Dagu ditongkat. Sejak dia bawa Jira berjumpa dengan Soyeon, hampir setiap hari Jira melepak di sini. Pernah sekali Chanyeol panik bila Jira tiada di rumah sewaktu dia pulang dari pejabat. Bila dia cari di rumah Soyeon, elok je si sumo tu bergosip dengan Soyeon.
Siap makan snek lagi!
"Jira tak nak balik ke? Dah pukul 10 ni. Kan dah janji dengan halabeoji yang kita nak tidur rumah dia malam ni?" Jira berhenti berbual lalu menoleh perlahan ke arah Chanyeol dengan pandangan kosong. Kepala digeleng.
"Tak nak."
"Suka hati Jira lah. Oppa balik dulu. Jangan menyesal eh?"
"Hmm. Baliklah."
"Oppa betul-betul dah nak balik ni?" Chanyeol sentuh tombol pintu rumah Soyeon. Jira gigit bibir, seolah sedang berfikir.
"Okay."
Rambut ditarik hingga serabai. Sakit jiwa layan kerenah Jira. Selalunya pantang tengok dia bersiap, mesti nak mengekor walaupun dia cuma nak pergi kedai beli barang dapur. Kalau tak kasi ikut, mesti sentap lepas tu menangis. Kekadang pasal benda kecik pun Jira boleh menangis beriya-iya.
Sekarang? Ada je jawapan yang buatkan dia separuh sawan!
Chanyeol buka pintu dan terus keluar dari rumah Soyeon. Sengsara dia dengan perangai si isteri. Jira ketawa. Sengaja dia nak usik Chanyeol. Yelah, tepat 12 malam ni kan birthday suami tersayang.
"Tak baik lah Jira kau buat dia macam tu. He's your husband."
"Biarlah. Lagi a few hours birthday dia. Aku dah plan something as birthday gift dia."
"Apa?"
"Spend time dekat beach. Ala macam masa kita pergi camp dulu? Ada unggun api semua. Aku dah upah orang untuk prepare everything. Kau tahu lah pergerakan aku kan dikawal ketat. Perut pun dah besar sangat ni. Lagipun dah lama aku tak usik dia. Apa salahnya kalau aku-"
Dahi Jira berkerut. "Kau kenapa ni? Okay tak?" Soal Soyeon bila Jira mula berpeluh. Tangan pula di perut. "My.. my stomach. It hurts!" Soyeon cemas. Dia berlari ke arah telefon lalu nombor Chanyeol didail.
"Park Chanyeol! Your wife dah nak bersalin!"
Tak sampai lima minit, Chanyeol berlari masuk ke dalam rumah Soyeon dan menerpa ke arah Jira. Nasib baik dia duduk di parking lot tadi. Kalau dia betul-betul tinggalkan Jira tadi, entah apa lah jadi.
"Sum- Jira, are you okay?" Chanyeol hela nafas lega dalam diam. Nasib baik tak terlepas perkataan 'sumo' tu. Jira geleng kepala. Tanpa buang masa, Chanyeol bangun dan Jira lalu turun ke parking lot.
"Aduh! Sakitlah Jira!" Pekik Chanyeol bila rambut dia ditarik dan digenggam Jira. "Jira lagi sakit tau!" Soyeon bukakan pintu bahagian penumpang. "Korang pergi dulu, nanti aku follow belakang. Drive elok-elok Chanyeol."
Jira genggam lengan baju Chanyeol sebelum dia ditolak masuk ke dalam bilik bersalin.
"Oppa, don't leave me."
Chanyeol ingin ikut serta namun dia dihalang jururawat. Dia terduduk di kerusi yang disediakan. Semua ahli keluarga mereka dan kawan rapat dihubungi dan diberitahu tentang keadaan Jira.
Hampir sejam berlalu namun masih tiada berita mengenai Jira. Jam dipandang. Dah pukul 11.30. Ahli keluarga Jira masih belum sampai memandangkan mereka berada di California atas urusan syarikat dan yang ada pun cuma Joong Ki. Chanyeol tak boleh nak duduk diam.
Puan Park tergeleng kepala tengok anak lelaki dia. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Pengarah Park bangun dan ketuk kepala cucu dia dengan tongkat. Serabut kepala dia dengan Chanyeol. Tak reti duduk diam!
