WGM?! Part 3

3.2K 266 2
                                    

"Good morning sayang," sapa Puan Park Chun Hee bila nampak kelibat anak dan menantu dia turun dari tingkat atas. "Oh, morning omma. Sedapnya bau~" Jira nak tolong tapi dihalang Puan Chunhee.

"Jira dah siap nak pergi sekolah. So, duduk je diam-diam kat ruang makan. Nanti kotor uniform Jira"

Muncung Jira dah boleh dibuat reben. Chanyeol tarik kolar blazer Jira dan heret isteri dia ke ruang makan. "Dah omma kata duduk, maksudnya duduk je lah. Jangan lah macam budak-budak tak dapat lollipop" tegur Chanyeol. Terjerit Jira bila dahi dia dijentik Chanyeol.

Sakit woo! Nasib baik tak berbekas--"

"Yahh! Paboya!"

"Park Chanyeol"

Mereka berdua berpaling ke belakang. Jira dan Chanyeol berpandangan sesama sendiri sebelum tertunduk memandang lantai.

"Halabeoji.."

"Kenapa kamu kasar sangat dengan Jira? Dia kan isteri kamu? Patutnya kamu lindungi dia, Chanyeol. Bukan buli dia"

Chanyeol mengeluh. Jira menghela nafas lega. Ingatkan halabeoji nak marah aku^^

"Tapi halabeoji, dia ni-"

"No excuse. Jira, kalau Chanyeol buli kamu lagi, terus bagitahu halabeoji okay? Tahu lah apa halabeoji nak buat dengan dia nanti" arahan yang dikeluarkan Pengarah Park buatkan Jira tersenyum sinis. Siap lah kau capang. Muahahahahah

Mereka semua berbual sambil menjamu selera. Hanya mereka berlima sahaja yang ada dirumah tu. Park Yoora, kakak sulung Chanyeol dah fly ke US atas tuntutan kerja. Park Seulrin dan Park Eunmin pula fly ke France untuk Exchange Student Programme sambil belajar untuk menguruskan anak syarikat mereka di sana.

"Pukul 11 nanti kami bertolak ke Australia. Jangan nak bergaduh ya. Chanyeol tolong lah jangam buli Jira. Kesian appa tengok dia. Jira, kalau ada apa-apa, terus telefon kami, ya?"

Jira angguk kepala. Dia tersenyum kemenangan bila Chanyeol jeling dia.

"Okay appa. Ouh, Jira dah lambat! Jira pergi sekolah dulu, ya"

Beg sekolah dicapai. Dia memeluk Puan Chunhee.

"Jira"

"Ya halabeoji?"

"Starting from today, ke mana sahaja kamu nak pergi, Chanyeol yang akan hantar. Termasuk ke sekolah tiap-tiap hari"

Mulut Jira ternganga. Chanyeol yang sedang makan omelet tercekik.

"Halabeoji! Chanyeol bukan driver dia"

Pengarah Park cuma tersenyum. Chanyeol mengeluh. Tak ada gunanya kalau dia nak membantah. Kalau halabeoji dah kata A, maksudnya A lah. Dia takkan boleh ubah jadi B.

"Tapi Jira nak drive sendiri"

"Bahaya kalau kamu drive sendiri. Lagi-lagi kamu tu perempuan. Biar suami kamu yang hantar. Dah Chanyeol, habiskan makanan tu cepat dan pergi hantar Jira. Nanti lambat isteri kamu sampai sekolah"

Dengan berat hati, Chanyeol bangun dan capai kunci kereta dia. Jira diheret hingga ke kereta. "Pakai seatbelt" arah Chanyeol. Jira mendengus. Chanyeol berhentikan kereta dia didepan bangunan sekolah milik keluarga Song.

"Nanti call aku bila dah habis class. Tunggu kat sini sampai aku datang. Jangan nak menggatal pergi merayap tempat lain.

Jira capai beg sekolah dia. Pintu kereta Chanyeol dihempas kasar. "Yahh! Kalau tercabut pintu kereta aku macam mana?!" Bila tengok Chanyeol keluar dari kereta, cepat-cepat Jira lari masuk ke dalam bangunan sekolah. Selamatkan diri!

Chanyeol ketawa tengok gelagat Jira. Macam badut. Dia masuk semula ke dalam kereta. Handphone dikeluarkan.

TO: OH SEHUN

TOLONG TENGOK-TENGOKKAN JIRA. IF ANYTHING HAPPEN, JUST GIVE ME A CALL. IMMEDIETLY.

Butang send ditekan kemudian kereta yang dipandu Chanyeol terus meluru laju, keluar dari kawasan sekolah Jira. Tanpa pengetahuan Chanyeol, Jira memerhati dari atas.

"Minyoung tu mesti special untuk Chanyeol. Teringin aku nak tengok rupa Minyoung unnie tu.."

PUSAT MEMORIAL

Enjin kereta dimatikan. Chanyeol keluar dengan sejambak bunga di tangan dia. Sebuah pusara yang dijaga rapi, dihampiri.

"Annyeong, Minyoung-ah"

"Sorry sebab dah lama Yeol tak datang jumpa Minyoung. Lately ni Yeol sibuk. I hope you understand"

Chanyeol letakkan bunga yang dia pegang tadi ke atas pusara Choi Min Young.

"Awak tahu Minyoung. Muka Jira tu macam photostat muka awak. Semuanya sama. Mata, hidung, muka. Everything. Tinggi awak pun sama dengan dia. Tapi satu je yang lain. Perangai. Perangai awak dengan dia jauh beza.. awak lembut, manja dengan Yeol. Dia pula kasar. Memang jauh beza dari segi perangai"

Chanyeol senyap. Batu nama minyoung diusap, seolah dia sedang mengusap rambut Minyoung. Akhirnya air mata Chanyeol mengalir.

"Kenapa cepat sangat awak tinggalkan saya?"

"I miss you, Minyoung-ah"

We Got Married?!Where stories live. Discover now