertiga kemudian tergelak.
"Cikgu nak kamu semua bekerjasama agar festival pada tahun ini akan mendapat sambutan yang hangat okay?"
Semua murid di dalam kelas menyahut ajakan Cikgu Jihyo.
Mirae melihat pemandangan di luar kelas.Kelihatan ada pelajar yang sudah melakukan kerja untuk sambutan festival pada tahun ini.
Kelas Mirae riuh seperti di pasar.
TOK!! TOK!!
Chanyeol merangkap ketua kelas mengetuk meja guru untuk memberikan pengumuman.
"Okay,kita diberi tanggungjawab untuk membuka booth atau gerai.Jadi aku perlukan cadangan korang semua.Dan aku harap cadangan tu masuk akal fikiran and please jangan bagi idea tahun lepas.Boring okay..." kata Chanyeol sambil meletakkan kaki kirinya di kerusi.Sambil itu dia memberitahu pengumuman dengan penuh emosi.
"Aduh baru nak buat macam tahun lepas" keluh Bom.
"Oh please jangan jatuhkan maruah kelas ni."kata Seulgi.
"Tapi serius lah tahun lepas best.And kita meriah gila woo gempak beb"kata Joy pula.
"Ish kau ni.Back up dia ke kau back up aku?"marah Seulgi.
Kelas mula kecoh semula.Pergaduhan melibatkan pihak yang mahu menggunakan idea tahun lepas dan pihak yang mahu idea fresh.
Chanyeol tak dapat bertahan lagi.Dia hendak menjerit tetapi terdapat suara lain yang menjerit dahulu.

KAMU SEDANG MEMBACA
Aishiteru
AcakMengisahkan Kim Mirae yang merupakan seorang pelajar yang agak bermasalah tetapi pandai dan suka menolong orang.Seorang lelaki yang berkerusi roda,Kyungsoo dan juga Kai,seorang pembuli tegar di Sekolah yang terletak di Seoul dan rakan rakan.Cerita i...