"Duduk diam lah Chanyeol. Ke sana, ke sini. Tak penat ke? Cuba lah relaks."
Chanyeol gosok kepala dia dan duduk di antara Seulrin dan Eunmin. "Dia wife Chan, halabeoji." Pengarah Park mencebik. "Habis tu halabeoji tak ada isteri ke? Appa kamu ni tak ada isteri ke? Sabar lah kejap. Jira mesti boleh buat punya," pujuk Pengarah Park. Kesian pula dia tengok Chanyeol. Ye lah, pengalaman pertama.
"Hyung, macam mana dengan Jira?" Soal Sehun yang baru tiba bersama Xiumin dan Jimin. "I don't know-"
Seorang jururawat keluar dari bilik bersalin yang menempatkan Jira. "Puan Jira perlukan sokongan dari keluarga dia. Kami perlukan seseorang untuk temankan puan Jira dan lagi bagus kalau suami dia ada." Chanyeol bangun.
"Saya suami dia."
Meremang bulu roma Chanyeol sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik bersalin. Buka je pintu tadi, dia boleh dengar bertapa kuatnya jeritan Jira. Pasti bersalin itu sesuatu yang menyakitkan.
"Sikit lagi puan. Push lagi."
Jira tersenyum lemah apabila tangan kanan dia digenggam Chanyeol. Terasa tenang bila tangan si suami mengusap lembut ubun kepalanya.
"Jira push lagi ya? Baby kita mesti nak jumpa kita, omma and appa diorang."
"Sakitlah oppa." Air mata Jira yang mengalir dikesat Chanyeol. Bila tengok bertapa seksanya seorang ibu melahirkan anak, Chanyeol rasa kaum ibu amat dan sangat perlu dihormati diatas perngorbanan mereka. Lamunan dia terhadap omma dia hilang bila Jira menjerit.
"Please puan. Saya dah nampak kepala baby, push kuat lagi."
Chanyeol tiup-tiup. Tangan pula dikipas-kipas. Lagaknya macam dia pula yang kena meneran.
"One, two,push!"
"Arghh‼!"
Seorang bayi lelaki selamat dilahirkan. Chanyeol intai ke arah bayi dia sebelu kembali merenung Jira dengan senyuman. Dahi Jira dikucup. "One more Jira, one more." Chanyeol bisik perlahan ke telinga Jira. Tangan sejuk Jira digosok.
"Sekali lagi puan, tarik nafas dan push."
Jira geleng kepala. "I can't. Jira dah tak larat oppa.." Chanyeol garu kepala. "Jira, anak kedua kita still kat dalam. Kesian kembar dia. Jira kene kuat okay? Nanti oppa belanja takoyaki." Tangan Chanyeol dicubit. "Oppa lah pulak yang push!" Bentak Jira. Chanyeol tersengih.
"Jira betul-betul tak larat.."
"Jira ingat tak baby kita yang dulu? Jira nak ke baby kita yang still dalam perut Jira ni ikut dia? Sanggup ke Jira pisahkan dia dengan kembar dia?" Chanyeol mula bermain psikologi. Ini je idea yang dia ada.
Nafas ditarik dalam-dalam dan ..
"Uwerkkkkkkkkkk!"
Dalam sekali tolak, bayi kedua berjaya dilahirkan dengan selamat. Chanyeol melompat kegembiraan. Ini moment terindah hidupnya. Chanyeol ketawa. "Sayang, you made it!" Jira angguk. Badan dia terasa lemah sangat. Chanyeol intai muka kedua anak lelaki dia. Jira tersenyum.
Suasana gembira kembali cemas bila mesin denyutan jantung Jira berbunyi nyaring. Doktor yang ada tak berdiam diri dan terus bertindak. Si kembar dibawa keluar oleh jururawat.
Chanyeol terkesima.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Author note!
Heyyyyyyy yohoooooo helloooooooooo hahahaha. Sebenarnya nak publish part ni 27 hribulan nanti (rsenye korang thu ade ape 27 nov. hahahah) tapi disebabkan banyak kerja nak kene settle minggu ni , rasanya tak sempat kot nak publish 27 nov tu jadi sye publish hri ni. huhuhuhuhuh :'( hurm.. leave your comment! byebye!!!!