WGM?! Part 35

1.8K 146 16
                                    

Chunji berlari ke taman permainan di kawasan perumahan mereka. Kata Minhyuk tadi, Yeolji bergaduh dengan seorang budak perempuan. Sampai je di taman, Chunji ternganga.

"Park Yeolji!"

"Hyung! Tolong!"

"Hah! Tadi berlagak sangat. Sekarang minta tolong hyung kau pulak?"

Chunji tak boleh nak tahan diri dari ketawa. Rasanya ini kali pertama dia nampak Yeolji kena buli. Selalunya kembar dia ni yang selalu buli orang lain. Bahu budak perempuan yang hempap badan Yeoli dipegang.

"Erm, boleh tak lepaskan kembar saya ni?"

Budak perempuan itu tergamam bila tengok Chunji. Dan waktu itu juga Yeolji tolak dia sekuat hati.

"Heyy!"

"Hyung, jom lari jom!"

Yeolji meronta bila kolar baju dia ditarik Chunji. "Hyung!"

"Minta maaf dulu then baru kita balik."

Si adik mencebik. Bahu si perempuan ditolak. "Maaf." Dan kemudian kepala dia pula yang disekeh Chunji. "Minta maaf betul-betul." Yeolji mendengus. "Aku, Park Yeolji minta maaf." Budak perempuan itu ketawa. "That's my brother. Jom, balik."

Baru je Chunji nak heret Yeolji, lengan dia dipegang budak perempuan tadi.

Chupp!

Pipi kanannya dipegang. Budak perempuan itu tersenyum manja. Serta-merta suhu badan Chunji meningkat. Muka pun merah!

"Nama saya, Jung Ahreum. Awak?"

"Park.. Park.."

Dalam hati, dia menyumpah diri sendiri. Kenapa gagap pula ni? Yeolji tarik Chunji ke belakang dia. Muka Ahreum direnung tajam. "Kau pahal nak tanya nama hyung aku?!" Yeolji terdiam bila tangan dia yang digenggam erat Chunji rasa basah. Peluh?

"Eh, mana korang nak pergi?"

Tanpa sebarang jawapan kepada soalannya, Ahreum ditinggalkan sendirian. Anak matanya tetap setia ikut bayangan Chunji. Senyuman manis terukir. Rasanya dia dah tahu apa makna perkataan suka dan sayang yang unnie dia selalu sebut. Misi dah dirancang. Dia terbayang kalau dia jadi noona Yeolji. Pasti senang nak buli lelaki biadap tu.

Kau tengok lah nanti!





Yeolji letakkan cool fever di dahi Chunji. Tadi bila dia rasa tangan hyung dia berpeluh, dia dah agak yang Chunji demam. Manusia seorang ni memang senang jatuh sakit. Tapi yang peliknya, kenapa tiba-tiba je demam?

"Hyung suka perempuan gila tu, eh?"

"Mana ada."

"Eleh hyung. Mengaku je la."

"Hmm. Ada lah suka sikit. Tapi dia tu berani sangat lah."

"Kesian hyung. Perempuan sewel yang sukakan hyung."

Kedua pipi Yeolji dipegang lalu kepala adik dia digoncang sebelum mereka baring di atas katil. "Hyung suka dia. I like her! Yeol jangan gaduh dengan dia dah lepas ni, eh?" Dahi Yeolji berkerut. "Kenapa pula?"

"Sebab cuma hyung je yang boleh buli dia lepas ni."

"Oh, hyung. Esok omma balik! Esok omma balik!" Yeolji duduk di hujung katil Chunji. Apa nak buat bila omma dah balik eh? Beli kek? Takoyaki? Dia hampir tercekik air liur sendiri bila Chunji cakap sesuatu yang dia tak sangka akan keluar dari mulut manusia bernama Park Chunji.

"Mesti omma pun suka dia. Ahreum tu kan cantik. Macam omma."

Yeolji mencebik. Parah dah hyung dia ni.





Chanyeol masuk ke bilik dia. Teringat tentang perbualan dua orang anak bujangnya tadi. Kecik-kecik dah pandai nak menggatal. Ikut perangai siapa lah agaknya budak-budak ni?

(A/N: Korang rasa si kembar ikut perangai siapa? Si capang or Jira? Hohoho)

Sangkanya tadi, Yeolji yang akan demam. Kelam-kabut dia tinggalkan mesyuarat lepas diberitahu Yeolji bergaduh tapi bila sampai kat rumah, Chunji yang terbaring demam.

Haih.

Dan seperti hari-hari sebelumnya, dia dail nombor Jira dan mula tinggalkan pesanan suara.

"Annyeong my wife. Jira sihat? Dah makan? Sayang oppa buat apa hari ni? Harap Jira happy main air dengan budak dua orang tu. Omma kata Jira tak nak balik sini. Betul ke? Sayang tak rindukan anak-anak? Sayang tak rindukan oppa? Tak rindukan kami? Baliklah. Kami rindukan Jira. Selamat malam, sayang."

Panggilan ditamatkan. Chanyeol ketawa bila air mata dia mengalir. Terasa bodoh. Dulu bila ada depan mata, dia cuci mata tengok yang lain. Sekarang bila dah jauh dari pandangan, menangis merayu, meminta supaya si dia kembali di sisi.






Jackson gosok kepala Youngji. Air mata bakal isteri dia diseka. Sayu pula dengar suara Chanyeol. Tapi apa boleh buat? Mereka bukan Jira. Youngji peluk Jackson. Jira yang tidur di atas katil dipandang.

"Shh. Jangan menangis."

"It's all my fault."

"No."

"Tapi..  esok cukup 100 hari, kan? Macam mana dia nak balik kalau dia macam ni?"

Jackson garu kepala. Perlu ke dia beritahu Chanyeol tentang Jira? 

"Dah lah. Kita berdoa je lah. Kalau pendek umur pun, biar lah dia pergi dengan aman-" Jackson terdiam. Youngji menjerit sebelum mereka berdua berpelukan. Topeng pernafasan ditanggalkan. Jira bangun dan bersandar di kepala katil.

"Drama tak habis dua ekor ni. Aku kena langgar sikit je."

"Tapi kepala kau-"

"Kepala aku okay. Ni aku waras lagi. Hidup lagi."

Youngji tersengih. Tubuh Jira dipeluk erat. "Aku minta maaf wei. Kalau aku bijak sikit kelmarin, mesti kepala kau tak berbalut macam ni." Jira senyum. Kepala Youngji digosok. Jackson hulurkan telefon dia. Tangan Youngji ditarik.

"Banyak voice note dia tinggalkan."

Telefon bertukar tangan. "Dah la. Korang dua dipersilakan berambus. Aku nak rehat." Jackson tarik Youngji keluar. Tutup je pintu, terus mereka dekatkan telinga ke pintu ward Jira. Masing-masing nak tahu apa yang jadi2. Busybody.

Jira ketawa. Setiap mesej suara yang dihantar Chanyeol didengar. Rasa berdenyut di kepala hilang bila dengar suara Chunji dan Yeolji. Ada je benda nak bercerita. Tapi perasaan dia mula bercelaru bila suara Chanyeol menyapa gegendang telinga. Terus ditutup telefon dan disimpan di bawah bantal. 

Dia tak sedia.


------------------------------------------------------------------------

Jeng Jeng Jeng! Pftt. Sorry lah kalau part ni bosan. Ni pun curi2 tulis. Huhuuhu. I'll try my best on the next part. SORRY !!! 



We Got Married?!Where stories live. Discover now